BAB 23

Romance Completed 20143

Beberapa bulan kemudian...

Adelia sudah pun mula bekerja. Dia bekerja di syarikat Datuk Zaidi sebagai permulaan. Pada awalnya dia ingin berdikari dan bekerja di syarikat lain tapi Datuk Zaidi menyuruhnya untuk bekerja dengannya.

Adelia termenung jauh. Tiba-tiba dia teringatkan Firdaus. Apa khabar lelaki itu agaknya. Sejak dia pulang semula ke Kuala Lumpur, dia sudah tidak berjumpa lagi dengan Firdaus. Hanya Husna yang rajin menghubunginya untuk menanyakan khabar.

" Rindunya saya pada awak Daus. Rindu nak dengar awak punya bebelan. Arahan awak yang ntah apa-apa tu " Adelia tersenyum sendiri apabila mengingati segala kenangan dia dan Firdaus.

Dia terpaksa melupakan perasaannya pada Firdaus kerana Husna. Dia tidak mahu Husna terluka. Gadis itu sudah banyak membantunya. Adelia juga sudah menganggap Husna sebagai kawan baiknya. Mana mungkin dia mengkhianati kawan baiknya sendiri.

" Awak rindukan dia? " .

Firdaus yang sedang termenung jauh tersentak. Dia menoleh kebelakang untuk melihat pemilik suara itu.

Husna tersenyum kecil pada Firdaus. Dia mendekati lelaki itu.

" Daus, saya tahu awak rindukan Adel. Sejak Adel balik KL, selalu sangat saya nampak awak termenung macam ni ".

Firdaus terkedu. Bagaimana Husna boleh tahu?

" Tak adalah. Mana ada " dalih Firdaus.

" Jangan tipu diri sendiri Daus. Saya tahu awak sukakan Adel. Kalau rindu, hubungilah dia " .

Firdaus diam.

" Adel pun ada perasaan yang sama. Cuma dia tak nak luahkan " .

" Mana awak tahu? " soal Firdaus.

Husna hanya tersenyum nipis.

" Carilah dia, kalau rindu " .

Selepas memberi makan pada lembu-lembu nya, Firdaus duduk berehat seketika di pangkin yang berdekatan dengan kandang lembunya. Fikirannya melayang jauh mengingatkan Adelia.

' Carilah dia, kalau rindu ' .

Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya pesanan Husna.

" Aku rindukan kau Adel. Rindu sangat-sangat. Tapi aku sedar, kita tak setaraf. Lelaki macam aku, tak layak untuk perempuan sempurna macam kau " .

" Daus " .

Firdaus tersenyum sendiri.

" Aku terlalu rindukan kau sampai terngiang-ngiang dekat telinga ni suara kau panggil nama aku " katanya lagi.

" Daus " .

Sekali lagi Firdaus mendengar suara Adelia memanggil namanya.

" Ya Allah Daus " Firdaus meraup wajahnya.

" Firdaus " .

Firdaus terus menoleh. Adelia?

" Adel? " soalnya terkejut.

Adelia sedang tersenyum manis padanya.

" Awak tak mimpi, saya memang betul-betul ada kat depan awak " kata Adelia.

" Aku rindukan kau Adel " luah Firdaus.

" Saya pun rindukan awak Daus. Sebab tu saya datang. Saya rindu nak dengar mamat komando saya ni bagi arahan " .

Mereka tergelak kecil.

" Adel, aku dah jatuh cinta dengan kau. Kau sudi terima cinta aku? Aku tak kaya, aku tak dapat bagi kau harta berjuta. Aku cuma mampu bagi kau kasih sayang dan kebahagiaan. Kau sudi? " .

" Saya tak perlukan harta berjuta Daus. Yang saya perlukan ialah kasih sayang dan kebahagiaan daripada awak. Saya setuju. Sebab saya pun dah jatuh cinta dengan mamat komando ni. I love you mamat komando " .

" Aku pun cintakan kau " .

Dari jauh Husna menjadi pemerhati pasangan itu. Dia tersenyum kecil. Sebenarnya dia yang menyuruh Adelia datang berjumpa dengan Firdaus.

" Semoga kau orang bahagia " katanya sebelum berlalu pergi.

Mencintai tidak bermakna kita akan memiliki. Kadang-kadang dengan melihat orang yang kita sayang bahagia itu sudah cukup buat kita bahagia.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience