BAB 4

Romance Completed 7382

" Sorry again okay. Awak tak ada cedera dekat mana-mana kan? " soal Arjuna prihatin.

Iris menggeleng perlahan.

" Tak ada. Saya okay " jawabnya.

" Okay I got to go. See next class. Siapa nama awak? " .

" Iris Elisa. Sir boleh panggil saya Iris jer " .

" Okay Iris. Bye. Assalamualaikum " Arjuna terus meneruskan langkahnya.

" Waalaikumsalam " jawab Iris. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Betapa bahagianya dia hari ini hanya Allah saja yang tahu.

Rasa ingin melompat saja apabila pensyarah kacaknya itu mengambil berat tentang dia dan menanyakan namanya. Selepas ini pasti pensyarahnya itu akan mengingati namanya.

Iris merebahkan badannya di atas katil setelah selesai mandi. Tiba-tiba dia teringatkan Arjuna. Cepat-cepat dia mengambil telefon bimbitnya di dalam tas tangan.

Aplikasi whatsapp dibuka. Pantas doa mencari nama Arjuna. Iris menyimpan nombor Arjuna dengan nama ' Sir Arjuna Ku Sayang ? ' .

Jarinya pantas menaip mesej untuk dihantar kepada Arjuna.

To : Sir Arjuna Ku Sayang ?
Assalamualaikum sir. Ni saya, Iris Elisa. Sir jangan lupa save nombor saya dalam contact sir tau. ??

Beberapa minit kemudian Iris menantu balasan mesej daripada Arjuna. Tetapi tiada balasan. Iris membuka semula mesej itu. Sudah tick berwarna biru. Bermakna Arjuna sudah membaca mesej itu, cuma dia tidak membalasnya.

Keluhan berat meniti di bibir Iris.

" Sir ni, kenapa tak nak reply? Hishh. Sampainya hati. Dah buat saya jatuh cinta lepastu sir tak nak layan saya " Iris membebel sendirian.

Arjuna membuka aplikasi whatsapp. Satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali masuk. Dia terus membuka mesej itu.

Bibirnya mengukir senyuman kecil.

" Ni tak ada lain lah ni, mesti nak mengorat aku " katanya sendiri.

Bukannya dia tidak tahu niat pelajar perempuannya yang menghantar mesej kepadanya semata-mata untuk menghubunginya bukannya untuk bertanyakan soal pelajaran.

Sejak daripada siang tadi, berpuluh mesej yang dia terima. Satu pun tidak dibalasnya. Arjuna cuma akan membalas mesej yang benar-benar penting sahaja. Tapi tiba-tiba dia terdetik untuk membalas mesej pelajarnya yang bernama Iris Elisa itu.

Baru saja jarinya hendak menaip mesej, kedengaran namanya dipanggil oleh Puan Rahayu.

" Juna " .

" Ya ma? " soal Arjuna. Dia terus menutup telefon bimbitnya.

Puan Rahayu melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Arjuna.

" Macam mana hari pertama mengajar? " soal Puan Rahayu.

" Hmm not bad. Bolehlah. Mula-mula tu kekok sikit. Malu, berdebar semuanya ada " jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience