BAB 3

Romance Completed 7387

" Ada apa-apa soalan lain sebelum saya mulakan kuliah kita hari ni? " soal Arjuna.

Tiba-tiba Julia mengangkat tangannya.

" Ya? " soal Arjuna.

" Sir dah kahwin? " soal Julia sambil tersenyum-senyum.

Arjuna naik segan apabila ditanyakan soalan itu. Dia mengusap lehernya.

" Belum. Saya masih belum kahwin " jawab Arjuna.

Satu kelas tiba-tiba bersorak. Lagi-lagi pelajar perempuan.

" Haa kau dengar tu Iris, dia belum kahwin lagi. So kau ada peluang lah nak tawan hati dia " kata Irma.

Iris tersenyum kecil.

" Kan aku dah cakap Irma. Dia memang jodoh aku " .

Irma mencebikkan bibirnya.

" Jangan nak perasan sangat ea " .

" Tapi macam mana kalau dia dah bertunang? " soal Diana.

" Ish Diana. Janganlah cakap macam tu. Boleh patah hati aku ni tau kalau dia dah bertunang. Tapi..baru bertunangkan. Belum kahwin lagi. Sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, apatah lagi orang yang bertunang " Iris ketawa kecil.

" Hishh kau ni " Irma menepuk perlahan bahu Iris. Parah sangat dah kawan dia seorang ni.

" Yang bertiga tu, borakkan apa? " tiba-tiba Arjuna menyoal ke arah mereka bertiga.

Diana sudah tunduk. Irma pula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Iris pula masih sama, asyik tersenyum sendiri.

" Tak ada apa sir " jawab Irma.

" Okaylah kalau dah tak ada apa-apa lagi, saya akan sambung pembelajaran kita macam biasa " .

Sepanjang sesi pembelajaran Iris tidak dapat fokus pada pembelajarannya. Matanya asyik melekat pada Arjuna. Tapi fikirannya jauh menyimpang daripada pembelajaran mereka hari ini.

" Sir, sir tunggu " Iris mengejar langkah Arjuna.

Hishh laju betul dia jalan, tahulah kaki tu panjang.

Arjuna terus menoleh. Langkahnya terhenti.

" Ya ada apa? " soalnya.

" Ermm sir boleh kalau saya nak mintak nombor telefon sir? " soal Iris berani.

" Untuk apa? " soal Arjuna.

" Er..er yelah nanti kalau ada apa-apa yang saya tak faham, saya boleh whatsapp sir. Haa lagi senang kan " jawab Iris.

" Sebenarnya awak boleh jumpa saya terus kalau ada apa-apa yang awak tak faham. Tapi takpalah awak boleh ambil nombor saya " .

Iris tersenyum lebar. Rasa hendak menjerit ketika ini. Seorang pelajar mempunyai nombor telefon pensyarah adalah perkara biasa tetapi seorang perempuan mempunyai nombor telefon lelaki yang disukainya adalah perkara yang sangat menggembirakan.

" Terima kasih sir " .

Arjuna mengangguk.

" Sama-sama. Awak ni student yang saya terlanggar pagi tadi kan? " soal Arjuna meminta kepastian.

Laju Iris mengangguk.

" Ha'ah saya lah tu " .

Bukan setakat saya jer yang sir langgar, hati saya pun sir dah langgar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience