BAB 10

Romance Completed 20143

Adelia termenung sendiri di birai katil. Suasana di rumah Mak Esah memang sangat asing baginya.

" Sampai hati mama dengan papa buat Adel macam ni " katanya perlahan.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

" Adel, dah tidur ke? " soal Mak Esah daripada luar bilik.

" Belum Mak Esah " jawab Adelia.

Pintu bilik terus dibuka daripada luar.

" Mak Esah masuk ya? " soal Mak Esah.

Adelia mengangguk perlahan.

" Kenapa ni? Adel tak selesa ya tinggal dekat rumah Mak Esah? Mak Esah minta maaf sebab tak dapat sediakan tempat tidur yang terbaik untuk Adel".

" Tak Mak Esah. Adel cuma fikirkan papa dengan mama. Sampai hati dia orang buat Adel macam ni " .

Mak Esah mendekati gadis itu. Dia mengambil tempat di sebelah Adelia.

" Adel, ada sebab papa dan mama Adel hantar Adel ke sini. Dia orang nak ubah Adel. Ibu bapa mana yang tak nak tengok anak dia bahagia kan. Papa dengan mama Adel cerita yang Adel selalu balik lambat. Kenapa ni Adel? Dulu Adel tak macam ni " soal Mak Esah.

Dia kenal Adelia. Adelia dulu seorang gadis yang baik. Namun kerana pengaruh rakan-rakannya, Adelia berubah sekelip mata.

" Adel berubah ya. Ni untuk kebaikan Adel jugak. Adel masih muda. Jangan sia-sia kan hidup Adel dengan semua tu" .

Mata Adelia mula berkaca. Dia terus memeluk erat tubuh Mak Esah.

" Mak Esah yakin Adel boleh berubah. Buktikan pada papa dan mama Adel yang Adel seorang anak yang baik. Jangan kecewakan dia orang sayang" Mak Esah mengusap perlahan kepala Adelia.

Adelia hanya mengangguk lemah. Dia kesal dengan apa yang telah dia buat selama ini.

Langkah Firdaus terhenti di hadapan bilik Adelia. Dia hanya memandang sepi ke arah Mak Esah dan Adelia yang sedang berpelukan itu.

" Dasar budak manja " Firdaus mencebikkan bibirnya dan terus berlalu pergi.

" Bangun! Bangun! " Firdaus mengetuk kuat pintu bilik Adelia.

Bagai hendak pecah gegendang telinga Adelia mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya.

" Ishh siapa pulak ni. Bising lah orang nak tidur " rungut Adelia.

" Bangun!! " jerit Firdaus lagi.

" Arghhh stress " Adelia terus bangun daripada katil. Langkah kaki diatur menuju ke pintu.

" Apa benda ni bising-bising? " soalnya sambil menggosok-gosok matanya.

" Haa bangun pun. Ingatkan dah tak bernyawa lagi kat dalam tu. Cepat bangun mandi lepas tu solat subuh berjemaah. Aku dengan Mak Esah tunggu kau. Cepat sikit ea " kata Firdaus sebelum berlalu pergi.

" Eiii annoying! " rungut Adelia sebelum masuk ke dalam biliknya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience