BAB 22

Romance Completed 7382

Iris melangkah malas menuju ke dewan kuliah. Sebentar lagi dia akan ada kelas bersama dengan Arjuna. Sebenarnya dia malas hendak masuk ke dalam kelas Arjuna, tapi bila difikiran balik nanti dia yang akan rugi. Lagipun peperiksaan akhir tidak lama lagi.

" Iris " sapa Irma.

Iris hanya tersenyum hambar. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Irma dan Diana.

" Kenapa ni? Muka macam tempe basi jer " soal Irma.

" Aku sedih lah..." .

" Kenapa? " soal Irma lagi.

" Sini " Iris membisikkan sesuatu di telinga Irma dan Diana.

Dia tidak mahu rakan-rakannya yang lain turut mendengar apa yang ingin dikatakan.

" What? Dah tunang? " soal Irma terkejut.

Iris pantas menekup mulut Irma.

" Shutt. Diam. Nanti orang dengar " .

" Kiranya tadi dia jumpa kau lah Iris? Bagi amaran dekat kau? " soal Diana pula.

Iris hanya mengangguk dengan wajah sugulnya. Hanya Allah yang tahu betapa kecewanya dia ketika ini. Selama ini dia sangkakan Arjuna masih belum dimiliki oleh sesiapa. Rupanya itu sekadar kata-kata. Dia ditipu oleh Arjuna.

" Sabar ya " Diana mengusap perlahan bahu Iris.

" Ish tak sangka betul aku dia macam tu. Betul lah orang cakap, muka hensem ni memang playboy " marah Irma.

" Eh sir dah datang " kata Diana sebaik melihat Arjuna yang sudah melangkah masuk ke dewan kuliah.

Mereka semua terus menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Sepanjang sesi pembelajaran, mata Arjuna tidak lepas daripada memandang ke arah Iris. Entah kenapa dia merasakan Iris tidak seperti selalu. Gadis itu sugul saja. Selalunya Iris lah yang paling ceria dan banyak cakap apabila waktu kelasnya.

" Minggu depan adalah kelas terakhir kita sebelum awak semua menduduki peperiksaan akhir dan saya harap tiada siapa yang akan ponteng kelas. Saya akan berikan beberapa tips final exam pada awak minggu hadapan. Kalau tak ada apa-apa lagi, kelas dah boleh bersurai " .

Pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas terus bangun dan mengemas buku-buku mereka sebelum berlalu keluar daripada kelas. Termasuklah Iris.

Baru saja dia ingin melangkah keluar, tiba-tiba namanya dipanggil oleh Arjuna.

" Elisa. Awak tunggu sekejap. Ada benda yang saya nak cakap dengan awak " panggilnya.

Iris, Irma dan Diana berpandangan sesama sendiri. Terdengar keluhan kecil di bibir Iris.

" Kitorang tunggu kau dekat kafe jer lah " kata Irma.

" Okay " jawab Iris.

Iris terus mendekati Arjuna.

" Ada apa sir nak jumpa saya? " soalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience