BAB 9

Romance Completed 20143

" Mana budak manja tu pergi? " soal Firdaus lalu melabuhkan punggungnya di sofa.

" Siapa? Adel? " soal Mak Esah.

" Siapa lagi. Dia lah " .

" Ada dekat dalam bilik. Tengah tidur rasanya tu. Daus ni janganlah layan dia macam tu. Tak baik tau. Adel memang macam tu. Daripada kecil lagi dia manja " .

Firdaus mencebikkan bibirnya.

" Manja lah sangat. Berapa lama dia tinggal dekat rumah kita? " .

" Tiga bulan jer " jawab Mak Esah.

" Apa mak? Tiga bulan 'jer'? Mak, tiga bulan tu lama mak. Bukannya sekejap. Kenapalah mak bapak dia hantar dia kat sini " Firdaus mengeluh perlahan.

" Tiga bulan tu bukannya lama sangat pun. Pejam celik pejam celik, dah tiga bulan. Lagipun apa salahnya Adel tu tinggal dengan kita. Ada jugak kawan borak mak dekat rumah ni " .

" Habis tu Daus ni bukan kawan borak mak lah? " .

" Daus tu asyik sibuk jer dekat kandang dengan kebun. Mak ni tinggal lah seorang-seorang kat rumah. Bosan tahu tak? Kalau Adel ada, ada jugaklah teman borak mak. Lagipun mak dah anggap Adel tu macam anak mak sendiri " .

" Kalau Daus tak kerja, mana kita nak cari duit makan mak? Daus usaha keras sebab nak kita hidup senang mak " .

Selepas kematian arwah ayahnya, Mak Esah terpaksa mencari kerja untuk menyara hidup mereka. Oleh kerana itu Mak Esah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Datuk Zaidi dan Datin Maria. Ketika itu Firdaus masih sekolah rendah lagi. Ibu saudaranya yang menjaga dia ketika Mak Esah kerja di Kuala Lumpur dulu.

" Iya mak tahu. Tapi Daus ni kerja teruk sangat. Sampai kadang-kadang makan pun tak sempat. Nak cakap pasal kahwin, lagi lah tak. Kalau lah mak ni ada menantu, tak ada lah mak sunyi kat rumah ni. Ada yang teman. Kalau ada cucu lagi lah bagus " .

" Jodoh Daus belum sampai lagi mak. Nak buat macam mana kan ". .

" Alasan jer tu. Jodoh ni bukannya datang dengan sendiri. Kena lah usaha jugak " .

" Aikk kita ni macam dah jauh sangat lari topik lah mak. Dah lah Daus nak mandi, berpeluh dah ni " .

" Haa elok lah tu. Asal mak cakap pasal jodoh jer kamu lari ya " .

Firdaus sudah tersengih-sengih. Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Mak Esah menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja perangai anak bujangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience