BAB 24

Romance Completed 7387

Iris termenung jauh. Fikirannya melayang teringatkan Arjuna. Sudah hampir seminggu kejadian itu berlaku. Selama seminggu juga dia tidak bertegur sapa dengan Arjuna. Hubungannya yang dulu rapat kini sudah renggang dalam masa sekelip mata.

Tipu lah jika dia kata dia tidak rindukan lelaki itu. Namun dia hanya mampu memendamnya. Arjuna sudah bertunang. Dia tidak mahu menjadi perosak hubungan lelaki itu. Ya dia memang sukakan Arjuna. Tapi dia tidak sanggup untuk menjadi orang ketiga dalam hubungan Arjuna dan Laila.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Iris terkedu membaca mesej daripada Arjuna.

From : Sir Arjuna Ku Sayang ?
Salam Elisa. Saya minta maaf sangat-sangat. Bukan niat saya untuk menipu awak. Pertunangan antara saya dan Laila pun atas pilihan mama saya. Bukan pilihan saya. Saya terpaksa. Maaf kalau awak rasa ditipu. Good luck untuk final exam. Do the best okay. Saya rindukan awak yang dulu.

Saya rindukan awak yang dulu? Apa maksud Arjuna? Berulang kali Iris membaca mesej itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memadam mesej itu. Nombor Arjuna juga disekat. Kalau boleh dia sudah tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan Arjuna.


Hari ini hari terakhir Iris menjawab peperiksaan akhir. Selepas ini dia akan mendapat segulung diploma. Setelah tiga tahun dia berpenat lelah belajar.

Selesai saja menjawab peperiksaan, Iris terus melangkah keluar daripada dewan peperiksaan. Langkah kaki diatur menuju ke keretanya. Namun langkah kakinya terhenti saat melihat seseorang yang sedang berdiri di hadapan keretanya.

" Congrats sebab dah habis exam " Arjuna tersenyum manis pada Iris.

" Sir nak apa? " soal Iris dingin.

" Saya nak awak " jawab Arjuna selamba. Dia ketawa kecil.

" Jangan main-main lah sir " marah Iris.

" Janganlah marah. Elisa, saya sukakan awak. Saya tak tahu bila. Tapi perasaan tu datang tiba-tiba tanpa saya sedar. Daripada suka, bertukar sayang dan akhir sekali bertukar menjadi cinta " .

Lemah lutut Iris ketika mendengar luahan hati Arjuna.

" Sir cakap apa ni? Jangan mengaturutlah " .

" Saya tak mengarut Elisa. Saya memang betul-betul dah jatuh cinta pada awak. Saya tahu awak pun cintakan saya " .

Iris menggelengkan kepalanya.

" Sir jangan nak perasan lah. Sir ni kenapa ea? Sir tu dah nak kahwin tau. Tapi buat perangai macam ni. Lelaki jenis apa sir ni ha? Kesianlah dekat tunang sir " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience