BAB 15

Romance Completed 7382

Hari ini Iris tidak datang ke kelas kerana demam. Sebenarnya demam bukanlah alasan utama dia tidak hadir ke kelas tetapi kerana tidak mahu berjumpa dengan Arjuna. Dia masih bengang dengan lelaki itu. Dia bukannya ingin menyibuk atau mencampuri hal Arjuna. Niatnya cuma ingin bertanya keadaan Arjuna.

Memandangkan Iris tidak pergi ke kelas, dia menyambung semula tidurnya selepas solat subuh. Lagipun kepalanya sakit sangat ketika ini.

Setelah makan ubat, dia terus melelapkan matanya semula.

Arjuna melangkah ke dewan kuliah. Perasaan bersalah pada Iris masih menyelubungi dirinya. Bukan sengaja dia ingin memarahi gadis itu. Semalam dia terlalu stress dan kepalanya berserabut dengan Laila. Itu yang menyebabkan dia memarahi Iris tanpa sengaja. Dia berharap sangat gadis itu tidak berkecil hati dengannya.

" Assalamualaikum and good morning class " kata Arjuna sebaik masuk ke dalam dewan kuliah.

Matanya melilau mencari Iris. Tetapi gadis itu tiada di tempat duduknya.

" Mana Iris? " soalnya.

" Diam demam sir. Tu yang tak datang kelas " jawab Irma.

Arjuna mengangguk perlahan. Demam? Demam sebab kena marah ke semalam?

" Okay kita sambung topik yang seterusnya hari ini " Arjuna terus memulakan kuliah.


Selepas habis kelas, Arjuna masuk semula ke biliknya. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa rindu pada Iris. Selalunya ada saja orang yang suka menganggunya atau menyakatnya. Tetapi hari ini tiada.

Arjuna mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar. Jarinya laju menaip mesej untuk dihantar pada Iris.

Me : Salam Elisa. Irma cakap awak demam sebab tu tak datang class. Get well soon okay. Saya minta maaf pasal hal semalam. Saya tak sengaja dan tak ada niat pun untuk marah awak. Jangan ambil hati. ??

Beberapa minit kemudian tick yang berwarna kelabu tadi bertukar menjadi biru. Ini bermakna Iris sudah membaca mesejnya. Dia menanti balasan mesej daripada Iris. Tapi sayang, Iris tidak membalasnya. Dia hanya meninggalkan bluetick.

Arjuna mengeluh perlahan.

" Merajuk lah pulak " rambutnya diraup kasar.

Iris membaca berulang-ulang kali mesej yang dihantar oleh Arjuna. Macam tak percaya pun ada Arjuna menghantar mesej sebegitu.

" Nak balas ke tak nak ek? " soalnya sendiri.

"Kalau aku balas, mesti dia ingat aku ni jenis yang tak kisah. Kalau aku tak balas, mana lah tahu kalau dia pujuk aku kan " akhirnya Iris membuat keputusan untuk meninggalkan bluetick.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience