BAB 17

Romance Completed 20143

" Adel awak buat apa kat sini? " soal Husna cemas. Dia terus mendapatkan Adelia.

" Saya nak balik..." teresak-esak Adelia menangis.

" Ya Allah Adel kenapa ni? Cuba awak cerita dengan saya? Jom bangun, saya hantar awak balik rumah Mak Esah " Husna membantu Adelia untuk bangun.

" Arghh sakit " Adelia duduk semula. Kakinya terlalu sakit ketika ini.

" Kenapa ni Adel? " soal Husna.

" Kaki saya sakit ".

" Awak jatuh ke? Takpa biar saya papah awak " Husna membantu Adelia untuk bangun perlahan-lahan.

Husna memapah Adelia untuk berjalan. Mujurlah rumah Mak Esah tidak terlalu jauh.

" Ya Allah Adel. Macam mana boleh jadi macam ni? " soal Mak Esah risau.

Kaki anak gadis itu diurut perlahan. Sesekali Adelia berkerut menahan sakit.

" Adel terjatuh Mak Esah " jawab Adelia.

Husna hanya menjadi pemerhati. Mujurlah dia lalu di kawasan itu.

" Macam mana boleh jatuh? " soal Mak Esah lagi.

" Daus. Dia suruh Adel cuci kandang lembu dia. Kaki Adel tersadung dekat getah paip " cerita Adelia.

" Bertuah punya budak. Kenapalah dia tu. Siaplah dia bila balik nanti " .

Adelia hanya diam. Sejujurnya dia tidak kisah sangat tentang kakinya yang terseliuh itu. Yang dia fikirkan sekarang ini ialah hatinya. Hatinya benar-benar sakit dengan penghinaan Firdaus.

" Assalamualaikum " .

Belum melihat pemilik suara itu, Adelia sudah dapat meneka itu adalah suara Firdaus. Awal pula lelaki itu balik hari ini.

" Waalaikumsalam " .

Firdaus terus melangkah masuk ke dalam rumah. Wajahnya kelihatan biasa saja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" Mak Esah, Adel nak masuk bilik dulu ea. Nak rehat " kata Adelia.

Dia malas mahu melihat wajah lelaki itu.

" Haa eloklah tu pergi rehat. Nanti kalau sakit lagi kaki tu, beritahu Mak Esah. Nanti Mak Esah urutkan lagi " .

" Okay " Adelia mengangguk.

" Jom Una hantarkan Adel masuk bilik" tawar Husna.

Dia memapah Adelia menuju ke bilik. Tinggal lah Mak Esah dan Firdaus.

" Apa yang Daus dah buat ha? " soal Mak Esah tegas.

" Daus buat apa? " soalan dibalas dengan soalan.

" Daus buli Adel cuci kandang kenapa? Daus bukannya tak ada pekerja. Tengok apa dah jadi dengan kaki Adel tu. Kalau teruk macam mana? Apa yang mak nak jawab dengan keluarga dia? Daus, mak ayah dia amanahkan kita untuk ubah dia. Bukannya seksa dia. Kalau nak mendidik dia sekalipun bukan dengan cara yang macam tu. Itu namanya nak menyeksa " bebel Mak Esah.

Firdaus hanya diam. Dia tahu itu memang salahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience