BAB 2

Romance Completed 7382

" Ish mulut kau ni. Tak ada insurans kan? " Iris menjeling geram.

" Alah gurau lah babe. Jodoh yang mana pulak ni? " soal Irma.

" Ha'ah Iris. Jodoh mana pulak yang kau langgar? " .

" Entahlah. Aku pun tak tahu siapa. Tak pernah tengok pun sebelum ni. Tadi baru aku ternampak dia. Dia terlanggar aku tadi. Kau orang tahu tak, bukan setakat dia langgar aku jer. Dia dah langgar hati aku sekali " Iris tersengih-sengih.

" Haishh angau teruk dah kawan kau ni Diana " perli Irma.

" Ha'ah memang aku angau. Aku angaukan dia " jawab Iris.

" Siapa nama dia? " soal Diana.

" Entahlah. Aku tak sempat nak tanya. Dia pergi macam tu jer. Aku tengok dia macam rushing jer " .

" Kalau ada jodoh, jumpa lah lagi dengan dia. Kalau tak, berangan jer lah " kata Irma.

" Maybe dia student baru kot " teka Diana.

" Maybe. Aku harap sangat lah yang aku akan jumpa dia lagi " .

" Dah teruk sangat angau kau ni Iris. Sampai dah tak boleh bawak bincang" Irma menggelengkan kepalanya.

Diana hanya ketawa.

" Eh lecturer dah sampai " kata Irsyad, ketua kelas mereka.

Kelas yang tadi bising kini mula sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas.

Arjuna melangkah masuk ke dalam kelas. Ini adalah kelas pertama yang dia akan mengajar. Perasaan berdebar, takut semuanya ada ketika ini.

" Assalamualaikum semua " kata Arjuna.

" Waalaikumusalam " .

Semua mata terpaku memandang Arjuna. Pelajar perempuan di dalam kelas itu seolah-olah kaku apabila melihat Arjuna. Termasuklah Iris.

" Irma, Diana. Ya Allah indahnya takdirMu " Iris sudah tersenyum lebar.

Dia seakan tidak percaya lelaki yang melanggarnya tadi ialah seorang pensyarah baru di kolejnya.

" Kenapa Iris? " soal Diana.

" Dia lah lelaki yang langgar aku tadi" beritahu Iris.

" Seriously Iris? Wow. Tak sangka " kata Irma.

" Inilah yang dinamakan takdir " mata Iris tidak lepas daripada memandang Arjuna.

" Mesti awak semua tertanya-tanya siapa saya kan? Sebelum tu saya nak maklumkan yang saya akan menggantikan Madam Zahra. Saya yang akan mengajar awak untuk subjek komunikasi memandangkan jadual Madam Zahra terlalu padat sehingga mengganggu kelas yang lain" beritahu Arjuna.

Masing-masing sudah berbisik sesama sendiri.

" Nama saya Arjuna Bin Umar. Umur saya 25 tahun. Saya baru saja menamatkan pengajian saya tahun lepas. Kolej ini adalah kolej pertama yang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah " .

Pelajar-pelajar di dalam kelas itu mula bising. Kelas yang sunyi tadi mula riuh rendah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience