BAB 17

Romance Completed 7382

Telefon bimbit Iris berbunyi menandakan ada mesej daripada aplikasi whatsapp masuk. Dia segera membuka mesej itu.

From : Sir Arjuna Ku Sayang ?
Salam Elisa. Get well soon okay. Jangan lupa makan bubur tu. Sorry again. ??

Iris tersenyum kecil.

" Haishh dia ni, makin angau aku dibuatnya " katanya sendiri.

Jari Iris laju menaip mesej untuk dihantar kepada Arjuna.

Me : Wslm. Ok.

Itu saja yang dia balas pada Arjuna. Beberapa minit kemudian Arjuna membalas semula mesej Iris.

From : Sir Arjuna Ku Sayang ?
Awak masih marahkan saya ke? Saya minta maaf okay. Tolong jangan macam ni.

Iris tergelak membaca mesej daripada Arjuna. Gaya Arjuna seperti sedang memujuk kekasih yang merajuk.

Me : No lah. Buat apa nak merajuk. Saya tahu siapa saya. Maaf sebab jadi penyibuk hal sir okay.

Iris sengaja berpura-pura masih marahkan Arjuna.

From : Sir Arjuna Ku Sayang ?
Elisa, jangan perli saya. I'm so sorry. Jangan buat saya makin serba salah.

Dia sendiri tidak tahu mengapa Arjuna beriya-iya memujuknya. Padahal dia bukan sesiapa pun di dalam hidup lelaki itu.

" Apa-apa jer lah sir " Iris hanya membiarkan mesej itu tanpa balasan

Arjuna duduk di buaian sambil mengambil angin malam. Dia mengeluh perlahan apabila Iris tidak membalas mesejnya.

" Susahnya nak pujuk perempuan merajuk " katanya sendiri.

Dia sendiri tidak tahu mengapa dia beriya-iya memujuk Iris. Padahal Iris bukannya kekasih atau sesiapa dalam hidupnya. Gadis itu cuma pelajarnya.

" Juna " panggil Puan Rahayu yang baru keluar daripada rumah.

" Ya ma? " soal Arjuna.

" Apa Juna dah buat ha? Kenapa buat Laila macam tu? Juna marah-marah dia? " soal Puan Rahayu.

" Mama tanya Juna apa yang Laila buat? Kenapa mama tak tanya Laila apa yang dia dah buat? " soal Arjuna semula.

Geram pula dia apabila Laila mengadu pada Puan Rahayu yang bukan-bukan tentangnya. Gadis itu memang benar-benar menyusahkannya sahaja.

" Apa yang dia dah buat? ".

" Dia datang tempat kerja Juna, dia ganggu privasi Juna. Apa ni ma? Dia ingat Juna ni apa? Juna tak ada apa-apa hubungan dengan dia tau. Tapi dia anggap Juna ni macam suami dia. Siapa yang salah sekarang ni? Dia atau Juna? " .

" Salah ke kalau Laila tu datang lawat Juna dekat kolej? Juna, Laila tu bakal tunang Juna. Cuba lah layan dia elok-elok sikit " .

Arjuna terkesima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience