Semenjak pertemuan hari itu, setiap hari Abang Luqman mesti menelefonku di pejabat. Ada saja yang hendak dibualkan. Namun perbualan kami untuk seminit dua. Maklumlah aku kakitangan baru.
Dalam seminggu pasti sekali kami akan bertemu di luar waktu pejabat. Kalau tidak, kami akan makan tengah hari bersama.
Hubungan kami semakin rapat. Ke mana saja dia pergi, dia akan beritahu aku. Begitu juga kalau dia pulang lewat aku pasti tahu.
"Abang ada dinner malam ni. Nak Ikut?" Aku yang agak sibuk ketika itu masih sempat meluangkan masa untuknya.
"Malam tadi abang tak beritahu Auni pun?"
"Abang baru tahu tadi."
"Dinner dekat mana?"
"Di Hotel Concorde Abang nak Auni temankan abang. Itu pun kalau Auni tak segan nak keluar dengan abang?" katanya merendah diri.
"Dah berapa kali Auni keluar dengan abang? Pernah Auni bersikap begitu?" Gelak kecil Abang Luqman kedengaran di gagang telefon. Aku turut sama tersenyum.
Lantas tanpa berfikir panjang aku terus menyatakan persetujuanku. Pulang sahaja dari pejabat aku meluru ke almari pakaian untuk memilih-milih baju yang hendak aku pakal ke jamuan malam yang dimaksudkan oleh Abang Luqman Tiba tiba telefon berbunyi.
"Helo"
"Auni, ini akulah Liza"
"Oh Liza Lama tak dengar khabar? Ini mesti ada hal."
"Tak adalah Dah lama aku tak dengar berita kau."
"Alah aku biasa aje. Tak ada isu yang menarik Cuma malam nanti aku ada dinner"
"Dinner dekat mana?" tanya Liza agak terkejut.
"Abang Luqman ajak aku keluar. Itulah yang aku tengah cari baju yang sesuai untuk aku pakai. Tapi tak adalah "
"Pakailah baju hitam lace velvet yang kau beli di UK dulu Ingat tak??
"Baju apa?"
Aku terdengar Liza mengeluh panjang "Alah baju yang kau beli di Dorothy Perkins. Kau tak cukup duit masa tu kau pinjam duit Nazim. Kemudian Nazim kata tak payah bayar. Ingat lagi tak?"
Aku ketawa bila teringat kisah lama itu. Hanya kerana baju hitam itu, aku dan Nazim bergaduh di depan juruwang dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Liza yang meleraikan kami berdua.
"Ha??? Mana baju tu?"
"Ada, ada. Masih lagi dalam beg pakaian aku"
Kami berbual-bual kosong sehinggalah Liza membuka topik tentang Nazim. Aku diam bila diajukan pertanyaan begitu
"Kau tak kesian pada Nazim? Dia betul-betul bengang dengan kau"
"Tapi aku dah kata pada dia. Aku tak mahu dia tunggu aku. Aku suruh dia cari perempuan lain kalau ada yang dia suka. Aku tak pasti lagi sama ada aku boleh terima dia Dah berapa kali aku cakap dengan dia, jangan tunggu aku. Tapi dia degil. Bila dia bengang pada aku, patut ke aku yang disalahkan? Sebagai kawan okey. Nak lebih lebih aku rasa payah. Aku tak tahu macam mana aku nak kata lagi pada dia"
"Auni.. Nazim tu syok kat kau. Kau kena cakap terus terang pada dia. Jangan cakap berlapik. Lagipun kalau orang yang senang nak faham, cakap bunga-bunga pun dia dah lama faham. Aku rasa, baik kau jumpa Nazim cakap terus terang yang kau tak boleh terima dia."
"Kalau aku ikut apa yang kau cakap, dah tentu dia
kecewa dan berkecil hati pulak."
"Nazim tiap-tiap hari telefon aku kat rumah, suruh aku slow talk dengan kau. Aku pun bosan, asyik aku jadi mangsa tempat dia mencurah perasaan."
Tak semena-mena, aku ketawa.
"Ketawalah kau," rungut Liza.
"Aku jadi mangsa kau orang berdua."
Aku cepat cepat meredakan tawaku sebelum Liza makin marah.
"Okeylah..Aku akan telefon dia dan terang. kan satu persatu dengan jelas."
"Bagus! Lagi cepat lagi bagus. Aku malas nak dengar masalah dia lagi."
"Macam mana Fahim?"
"Semakin nakal!"
"Eh. aku kena letak dulu. Sebab aku nak keluar dengan mak aku. Kalau senang aku telefon kau lagi Bye"
Aku meneruskan tugasku mencari baju yang di maksudkan oleh Liza tadi. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku perlu beli baju ini padahal tiada tempat yang sesuai untuk kupakai. Bukannya aku selalu ke majlis-majlis rasmi yang membolehkan aku memakai baju yang secantik ini
Rendanya hanya pada paras dada dan menjangkau sehingga ke lengan tangan yang berpotongan pendek. Selebihnya, baju tersebut berkain baldu sehingga ke paras buku lali. Baju tersebut tiada ukiran pada pinggang. Agak lurus ke bawah namun tidak menampakkan bentuk badan. Aku cuba menggayakannya di hadapan cermin. Bila melihat diriku sendiri di cermin, terasa diriku bukan diriku yang sebenar.
Seolah olah aku melihat orang lain.Apa kata Abang Luqman nanti bila melihat aku begini?
"Nak pergi mana ni?" tanya emak tiba tiba muncul di pintu bilik. Aku terkejut.
"Baju baru ke?"
Aku menggeleng.Rasa hangat mula hinggap ke pipi "Auni beli masa di UK dulu. "
"Nak pergi mana dengan baju ni?" tanya emak lagi.
"Abang Luqman a... ajak Auni... pergi dinner"
"Bila tu?" tanya emak penuh minat. Aku mula rasa serba salah. Aku jadi gugup.
"Malam ni "
"Oh sebab tu Auni cuba-cuba pakai baju hitam ni?" Aku mengangguk.
Dan sebelum dia bertanyakan soalan demi soalan lagi, aku cepat-cepat menukar pakalan tersebut. Emak masih lagi di situ melihat Fahim yang nyenyak tidur di atas katil.
"Mak perhatikan Auni dengan Luqman, macam mak pandang arwah Aini dengan Luqman pulak."Aku tersentak.
"Mak gembira Luqman sudah kembali seperti dulu" Aku pura-pura tidak mendengar kata kata emak itu.Aku menggantung baju baldu hitam itu di dalam almari.
"Mak tengok, Auni pandai layan Luqman"
Aku tetap mematungkan diri.
"Luqman pun, senang dengan Auni."
Tiada respon sama sekali dariku.
"Pandai pandailah bawa diri."
Aku tetap membisu.
"Kenapa Auni tak beritahu Luqman yang Auni dah kerja? Kenapa tiba-tiba mak boleh rasa ada perang dingin antara kau orang berdua baru baru ni?"
Aku tersentak dengan soalan emak. Lain sangat
bunyinya Aku memandang emak
"Masa tu. Auni ada selisih faham sikit dengan Abang Luqman."
"Selisih faham? Atau ada sesuatu yang dah berlaku malam tu?" Emak cuba serkap jarang Adakah emak dapat menghidu sesuatu?
Aku semakin tertekan. Jantungku semakin berdegup pantas.
"Malam bila?" soalku pura-pura.
"Auni ingat mak tak risau biarkan Auni dan Luqman berdua-duaan malam-malam begitu?"
"Er... mak dah tahu apa yang dah berlaku?" tanyaku Emak hanya mengukir senyuman penuh pengertian.
"Mak lebih banyak makan garam dari kau berdua. Luqman kehilangan Aini dan bila Auni ada, perasaan tu kembali semula. Dan anak mak juga menyayangi Luqman. Betul tak?"
Aku menggeleng-geleng kepala cuba menafikannya.Tapi kenapa hatiku memberontak sama sekali.
"Mak intip kami malam tu?" tanyaku bertambah gugup
"Sekarang mak cuma ada Aunu. Mak jaga Auni seperti menatang minyak yang penuh. Masa mula-mula mak nak jodohkan Aini dengan Luqman, mak rasa bersalah, takut Auni fikir yang mak dahulukan Aini dari Auni. Tapi abah kata, biarlah dulu. Lagipun. Auni rapat dengan Nazim. Kalau pun tak ada jodoh dengan Nazim mungkin ada lelaki yang lebih baik untuk Auni nanti. Mak dan ayah Luqman pun pernah berhasrat untuk menjodohkan Auni dengan anaknya Nain jika Auni masih single."
"Nain?" Aku terkejut seolah-olah tidak mempercayai kata-kata emak itu.
"Tapi bila arwah Aini dah tak ada, mak rasa mak tahu siapa yang lebih memerlukan Auni."
Badanku mula menggeletar
"Tapi mak harap, jangan sampai sesuatu perkara yang buruk berlaku antara Auni dengan Luqman. Auni masih anak dara Luqman tu baru kematian isteri. Jagalah batas perbualan dan perbuatan kamu berdua."
Aku jadi malu dengan kata-kata emak itu. Memang benar adakalanya aku terlalu mengikut perasaan dan melayani Abang Luqman lebih dari yang sepatutnya.
"Mak marah ke kalau Auni berkawan dengan Abang Luqman?" Emak memandangku tenang Sukar untuk aku mem baca dari riak wajahnya itu
"Marah tak suka pun tak. Yang penting, mak nak
Auni dan Luqman gembira."
Agak lama juga kami membisu begitu. Kemudian emak bangun dan meninggalkan aku sendirian Aku baring di atas katil untuk menenangkan perasaanku. Kenapa aku harus melibatkan diri dalam keadaan yang sukar seperti ini?
Tepat pukul 8.00 malam. Abang Luqman sampai. Aku bergegas turun dan segera membuka pintu untuknya. Dia kelihatan kacak dengan t shirt warna kelabu berkolar tinggi dan jaket hitam yang dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam juga. Kebetulan aku juga turut memakai baju berwarna hitam. Seakan-akan berjanji pula dengan dia.
"Abang pakai macam ni aje?"
"Kenapa? Tak boleh?"
"Kita pergi dinner ke atau apa?" Dia tersenyum.
Kemudian merenungku dari atas sehingga ke bawah.
"Farah nampak cantik. Tak payah nak takut sama ada formal atau tak. Baju yang Auni pakai ni pun dah cukup cantik."
Kemudian Abang Luqman bersalaman dengan emak dan abah.
"Fahim mana?"
"Dah tidur dalam bilik Auni," kata emak
Abang Luqman bergegas ke tingkat atas. Beberapa minit kemudian, dia turun semula. Setelah meminta izin dari emak dan abah untuk membawa aku keluar, kami berjalan beriringan menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan, hanya sesekali kami berbual. Aku lebih suka mendiamkan diri .
Sebaik saja sampai di Hotel Concorde, aku diperkenalkan dengan kawan kawan Abang Luqman yang duduk semeja dengan kami. Abang Luqman begitu asyik berbual. Dan aku lebih banyak mendiamkan diri. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Syarikat dan juga Ketua Eksekund Majis makan malam pula diiringi dengan pelbagai hiburan.
Setiap minit bersamanya, aku tidak pernah berasa tersisih. Malah Abang Luqman melayaniku dengan mesra. Semakin lama aku berada di situ, rasa sejuk alat penghawa dingin mula menggigit diriku. Aku cuba menahan kesejukan itu.Tiba-tiba aku meminta diri untuk keluar sekejap.
"Nak ke mana?" bisik Abang Luqman.
"Keluar sekejap." Aku pantas meninggalkannya. Aku mengambil masa untuk memanaskan tubuhku di luar dewan. Sedang aku asyik meneliti keadaan sekeliling tiba-tiba ada tangan yang memaut pinggangku. Aku pantas menoleh dan terkejut. Abang Luqman berada di sisiku Dahinya berkerut memandangku.
"Dewan tu sejuk sangat jelasku. Dia tersenyum
"Empat tahun tinggal di UK pun masih tak tahan dengan cuaca sejuk?"
Tangannya yang memaut pinggangku kini beralih pula ke jari jemariku.
"Abang ingat Auni tinggalkan abang" Sambil memandang tepat ke arah sepasang anak matanya aku membalas kata katanya itu.
"Auni tak akan buat begitu depan kawan-kawan abang" Dia memandangku-dengan penuh erti Kemudian dia menanggalkan jaket kulitnya lalu disangkut ke bahaku.
"Macam mana sekarang? Okey tak?" Aku sekadar mengangguk saja.
Fikiran nakalku terus melayang jauh Jaket yang membalun tubuhku aku anggap seolah-olah kedua dua belah tanganinya sedang memeluk ku memberikan sedikit kehangatan padaku.
"Boleh kita masuk ke dewan semula?"
Sekali lagi aku mengangguk
Dan kali ini, tanganku digenggam erat bila kami berjalan beriringan masuk ke dalam dewan. Ketika itu suasana di dewan riuh kerana acara cabutan nombor bertuah.
"Farah nak tunggu lagi?" tanya Abang Luqman bila majlis tari menari pula bermula.
Aku menggeleng.
"Dah lewat sangat ni. Pukul 11 30 malam. Nanti apa kata mak dan abah." balasku
Abang Luqman setuju dengan pendapatku. Kami meninggalkan dewan itu ketika para jemputan lain sedang asyik menari bersama pasangan masing-masing
"Abang ucapkan terima kasih pada Auni sebab sudi temankan abang."
Abang Luqman tenang memandu di jalan raya yang masih sibuk itu.Sesekali dia mengerling ke arahku. Aku kehairanan.
"Sudi? Kenapa pulak abang gunakan perkataan sudi?"
"Yalah manalah tahu bila abang ajak Auni keluar malam ni. Auni rasa serba salah. Nak jaga hati abang. Auni terpaksa keluar juga." Sekali lagi keikhlasan aku dipersoalkan.
"Kalau Auni tak suka keluar dengan abang, dari mula-mula lagi Auni menolaknya"
"Jadi. Auni sukalah keluar dengan abang?" duganya
Aku memandangnya. Penuh seribu pengertian yang mendalam. Dia tersenyum. Aku tahu, sedikit sebanyak dia senang hati melihat aku memandangnya begitu
"Kalau abang ajak lagi. Auni masih nak ikut abang?"
Aku terdiam. Cuba mencari jawapan.
"Mungkin ya, mungkin tak "
"Kenapa pulak tu?" Dia mengerutkan dahinya.
"Kalau tak clash dengan kerja di pejabat. Auni mesti ikut abang." Dari ekor mataku, aku lihat ada senyuman di bibirnya.
Share this novel