BAB 21

Romance Completed 7382

" Elisa? " .

Langkah Iris terhenti saat melihat seorang gadis sedang berdiri di hadapannya. Wajah gadis itu seperti pernah dilihat sebelum ini.

" Ya? Kenapa? " soal Iris.

Rasanya gadis yang berada di hadapannya ini bukan pelajar kolejnya.

" We need to talk " jawab gadis itu.

" Tentang apa? Saya tak kenal siapa awak, tiba-tiba jer " soal Iris.

" Arjuna " .

Iris terkedu seketika. Ya dia baru teringat, gadis yang berada di hadapannya inilah gadis yang pernah dia lihat di hadapan bilik Arjuna.

" Awak kenal siapa Arjuna tu kan? " soal Laila.

Ketika itu mereka berada di kafe kolej Iris. Nasib baiklah Iris tiada kelas pagi ini. Jika tidak dia terpaksa ponteng kelas semata-mata kerana ingin berjumpa dengan Laila.

" Ya. Dia pensyarah saya " jawab Iris selamba.

" Tapi kenapa awak nak lebih-lebih dengan dia? Awak whatsapp dia. Ambil gambar dengan dia. Apa benda ni? " suara Laila mula meninggi sedikit.

Sakit hatinya apabila semalam dia mencuri-curi lihat telefon Arjuna dan dia membaca mesej Arjuna dengan gadis bernama Elisa itu. Api cemburunya semakin bertambah apabila melihat gambar Elisa dan Arjuna di dalam telefon bimbit lelaki itu.

" Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan sir Arjuna. Dia pensyarah saya dan saya cuma pelajar dia. Tak lebih daripada tu. Cik ni siapa ea? Dan kalau betul saya memang ada hubungan dengan sir Arjuna sekalipun, siapa cik untuk halang? " .

" Saya tunang dia. Hujung minggu lepas saya dan dia dah bertunang. Tengok cincin ni, ni cincin tunang kami " Laila menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya.

Iris tergamam. Tunang? Dia seolah-olah tidak percaya Arjuna sudah bertunang.

" Tak percaya? Tengok gambar ni pulak " Laila menghulurkan telefon bimbitnya pada Iris.

Iris melihat gambar Laila dan Arjuna di atas pelamin. Ini bermakna Arjuna memang benar-benar sudah bertunang.

" Maafkan saya, saya tak tahu " .

Laila tersenyum sinis.

" Sekarang dah tahu kan? So saya harap awak takkan ganggu bakal suami saya lagi. Hujung tahun ni kami akan bernikah. Ingat status awak. Awak tu cuma student dia. Jangan nak lebih-lebih. Lagipun perempuan macam awak ni, Arjuna tak pandang lah. Sebelah mata pun belum tentu " Laila tersenyum mengejek.

Iris mengetap bibirnya menahan geram.

" Ingat ea, jangan nak gatal sangat dengan tunang orang " Laila terus bangun dan berlalu meninggalkan Iris.

Air mata Iris perlahan-lahan mengalir di pipinya. Cepat-cepat dia mengesat air matanya. Dia tidak mahu terlihat lemah hanya kerana seorang lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience