Bab 6

Drama Completed 16327

Pagi ini, aku meluangkan masa sekali lagi menziarahi pusara arwah Aini. Kebetulan abah cuti hari ini. Jadi, aku mengajaknya menemaniku. Fahim aku tinggal dengan emak.

Sepuluh minit perjalanan, kami sampai di Tanah Perkuburan Islam Damansara di Petaling Jaya di mana arwah Aini disemadikan. Bacaan Surah Yasiin dan Al-Fatihah, kami sedekahkan kepadanya. Aku berdoa pada ALLAH semoga roh arwah Aini ditempatkan bersama orang- orang yang soleh dan mukminah.

'Ya ALLAH ya TUHAN-ku. Kiranya arwah Aini dapat mendengar kata-kataku ini, aku mahu dia tahu bahawa hajatnya supaya aku menjaga Fahim, telah kutunaikan Dan aku berjanji, kiranya diizinkan oleh-MU. berikanlah aku sedikit kekuatan untuk menunaikan segala permintaannya, bisikku dalam hati.

Air mataku tumpah lagi. Amanat arwah Aini terlalu sukar bagiku. Apakah ini suatu paksaan untukku menerima Abang Luqman? Atau juga satu paksaan untuk Abang Luqman menerimaku? Bagaimana Abang Luqman dapat menerimaku sedangkan kasihnya hanya untuk arwah Aini semata-mata? Bolehkah aku mengubah itu semua? Adilkah aku pada arwah Aini biarpun dia mengizinkannya? Aku masih tercari-cari jawapan untuk persoalan ini.

"Auni?" Tiba-tiba abah mematikan lamunanku. Aku terlupa sebentar akan kehadiran abah bersamaku.

Aku cepat-cepat memalingkan mukaku supaya air mata yang menitis tidak dilihat oleh abah. Aku masih lagi menatap pusara kakak kembarku ini. Kalaulah dia masih hidup, keadaan kami berdua tetap seperti dulu. Memang perjalanan hidup sukar diramalkan. Di saat kegembiraan itu. terselit kesedihan yang tidak pernah kita undang kehadirannya. Dan di waktu-waktu kesedihan itu, masih ada ruang untuk kita berasa sedikit nikmat kebahagiaan. Memang benar bidalan orang dulu-dulu bahawa awan tidak selalunya mendung. Suatu hari nanti, la akan kembali cerah. Begitulah pusingan hidup insan di dunia ini.

Ketika kami sampai di rumah, suasana begitu sunyi sekali. Tiada kedengaran riuh suara Fahim. Rupa-rupanya dia sedang tidur. Hidangan tengah hari telah pun tersedia di atas meja. Aku bergegas naik ke bilik. Sebaik saja aku hendak melangkah ke bilideringan telefon. Aku segera menjawab panggilan tersebut.

"Helo?"

"Helo!" Kedengaran suara Abang Luqman.

"Auni?" Bertambah lembut suaranya.

"Fahim mana?"

"Tidur dalam bilik mak." jawabku ringkas.

"Macam mana dia hari ni?"

"Okey, macam yang abang selalu nampak."

"Dia tak meragam ke?"

"Okey aje Auni tengok dia. Lagipun mak, kan ada" Abang Luqman terdiam sebentar.

"Fahim dah makan?"

"Entahlah. Auni tak pasti pulak. Auni baru aje balik."

"Balik dari mana?" tanyanya penuh minat .

"Auni dengan abah ke kubur Aini tadi. Fahim dan mak tinggal di rumah," terangku.

Abang Luqman terdiam. Lama dia begitu. Kemudian barulah dia bersuara kembali.

"Abah tak kerja hari ni?"

Aku tak pasti suara terkejut itu hanya pura-pura atau sebenarnya.

"Katanya, cuti dua hari."

"Auni tengah buat apa tu?"

"Auni baru nak masuk ke bilik air. Nak mandi," jawabku. Abang Luqman tergelak.

Inilah kali pertama aku mendengar dia ketawa Menurut emak, sejak kematian Aini. Abang Luqman jarang nak berbual-bual dengan abah dibandingkan dengan dahulu. Jauh sekali untuk mendengar tawanya .

"Okeylah. Pergilah mandi sebelum Fahim bangun."

"Abang tak balik makan tengah hari ni?"

"Mana sempat?"

"Malam ni balik tak?"

"Abang balik hari Sabtu nanti."

Aku sebenarnya sudah tahu jadualnya. Tapi sengaja aku bertanya untuk menarik perhatiannya. Untuk apa, aku sendiri tidak tahu.

"Okeylah, abang jumpa Auni Sabtu ini. Kirim salam pada mak dengan abah. Bye!"

"Insya-ALLAH," balasku dan seraya meletakkan gagang telefon.

Sejak kebelakangan ini. Abang Luqman sudah mula berubah. Dia mula memberi perhatian pada Fahim berbanding sebelum ini. Setiapkali bila pulang ke rumah untuk menjenguk Zahin, aku biarkan anak kecil itu dengannya. Jauh di sudut hati, terselit satu perasaan bahagia melihat mereka berdua dan perasaan itu bertambah men- dalam sekiranya diri ini adalah sebahagian dari mereka. Sejak itulah, perlahan-lahan aku dan Abang Luqman mula menyesuaikan diri antara satu sama lain. Secara tidak langsung, membuatkan aku mula menerima Abang Luqman dalam rumah ini.

Bunyi deringan telefon mengejutkan aku yang asyik me mikirkan tentang Fahim dan Abang Luqman Jauh sungguh fikiranku menerawang. Tujuanku untuk ke bilik air terbantut lagi. Siapa pula yang menelefon ni?

"Helo, siapa tu?"

"Auni? Nazim ni!"

Aku tergamam. Mimpi apakah dia menelefonku secara tiba-tiba?

"Nazim?"

"Hai? Sebulan tak jumpa, dah lupa?"

Sememangnya, nama Nazim semakin pudar dalam ingatanku

"I tak sangka you akan telefon," balasku terus terang.

"Dah lama tak dengar berita you."

"Mana nak dengar? Mungkin I pun dah tak ada dalam fikiran you," duga Nazim seperti mengetahui apa yang tersirat dalam fikiranku.

Aku terdiam mendengar sindiran itu.

"Apa khabar?" Kata-kata Nazim lembut biarpun dalam hatinya tersimpan perasaan marah terhadapku.

"Baik," balasku

"Kata Liza, you busy lately ni. Betul ke?"

"Liza cerita pada you?"

"I faham, you sibuk dengan anak saudara you," kata Nazim

Aku tahu Nazim banyak bertolak ansur denganku selama ini. Dia juga terlalu mengharap padaku.

"Selagi dia menganggap I ni, mamanya, selagi itulah I tetap bersamanya."

"I faham!" jawab Nazim.

Perbualan kami jadi sepi tiba-tiba. Aku jadi kekok untuk melayani Nazim yang suatu ketika dahulu adalah teman rapatku ketika kami belajar di luar negara.

"Dah lama kita tak jumpa." Nazim cuba menyampaikan maksud sebenar dia menghubungiku

Aku diam lagi.

"I nak jumpa you Auni Boleh tak?"

"Bila?"

"Hujung minggu ni."

"Kita berdua aje?"

"Ya!"

Aku sebenarnya malas nak keluar dengannya

"You masih lagi mengharapkan I ke, Nazim?"

Tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulutku. Aku rasa menyesal kerana mulutku yang lancang ini.

"Kenapa you tanya begitu?"

"Maaflah, kalau I bertanya. Tapi entahlah..."

"I sebenarnya tak mahu you mengharap pada I lagi. I sendiri tak tahu di mana diri I yang sebenarnya dalam hubungan kita ini."

"Auni, I tak pernah paksa you!"

"I tahu. Tapi I takut, kalau kita berdua sering saja keluar, I tak mahu antara kita nanti, ada yang terluka. You faham maksud I?"

"I dah banyak kali cakap dengan you. I tak pernah mendesak you untuk menerima I . Tapi I percaya, kalau jodoh kita ada, kita tetap bersama. Kalau tak, kita tetap berkawan baik, kan?" kata Nazim.

Aku benar-benar rasa kasihan terhadapnya. Nazim tidak pernah putus asa mengharapkan cinta dariku.

"Tapi I tak mahu you buang masa you dengan I .Entah-entah, ramai lagi perempuan lain yang suka pada you. Kalau you stick dengan I lama-lama, tak ada apa yang menguntungkan."

"I tak kisah, Auni. I tetap tunggu."

"I tak mahu you buang masa kerana menunggu I. Memang kita pernah ada special relationship tapi I tak yakin dengan perasaan tu. I sendiri tak tahu perasaan I yang sebenar terhadap you."

"I faham, Auni. Tapi kalau you anggap kita berkawan. takkan tak boleh keluar dengan I hujung minggu ni?" Giliran aku pula terdiam.

"Okeylah, kita keluar hujung minggu ni. Bila?"

"Sabtu malam. I ambil you di rumah."

"Pukul berapa?"

"Lebih kurang pukul 8.00 malam."

"You tak takut ke nak jumpa abah dengan mak I?"

"Apa nak ditakutkan. Bukannya I nak jumpa abah danmak mentua." Aku ketawa. Begitu juga dengan dia.

"Baiklah. I tunggu you pukul 8.00 malam nanti."

Hari Sabtu yang dijanjikan, jam 5.00 petang. Abang Luqman datang ke rumah untuk bertemu Fahim. Entah mengapa, aku rasa tidak sedap hati dengan kedatangannya hari ini. Seperti ada sesuatu yang akan mengganggu rancanganku untuk berjumpa Nazim malam ini.

Adakah aku takut Abang Luqman akan membuat tanggapan negatif terhadapku bila aku keluar dengan lelaki lain? Dan haruskah aku menyembunyikan perkara ini darinya? Tapi kenapa? Dia tidak berhak untuk menghalang aku berkawan dengan sesiapa pun. Dia cuma abang ipar aku saja. Kenapa aku yang jadi tidak keruan sedangkan dia mungkin tidak begitu? Entahlah!

Aku telah memberitahu emak tentang rancanganku untuk keluar dengan Nazim. Emak cuma berpesan supaya aku tidak pulang lewat. Dan emak telah memberitahu abah tentang perkara ini.

Selepas Sembahyang Maghrib, aku mengurung diri dalam bilik untuk bersiap. Aku memakai seluar kulit warna hitam serta baju kemeja lengan panjang. Setelah siap, aku turun ke ruang tamu untuk menunggu Nazim. Jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Kebetulan abah. Fahim dan Abang Luqman masih belum turun lagi. Emak pula sedang sibuk di dapur menyediakan makan malam.

Sementara menunggu Nazim sampal, aku membaca novel RANGGAU karya Ramlee Awang Murshid yang aku beli sewaktu keluar dengan Liza tempoh hari.

"Seluar apa ni Auni?" tanya emak sambil mengerut kan dahinya. Emak seperti tidak senang melihat caraku berpakaian. Aku jadi serba salah.

"Seluar ni Auni beli kat London," kataku.

"Semacam aje mak tengok!"

"Tak elok ke?"

"Orang putih memang pakai seluar macam ni ke?"

"Di sana sekarang pakai seluar kulit macam ni mak. Nampak bergaya sikit."

Emak terus membelek pakaianku namun tidak pula membantah biarpun pada awalnya, dia nampak kurang senang. Aku hanya mampu tersenyum. Tidak lama kemudian, abah turun untuk menonton televisyen di ruang tamu. Abah mengambil tempat betul-betul di sebelahku.

"Auni nak keluar dengan Nazim ya?"

"Ya, abah. Auni nak jumpa member-member lama di universiti dulu."

"Siapa lagi?" tanya abah.

"Liza, Ida dan ada dua tiga orang lagi."

Tidak lama kemudian. Abang Luqman turun dengan berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat. Dia agak terkejut melihat aku berpakalan cantik ketika itu.

Sementara menunggu Nazim sampai, aku menyambung kembali membaca novel RANGGAU yang terganggu sebentar tadi. Abang Luqman leka bermain dengan Fahim. Tiba-tiba sebuah Perodua Alza berhenti di hadapan rumah.

"Nazim dah sampai pun," kataku.

Abah masih tidak berganjak di kerusinya. Abang Luqman hanya memerhatikan Nazim dari jauh. Emak yang berada di dapur keluar menjenguk ke ruang tamu. Kami sekeluarga telah mengenali Nazim sejak aku di alam persekolahan lagi.

Fahim memandangku. "Mama nak pergi mana?"

"Mama nak pergi jumpa doktor. Mama sakit," kataku membohonginya. Aku tahu membohongi anak kecil bukanlah perkara yang baik. Tapi untuk mengelakkan dia menangis, aku terpaksa berbuat demikian.

"Mama sakit?" tanya Fahim. Aku mencium pipinya bertalu-talu.

"Mama nak jumpa doktor?"

"Ya, mama nak jumpa doktor."

"Papa tak ikut mama jumpa doktor?"

"Tak! Papa jaga Fahim."

Nazim kini sudah berada di muka pintu sedang membuka kasut.bPemuda yang berasal dari Pahang itu melangkah masuk. Dia berpakaian ringkas saja. Sehelai jeans warna hitam dan juga t-shirt warna merah.

"Assalamualaikum!" Nazim memberi salam sambil bersalaman dengan abah dan emak

"Waalaikumsalam," jawab abah dan emak serentak.

"Apa khabar Nazim?" tanya abah dengan mesra.

"Balk, alhamdulillah."

"Dah lama makcik tak dengar berita Nazim. Sejak balik, Nazim belum pernah datang ke sini lagi," kata emak pula.

"Saya sekarang ni sibuk sikit, makcik."

"Dah kerja?" tanya abah

"Sudah pakcik. Saya kerja di Syarikat Telekom Malaysia. Tapi saya sedang tunggu keputusan untuk sambung belajar lagi."

Dan aku cepat-cepat menyampuk perbualan mereka sebelum Nazim menyampaikan sesuatu yang di luar pengetahuan abah dan emak, iaitu tentang tawaran yang aku terima dua minggu sebelum pulang ke Malaysia.

"Nazim nak ambil Master, abah" Abah tersenyum Senyuman itu menyatakan rasa bangganya terhadap kesungguhan Nazim untuk terus belajar. Dan aku juga melemparkan senyuman pada Nazim tapi senyuman penuh makna agar apa yang tersirat di dalam hatiku dapat difahaminya. Kemudian Abang Luqman dan Nazim bersalaman

"My brother in law, Luqman Hafizi." Aku memperkenalkan pada Nazim

"You balik sama flight dengan Auni?" tanya Abang Lukman.

"Liza, saya dan Auni balik dengan penerbangan yang sama. Kami berdua temankan dia balik."

Sekali lagi aku dan Nazim berpandangan. Ada cerita di sebalik kejadian tersebut. Sepatutnya, kami berenam bersama tiga orang lagi, laitu Ida. Rusydan dan Nafi menghabiskan cuti kami di Puncak Alps sebelum pulang ke Malaysia Tetapi berita mengenal arwah Aini menyebabkan aku terpaksa membatalkan rancanganku Lizandan Nazim turut membatalkan rancangan itu kerana ingin menemani aku pulang.

"Mak dan ayah apa khabar?" tanya abah lagi.

"Baik. Sihat semuanya." Nazim memandangku dan memberi isyarat. Aku mengerti maksud Nazim itu.

"Abah, mak, Auni pergi dulu ya"

"Hai, tak sempat minum pun," kata emak.

"Tak apa makcik. Biar kami pergi dulu. Nanti lambat pulak! Lagipun, kami dah janji dengan kawan-kawan yang lain." jelas Nazim.

"Kalau ya pun, minumlah sikit." desak emak

Nazim meneguk segelas jus oren di depannya hingga habis. Kemudian dia bangun dan bersalaman dengan abah, emak dan Abang Luqman. Kemudian sekali lagi dia mencubit pipi gebu Fahim yang berada dalam pangkuanku.

Aku berjalan menghampiri Abang Lukman dan me
nyerahkan Fahim kepadanya.

"Abang, Auni nak keluar sekejap."

"Auni nak pergi mana dengan Nazim?" tanya Abang Luqman seakan-akan berbisik. Ketika itu mata kami bertentangan.

"Nak jumpa member-member lama masa di UK dulu."

Dia masih lagi memandangku tenang. Aku melarikan pandanganku darinya dan segera beralih kepada Fahim. "Nanti mama bawak coklat untuk Fahim. Jangan nakal nakal tau!"

Fahim mengangguk.

"Pukul berapa balik?" tanya Abang Luqman lagi.

Aku cuba menyembunyikan perasaan terkejutku de- ngan soalan itu. Sungguh-sungguh dia mengambil berat tentang diriku.

"Entah, tak tahu lagi. Harap-harap sebelum pukul 12.00 malam, " balasku sambil memandang Fahim.

"Kalau ada apa-apa nanti, telefon aje. Abang boleh jemput Auni balik."

Aku benar-benar tersentuh dengan perhatian yang diberikan oleh Abang Luqman itu. Aku cuba membaca apa yang bermain di fikirannya ketika itu.

"Auni? Kita dah lambat ni," kata Nazim.

Aku masih memandang Abang Luqman ketika meninggalkannya tanpa sebarang reaksi. Aku bersalaman dengan orang tuaku sebelum keluar. Namun, fikiranku tetap memikirkan kata-kata Abang Luqman tadi.

Aku tahu, aku telah mengganggu ketenteramannya sejak pulang dari UK. Baginya, aku adalah arwah Aini. Sememangnya aku adalah arwah Aini dan arwah Aini adalah aku kerana kamilah adik beradik kembar.

Aku terus masuk ke dalam kereta tanpa menoleh ke belakang. Nazim menghidupkan enjin kereta untuk me mulakan destinasi kami.

"Siapa lagi yang ada di sana nanti?" soalku memulakan perbualan.

"Liza, Ida. Rusydan dan Nafi. Semua tunggu kita di sana," beritahu Nazim

"Seronoknya" jeritku.

"Dah lama I tak jumpa mereka semua'' Nazim tersenyum melihat telatahku.

"Sebenarnya mereka dah lama tak jumpa you. I ada juga keluar jumpa mereka. You aje yang asyik terperap dekat rumah." Aku tersengih.

"I dah ada anak. Susah nak keluar rumah. Kalau I keluar, dia pun nak ikut sekali."

Mungkin aku tidak patut memulakan bicaraku tentang Fahim kepadanya. Dan suasana hening tiba-tiba.

"Luqman tak kisah ke kalau you jaga anak dia?"

"Buat masa ini, tak pulak timbul masalah."

Selepas itu, perbualan kami terhenti. Cuma yang kedengaran lagu Luar Biasa nyanyian Kumpulan KRU berkumandang dengan rancak sekali.

Tiba-tiba Nazim memperlahankan volume radio.

"Bagaimana keadaan Luqman bila melihat wajah you yang serupa dengan arwah isterinya? Tentu dia terkejut?"

Fikiranku terus melayang semula kepada Abang Luqman. Jantungku tiba-tiba berdenyut lebih pantas dari biasa. Soalan Nazim memang umum tapi amat sukar bagiku untuk menjawabnya.

"I tak tahu Nazim. Kami jarang berbual. Dia layan I biasa ajelah. I ni, adik ipar dia."

"Kenapa you tanya?" Nazim diam seketika.

"I kesian tengok dia. Kalau I jadi dia pun, I tak anggap you ni Auni. Tapi I anggap you Aini. Pernah you berjumpa dengan dia sebelum Aini meninggal dunia?" Aku menggeleng. Nazim terkejut.

"You lupa ke? Masa arwah Aini kahwin pun. I tak
balik." Nazim menggaru-garu kepalanya.

"I kesian tengok dia. Nazim," ujarku jujur.

Aku tahu betapa sukarnya hidup Abang Luqman setelah ketiadaan Aini.

Kasihan atau apa? Tiba-tiba fikiran dan perasaanku berlawanan sesama sendiri. Kenapa harus kukorbankan perasaanku, sekiranya apa yang kurasakan pertama kali bertemu dengannya dahulu adalah satu perasaan yang terbit dari naluri seorang perempuan yang memerlukan. Perasaan begini tidak pernah kualami. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Dan tidak pernah terlintas dalam fikiranku mempunyai perasaan begitu terhadap abang iparku sendiri.

Wajah Abang Luqman berlegar-legar di mataku. Caranya memandangku sebentar tadi, seakan-akan tidak merestui aku keluar bersama Nazim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience