BAB 11

Romance Completed 7387

Iris mengeluh perlahan. Puas dia menghidupkan enjin keretanya tetapi masih tidak hidup. Nak kata tiada minyak, tangki minyak masih penuh. Dia bersandar malas pada keretanya.

" Kenapalah waktu-waktu macam ni kau nak buat hal kereta? " soalnya sendiri.

Hendak menelefon abangnya, Irfan tiada di Melaka. Dia ke Pahang atas urusan kerja. Papa nya pulak sedang on call di hospital. Puan Umaira tiada lesen memandu. Iris buntu seketika. Jam di tangan dikerling seketika. Sudah hampir pukul 5.30 petang.

Langit mula gelap menandakan hari hendak hujan. Bila-bila masa saja hujan akan turun.

" Alah nak hujan lah pulak. Ya Allah apa aku nak buat ni? " Iris semakin bingung.

Tiba-tiba bunyi guruh berdentum kuat. Terhenjut bahu Iris kerana terkejut.

" Allahuakbar " dia mengurut dadanya. Rasa hendak menangis pun ada ketika ini.

" Elisa? Kenapa tak balik lagi ni? " soal Arjuna yang baru tiba di situ.

Kebetulan ketika hendak menuju ke keretanya dia ternampak Iris. Jadi dia menegur gadis itu.

" Eh sir. Kereta saya ni tiba-tiba jer buat hal pulak. Nak kata tak ada minyak, tangki minyak masih penuh. Saya pun tak tahulah kenapa tiba-tiba jer meragam " .

" Habis tu awak ada call sesiapa tak nak ambil awak? Hari dah nak hujan dah ni " .

Iris menggeleng perlahan.

" Papa dengan abang saya kerja. Mama saya pulak tak reti drive " jawabnya.

" Haa takpalah. Kalau macam tu, saya tumpangkan awak balik " pelawa Arjuna.

Iris terkedu. Dia salah dengar ke? Memang rezeki dia hari ini.

" Tak menyusahkan sir ke? " soal Iris. Sebenarnya rasa ingin melompat apabila Arjuna mempelawa untuk menghantarnya pulang.

" Taklah. Kita satu jalan kan. Apa salahnya saya hantarkan sekali. Ke awak yang takut nak naik kereta dengan saya? " .

" Eh tak adalah. Takkanlah sir nak buat perkara yang tak senonoh pada saya pulak " .

Arjuna ketawa kecil.

" Terima kasih lah sebab percayakan saya. Dah jom ikut saya. Kereta awak ni, nanti saya tolong hantarkan ke bengkel ".

" Terima kasih banyak-banyak sir " ucap Iris.

Dia tidak sangka Arjuna sebaik ini. Dalam masa yang sama dia menarik nafas lega kerana ada yang sudi membantunya.

Iris mengikut langkah Arjuna menuju ke keretanya.

" Masuklah " pelawa Arjuna.

Iris terus memboloskan dirinya ke dalam kereta Arjuna. Bau haruman maskulin saja di dalam kereta itu. Keadaan kereta Arjuna juga bersih dan teratur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience