BAB 13

Romance Completed 7387

Iris merebahkan badannya di atas katil. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya. Macam tidak percaya Arjuna menghantarnya pulang ke rumah sebentar tadi.

" Ya Allah happy nya " Iris pantas mencapai telefon bimbit. Laju jarinya menaip.

The Lady

Me : Guys! Guest what, tadi sir Arjuna hantar aku balik rumah.

Iris tersenyum lebar. Beberapa minit kemudian, Irma dan Diana pantas membalas mesej di group whatsapp mereka.

The Lady

Irma : Like seriously Iris? ??

Diana : ??????

Me : Korang mesti tak percaya kan? Sekejap aku send gambar.

Iris terus menghantar gambar selfie dia dan Arjuna ketika mereka berada di dalam kereta tadi. Pada awalnya Arjuna tidak mahu mengambil gambar, tapi setelah puas Iris memujuk akhirnya Arjuna ikutkan saja.

Irma : Macam mana dia boleh hantar kau balik? Plan gila apa yang kau dah buat ni?

Diana : Ha'ah lah Iris.

Me : Actually ni bukan plan aku okay. Ni semua kebetulan. Kereta aku rosak tadi. Then suddenly sir datang. Lepastu dia tawarkan untuk tumpangkan aku balik.

Irma : Amboii suka lah kau kan. Gedik. ????

Diana : Senyum sampai telinga lah tu. Malam ni mimpi indah lah nampaknya.

Me : Of course. Inilah yang dinamakan jodoh. ?

Irma : Gedik! ??

Me : Jealous lah tu. Dah lah. Aku nak sambung berangan. Mana tahu, esok sir ajak aku kahwin pulak. ??

Iris terus menutup telefon bimbitnya. Dia berguling-guling di atas katil.

" Untungnya kau Iris. Kalau lah kau jadi orang yang dia cinta, dia sayang. Fighting Iris! " Iris memberikan kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.

Iris bernyanyi kecil sambil melangkah menuju ke dewan kuliah. Sebentar lagi adalah kuliah bersama dengan pensyarah kesayangannya, Arjuna. Itu yang membuatkan dia teruja untuk masuk ke dalam kelas.

Langkahnya tiba-tiba terhenti saat melihat ada seorang perempuan yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik Arjuna. Beberapa saat selepas itu, Arjuna keluar daripada biliknya. Wajah Arjuna serius saja ketika berbicara dengan gadis itu.

Iris tidak bergerak. Dia berdiri tegak memerhatikan Arjuna dan gadis itu. Tiba-tiba matanya dan mata Arjuna bertentangan. Arjuna memberikan renungan tajam padanya. Cepat-cepat Iris meneruskan langkahnya menuju ke dewan kuliah.

" Laila awak ni memang dah gila kan. Sampai ke sini awak datang cari saya. Tolonglah hormatkan kerja saya " .

" Susah sangat nak jumpa awak. Jadi saya datanglah sini cari awak " jawab Laila selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience