BAB 25

Romance Completed 7382

" Let me explain Elisa. Saya dah putus tunang dengan Laila disebabkan dia ada lelaki lain dekat belakang saya. Baru lah mama saya sedar yang dia silap menilai Laila. Laila tak sebaik yang dia sangka. Daripada awal lagi saya dah cakap, tapi dia tak percaya. Bila dah jadi macam ni, baru dia percaya. Macam yang saya pernah cakap dulu, saya memang tak sukakan Laila. Langsung tak ada apa-apa perasaan pada dia. Saya bertunang pun disebabkan mama saya. Saya memang tak ada niat langsung untuk menipu awak. Maafkan saya? " jelas Arjuna panjang lebar.

Iris diam. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Selama ini dia salah faham dengan Arjuna.

" Saya minta maaf sebab salah faham dengan sir. Saya dah tuduh sir yang bukan-bukan " kata Iris perlahan. Dia hanya tunduk. Tidak berani ingin menatap mata Arjuna ketika ini.

Arjuna tersenyum kecil.

" Awak tahu tak, awak dah buat salah besar pada saya Elisa. Awak dah ambil hak saya tanpa kebenaran saya" .

Iris terkedu.

" Apa maksud sir? Saya tak faham " soalnya.

" Awak dah curi hati saya Elisa " .

Arjuna tersenyum lebar pada Elisa. Iris tertunduk malu. Merah wajahnya ketika ini.

" Mengaku Elisa, yang awak selama ni memang sukakan saya kan? Irma dan Diana dah ceritakan semuanya pada saya. Saya tak sangka pulak awak dah jatuh hati pada saya sejak pertama kali kita jumpa dulu. Waktu saya terlanggar awak. Kalau lah saya tak terlanggar awak waktu tu, mungkin awak takkan suka pada saya " .

" Irma dengan Diana cerita pada sir?" soal Iris tidak puas hati. Cis! Tak guna punya member. Entah bila Irma dan Diana berjumpa dengan Arjuna pun Iris sendiri tidak pasti.

" Kalau dia orang tak cerita, saya tak akan tahu yang awak suka pada saya".

Iris menutup mukanya kerana malu.

" Elisa " panggil Arjuna lembut.

" Hmm? " .

" Awak nak kahwin dengan saya tak?" soal Arjuna selamba.

Dia mengeluarkan sebentuk cincin daripada dalam poket seluarnya lalu dihulurkan pada Iris.

" Sir tengah lamar saya ke ni? " soal Iris lurus.

Arjuna tergelak mendengar soalan Iris.

" Iyalah. Awak nak tak kahwin dengan saya? Kalau tak nak takpa " Arjuna sengaja ingin menguji Iris.

" Nak! Saya nak kahwin dengan sir " jawab Iris pantas. Sedar akan keterlanjurannya dia cepat-cepat menekup mulutnya.

" Untuk awak. Minggu depan saya hantar rombongan meminang " Arjuna menghulurkan cincin itu pada Iris.

Lambat-lambat Iris mengambil cincin itu. Dia seolah-olah sedang bermimpi ketika ini. Rasa macam tidak percaya apabila Arjuna juga merasakan apa yang dia rasa selama ini. Ini bermakna cinta dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Siapa sangka Arjuna juga mempunyai rasa yang sama seperti Iris rasakan. Jangan takut untuk meluahkan perasaan. Kerana mungkin orang yang kita suka juga sukakan pada kita.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience