BAB 7

Romance Completed 7382

Iris melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan hati yang sebal. Entah kenapa dia rasa begitu cemburu melihat Arjuna dan Julia berborak tadi. Mereka kelihatan sangat mesra.

" Ni dah kenapa pulak muka masam macam jeruk mangga muda jer ni? " soal Irma sebaik Iris melabuhkan punggungnya di sebelah rakan baiknya itu.

" Betul-betul. Semalam bukan main happy. Hari ni masam jer. Kenapa? " soal Diana pula.

Iris mengeluh panjang.

" Tadi aku nampak Sir Arjuna " jawabnya.

" Lah, kalau nampak dia bukan ke sepatutnya kau happy? " Irma menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik-pelik saja perangai kawannya ini.

" Mula-mula ku happy, tiba-tiba dia sakitkan hatiku " Iris mula menyanyi kecil.

" Eii budak ni, orang serius. Dia main-main pulak. Kenapa dengan kau sebenarnya? " Irma memukul perlahan lengan Iris.

" Tadi aku nampak dia dengan Julia. Bukan main sakan lagi berborak. Julia tu boleh tahan gatal. Eiii geramnya " Iris menggenggam kedua-dua tangannya.

" Ohhh...kes cemburu lah ni " kata Irma dan Diana serentak

" Memanglah cemburu " akui Iris.

" Alah kau pun tahu kan perangai Julia tu macam mana. Dia tu memang gedik " kata Irma.

" Ha'ah betul tu " sokong Diana pula.

" Kau orang tahu tak, semalam aku whatsapp sir. Tapi dia tinggalkan aku bluetick jer " .

Irma dan Diana ketawa serentak.

" Eii yang kau orang gelak kenapa? Aku serius ni. Orang tengah kecewa, boleh pulak dia gelak-gelak ".

" Tak adalah. Rasa kelakar pulak. Tak pernah-pernah Iris Elisa kena bluetick, selalunya kau yang bagi bluetick dekat orang " kata Irma dengan sisa tawanya.

" Pukul berapa kau whatsapp dia? " soal Diana.

" Dalam pukul 9 lebih, dekat nak pukul 10 macam tu " jawab Iris.

" Patutlah. Lain kali, whatsapp lah waktu office hours. Dia tu kan lecturer. Kau ingat dia tu kawan-kawan kau ke, suka hati nak whatsapp bila-bila masa kau nak " bebel Irma.

Iris diam seketika. Betul juga apa kata Irma.

" Okay kalau macam tu sebelum office hours aku whatsapp dia " .

Perbualan mereka terhenti apabila pensyarah sudah masuk ke dalam dewan kuliah.

Iris tersenyum sendiri. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan mengalah untuk memikat hati Arjuna.

Arjuna melangkah masuk ke dalam restoran. Malam-malam begini lapar pula perutnya. Puan Rahayu tiada di rumah kerana menghadiri majlis pernikahan sepupunya. Dia malas mahu mengikut Puan Rahayu. Jadi terpaksalah dia keluar mencari makan. Ikutkan hati dia malas untuk keluar hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience