BAB 7

Romance Completed 20143

" Adel? Apa lagi, salam lah Mak Esah tu" arah Datuk Zaidi apabila anaknya itu masih tercegat berdiri.

Adelia cepat-cepat melangkah ke arah Mak Esah. Tangannya dihulurkan pada Mak Esah.

" Cantiknya Adel. Makin cantik " puji Mak Esah. Dia mengusap lembut rambut Adelia.

" Terima kasih Mak Esah " jawab Adelia.

" Jom masuk. Kita sambung borak dekat dalam ya " pelawa Mak Esah.

Datin Maria dan Mak Esah sudah pun melangkah ke dalam rumah. Adelia cepat-cepat menahan Datuk Zaidi.

" Papa, explain pada Adel apa yang papa cuba buat ni? Holiday dekat rumah Mak Esah? Seriously pa? " soal Adelia tidak puas hati.

" Kenapa? " soal Datuk Zaidi selamba.

" Pa ni bukan holiday namanya " .

Datuk Zaidi mengangkat bahu dan terus melangkah masuk ke dalam rumah Mak Esah. Adelia mengeluh perlahan. Dia meraup wajahnya.

Selepas makan tengahari, Adelia minta diri untuk duduk di luar mengambil angin. Sebenarnya dia malas mahu duduk di dalam rumah kerana panas.

" Oh my god, line telefon langsung tak ada? Macam mana orang dekat kampung ni duduk agaknya? " rungut Adelia.

Dia mengeluh berat. Matanya meliar memandang sekeliling. Dia tidak boleh bayangkan kalau dia tinggal di sini.


" Adel dah tahu yang datuk dengan datin nak tinggalkan dia dekat sini?" soal Mak Esah.

" Belum Mak Esah. Saya takut kalau saya beritahu awal-awal, Adel tak nak ikut kami ke sini " jawab Datin Maria.

" Betul tu Mak Esah. Mak Esah faham-faham jer lah perangai Adel. Sebab tu saya hantar dia ke sini. Saya harap sangat yang dia boleh berubah " kata Datuk Zaidi.

Mak Esah mengangguk faham.

" Insya Allah Mak Esah akan cuba yang terbaik. Mana yang Mak Esah mampu, Mak Esah akan cuba " .

" Terima kasih sangat-sangat Mak Esah ".

" Sama-sama " .

" Rasanya kami dah boleh bertolak balik dah ni. Takut lewat pulak sampai KL nanti " Datuk Zaidi mengerling sekilas jam di tangan.

" Tak nak tunggu minum petang dulu ke? " soal Mak Esah.

" Eh takpa Mak Esah ".


" Adel " panggil Datuk Zaidi.

Adelia yang sedang duduk di bawah pokok itu terus datang ke arah keluarganya.

" Kenapa papa keluarkan beg Adel jer? Mana beg papa dengan papa? " soal Adel saat melihat luggage miliknya telah pun dikeluarkan daripada bonet kereta.

" Sebab Adel jer yang akan tinggal dekat sini. Papa dengan mama akan balik KL semula. Adel akan tinggal dengan Mak Esah selama 3 bulan dekat sini " .

Ternganga luas mulut Adelia saat mendengar jawapan ayahnya. Lututnya rasa lemah ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience