BAB 14

Romance Completed 20143

" Hari ni kau ikut aku pergi kandang" .

Terlopong mulut Adelia mendengar arahan daripada Firdaus.

" Buat apa? Saya tak nak " .

" Kau nak ke, kau tak nak ke, kau ikut jugak aku " .

" Awak ni kenapa ea? Apa masalah awak sebenarnya ni? Suka sangat mengarah-arahkan saya " Adelia menatap wajah Firdaus.

" Sekarang ni kau ada dekat rumah aku, jadi aku kena ikut arahan aku" .

" Kenapa pulak? Ni rumah Mak Esah bukan rumah awak. Awak tak ada hak nak paksa saya ikut cakap awak" .

" Rumah Mak Esah, rumah aku jugak. Nak atau tak, kau kena jugak ikut cakap aku. Ini arahan " tegas Firdaus.

" Kalau saya tak nak? " Adelia memeluk tubuhnya.

" Kalau tak nak...kalau kau tak nak, aku mengadu dengan papa kau. Biar dia tinggalkan kau lagi lama dekat sini. Kau nak? " ugut Firdaus. Dia sudah tersenyum sinis.

" Mana boleh macam tu. Awak tak boleh nak ugut-ugut saya " .

" Ada aku kisah? Kalau tak nak aku mengadu, kau kena ikut aku " .

Adelia mengetap giginya menahan geram. Ikutkan hatinya mahu saja ditumbuk wajah Firdaus. Biar padan dengan muka dia.

" Dah pergi siap cepat. Aku tunggu kat bawah " Firdaus terus berlalu meninggalkan Adelia.

" Eiii geramnya. Suka hati dia jer nak arah-arah kan orang. Dah lah main ugut-ugut orang pulak tu " bebel Adelia sendirian.

15 minit Firdaus menanti Adelia bersiap. Bayang gadis itu masih belum nampak. Dia berkira-kira untuk masuk semula ke dalam rumah. Mana lah tahu kalau-kalau gadis itu menyambung tidur semula.

Baru saja dia ingin melangkah masuk ke dalam rumah, Adelia muncul di muka pintu. Firdaus tergamam melihat Adelia.

Tiba-tiba dia tergelak besar.

" Hahahahaha woii baju apa kau pakai ni? " soal Firdaus. Dia memegang perutnya yang senak kerana berlebihan ketawa.

" Kenapa awak gelak ha? " soal Adelia.

Dia melihat penampilannya, apa yang pelik? Dia cuma pakai dress paras lutut dan cardigan.

" Kau ni nak pergi karaoke ke nak pergi kandang ha? Eh kat kandang tu tak ada siapa pun nak tengok kau lah. Ada pun lembu-lembu tu jer " .

Adelia menjeling geram.

" Suka hati saya lah nak pakai apa pun. Menyibuk lah " .

" Lantak kau lah Labu nak pakai apa pun. Janji kau pakai baju. Dah cepat masuk kereta " Firdaus terus menghidupkan enjin keretanya.

Adelia masuk ke dalam kereta milik Firdaus dengan perasaan yang bengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience