BAB 14

Romance Completed 7382

" Guys, sir Arjuna whatssap aku, beritahu kelas cancel hari ni sebab dia ada hal sikit " beritahu Irsyad.

Terdengar keluhan daripada bibir masing-masing. Mereka semua terus mengemas barang dan keluar daripada dewan kuliah. Ada yang merungut, ada juga yang bersorak gembira kerana tiada kelas.

" Aduh buat penat jer aku datang. Kalau tahu class cancel, aku sambung tidur lepas subuh tadi " bebel Irma.

" Kenapa ek tiba-tiba jer sir cancel class? " soal Diana.

Iris diam seketika. Dia berfikir sejenak. Dia yakin perempuan yang berada di hadapan bilik Arjuna tadi pasti ada kaitan dengan Arjuna membatalkan kelas.

" Kau orang, aku rasa lah kan aku tahu kenapa " .

" Kenapa? " soal Irma.

" Tadi waktu aku on the way nak masuk kelas, aku ternampak ada seorang perempuan dekat bilik sir. Aku tak tahu lah pulak siapa perempuan tu. Tapi aku yakin perempuan tu adalah sebab sir cancel kelas. Waktu sir cakap dengan perempuan tu, muka dia tegang sangat. Macam orang tengah marah " cerita Iris.

" Haa aku tahu, perempuan tu girlfriend dia kot. Bergaduh dengan girlfriend lah tu, tu yang cancel class" teka Irma.

" No lah Irma. Perempuan tu bukan girlfriend dia. Waktu tu dia cakap dengan aku yang dia tu masih single ".

" Boleh percaya ke yang dia tu single? Lelaki cukup pakej macam dia tu, tak mungkin lah tak ada girlfriend lagi " soal Irma.

" Ha'ah lah Iris. Mana lah tahu dia sengaja cakap yang dia tu single sebab tak nak hilang peminat " sokong Diana.

Iris mengeluh perlahan. Ada benarnya kata rakan-rakannya itu.

" Entahlah. Aku pun tak tahu " .


Jari Iris pantas menaip mesej untuk dihantar kepada Arjuna.

Me : Assalamualaikum sir. Sir okay? Kenapa tiba-tiba jer sir cancel kelas tadi? Do you have any problem? Tadi saya nampak sir bercakap dengan seorang perempuan. Siapa perempuan tu?

Iris menanti balasan mesej daripada Arjuna. Otaknya masih ligat berfikir siapa perempuan yang dia nampak tadi. Dia seboleh-bolehnya ingin mengetahui siapa perempuan itu dan apa kaitannya dengan Iris.

Beberapa minit selepas itu, terdengar bunyi whatsapp masuk. Iris cepat-cepat membuka mesej itu.

Sir Arjuna Ku Sayang ? : Mind your own business. Jangan sibuk hal orang. Awak tu cuma student saya. Tak lebih daripada tu. Jadi jangan nak menyibuk.

Iris rasa hendak menangis apabila membaca mesej itu. Matanya sudah berkaca. Tanpa membalas mesej itu, Iris terus menutup telefon bimbitnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience