BAB 20

Romance Completed 7382

Hari ini berlangsungnya pertunangan Arjuna dan Laila. Bagaimana mereka bertunang? Arjuna cuba memujuk Puan Rahayu dan dia terpaksa menerima Laila di dalam hidupnya.

Demi Puan Rahayu, Arjuna terpaksa mengorbankan kehidupannya. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia akan bahagia atau tidak nanti. Semuanya diserahkan pada Allah. Arjuna redha seandainya memang Laila jodohnya walaupun hakikatnya dia tidak rela.

Dia tidak boleh menipu dirinya untuk suka pada Laila.

Arjuna dan Laila berjalan beriringan masuk ke dalam pasaraya tesco. Jika tidak kerana Puan Rahayu memaksanya menemani Laila membeli barang dapur, dia tidak mahu keluar bersama dengan Laila. Banyak lagi kerja yang dia boleh buat daripada melayani Laila.

" Juna, saya nak cari ikan fresh. Jom " ajak Laila.

" Awak pergi lah dulu. Saya nak pergi dekat bahagian buah sekejap " .

" Jomlah teman saya pilih ikan dulu " .

" Pergi jer lah. Saya tunggu awak dekat bahagian buah " Arjuna terus berlalu meninggalkan Laila.

Laila mendengus geram.


Arjuna leka memilih buah epal. Tiba-tiba dia terdengar suara seperti yang sangat dikenali. Dia terus menoleh.

" Elisa? " soalnya perlahan.

Baru saja dia ingin menegur gadis itu, tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah Iris. Dengan selamba lelaki itu memegang tangan Iris. Arjuna terkedu melihat perlakuan mereka. Iris langsung tidak menghalang tangan lelaki itu daripada memegangnya.

Sewaktu Iris dan lelaki itu ingin melepasi Arjuna, Arjuna cepat-cepat menyembunyikan wajahnya. Dia tidak mahu Iris tahu kehadirannya di situ.

" Tak ada boyfriend konon, siapa berpegang tangan lagi dengan lelaki tu. Budak zaman sekarang, dah tak tahu mana halal mana haram " Arjuna menggelengkan kepalanya.

Dia agak kecewa dengan sikap Iris. Sangkanya gadis itu adalah gadis yang baik. Rupanya dia silap menilai. Iris bukanlah sebaik yang disangka.

Iris dan Irfan berjalan beriringan menuju ke tempat parking. Hari ini Puan Umaira telah meminta anak-anaknya itu membelikan barang dapur.

Tiba-tiba Iris ternampak kereta milik Arjuna.

" Abang kejap bang " panggil Iris.

Irfan yang sudah menolak troli ke hadapan terus menoleh.

" Apa dia? " soal Irfan.

" Ni kereta pensyarah Iris. Maknanya dia mesti ada dekat dalam " .

" So? " .

" Ishh abang ni " .

" Dah biarlah jer lah dekat dia. Tesco ni bukan tempat Iris seorang jer yang boleh datang. Semua orang boleh datang " .

" Alah kejaplah. Iris nak jumpa dia " .

" Tak payah nak mengada-ngada. Cepat masuk kereta. Mama dah tunggu lama kat rumah tu " .

Iris mencebikkan bibirnya. Lambat-lambat dia melangkah juga menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience