Keesokan harinya, seperti biasa aku bangun awal untuk Sembahyang Subuh. Fahim masih lena di atas katil. Kemudian aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Sementara menantikan air mendidih, aku masuk ke bilik bersebelahan dengan dapur untuk mengambil baju blaus yang telah kugosok beberapa hari yang lalu. Aku terpandang sehelai baju kemeja dan seluar slack di atas papan penggosok. Aku percaya baju tersebut milik Abang Luqman.
Tanpa berfikir lagi, aku memetik suis seterika dan menggosok pakaian tersebut. Kalau arwah Aini masih hidup tentu Abang Luqman tidak perlu bersusah payah menggosoknya.Dalam masa 15 minit saja, pakaian itu sudah siap kugosok, kemudian kusangkut di celah pintu.
"Wah! Auni gosok baju abang? Tiba-tiba Abang Luqman muncul di belakangku. Ketika itu, dia hanya memakai sehelai t-shirt dan tuala mandi Kami sama-sama terkejut Mungkin dia tidak menyangka aku berada di situ
"Lain kali, kalau abang nak gosok baju abang cakap saja pada Auni. Bukan hanya jaga Fahim yang Auni pandai, Auni jugak boleh menggosok untuk cari side income." gurauku Hatiku rasa puas kerana dapat menolongnya.
Abang Luqman menuruni anak tangga ketika aku sedang sibuk menghidang sarapan di meja makan. Emak masih lagi di atas menemani Fahim yang masih tidur.
"Mi goreng aje?" tanya Abang Luqman Dia kini
berdiri betul-betul di sebelahku.
Tanpa kuduga. Abang Luqman memeluk bahuku spontan. Tersentak hatiku dengan tindakannya itu. Jantungku berdenyut pantas. Keadaan menjadi kaku seketika bila kami saling berpandangan. Aku cepat-cepat menjarakkan kedudukan kami Takut emak nampak nanti.
Aku menyenduk sedikit mi goreng ke dalam pinggan dan kuhulurkan kepadanya. Senyuman dihulurkan kepada ku.Dia mengambil pinggan yang berisi mi goreng itu dan terus makan Kemudian aku menuang nescafe panas ke dalam cawan di depannya .
"Abang balik pukul berapa hari ini?" tanyaku.
"Belum tahu lagi." jawabnya tanpa sedikitpun memandangku.
Kata katanya sedikit hambar. Aku hanya memerhatikan Abang Luqman menghabiskan mi goreng itu. Aku berasa pelik Tadi dia begitu riang sekali dan kini hanya membisu. Kenapa?
Tiba tiba Abang Lukman menolak pinggan yang masih lagi berisi ke tepi dan menghirup minuman di depannya Abang Luqman memandangku. Aku mula dapat rasakan perubahan sikapnya.
"Sekejap tadi abang fikir yang Auni ni, isteri abang. Gosok baju abang. Sediakan sarapan untuk abang, sama seperti yang arwah Aini lakukan. Kemudian bila Auni tanya bila abang akan balik, mengingatkan abang pada Aini." Dia ketawa kecil.
"And do you want to know something? I was about to kiss you just now like I did to Aini every morning.Tapi mujur cara Auni pandang abang menjadikan abang sedar sekejap. Kalau tak. tentu Auni dah report pada mak ya tak?" Dia ketawa lagi.
Tapi aku tidak sedikitpun berasa gelihati dengan gurauannya
"I won't."jawabku tenang.
Abang Luqman tergamam mendengar jawapan dariku.
Dia seakan-akan tidak mempercayai apa yang aku ucapkan tadi. Dia bingkas meninggalkan aku. Aku tetap mengekorinya daripada belakang.
Sampai saja di tengah ruang tamu. dia berpaling memandangku "Please Auni Jangan buat abang macam ni. Abang nak Auni ingatkan abang setiapkall abang terlupa tak boleh ke?" Aku memandangnya tanpa jawapan.
Abang Luqman bergegas meninggalkan aku tanpa sebarang ucapan.
Aku mula keliru dengan sikapku sendiri. Apakah sebenarnya yang aku mahu dari Abang Luqman? Bukankah aku perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengannya?
Tapi semua yang aku lakukan ini adalah untuk arwah Aini. Arwah Aini mahu aku menggantikan tempatnya supaya Abang Luqman dapat terus hidup bahagia seperti dulu. Aku sering termenung bila teringatkan kejadian pagi tadi. Marahkah Abang Luqman kepadaku?
Tengah hari itu. aku memberanikan diri menelefon Abang Luqman di pejabat. Aku benar-benar mahu tahu keadaan yang sebenarnya.
"Abang marah pada Auni?" tanyaku sebaik saja talian kami disambungkan ,Abang Luqman mengeluh. Mungkin soalan itu terlalu sukar untuk dijawab.
"I don't have anything to say to you," katanya tenang.
"Kalau abang marah pada Auni cakaplah terus terang Auni tak mahu abang asyik bagi silent treatment pada Auni. Auni tak suka."
Tiada suara darinya.
"Auni minta maaf sebab berlaku biadap pada abang tadi Auni janji perkara itu tak akan berlaku lagi.Dan maaf kalau itu mengganggu ketenteraman abang." Aku mula berasa tertekan bila aku seorang saja yang bercakap dan dia terus terusan membisu
"Auni tak akan ganggu abang lagi dan Auni tak akan telefon abang lagi. Maaff Klik! " Aku terus meletakkan gagang telefon.
Perasaan marah mula membakar diri kerana sikapnya yang tidak mempedulikan kata-kataku Aku sudah minta maaf darinya kenapa dia tidak mahu memaafku?
Telefon di sisiku tiba-tiba berdering
"Helo?"
"Auni?" Suara Abang Luqman kedengaran.
"Auni datang pejabat abang tengah hari ni boleh?Kita keluar lunch sama-sama?"
Perasaan marah yang membara ketika itu. mula terpujuk dengan pelawaannya itu. Hatiku berbunga riang.
"Setuju tak ni?"
"Pukul berapa?"
"Sekarang ni pukul 12.15. Lepas ni. Auni siap dan setengah jam kemudian, Auni boleh sampai."
"Abang nak Auni beritahu mak?"
"Terpulanglah."
"Nak bawa Fahim?"
"Tak payahlah. Lepas makan, kita terus balik Lagipun abang ada mesyuarat pukul 2.00 nanti "
"Auni jumpa abang di pejabat?"
"Abang tunggu di lobby berhampiran."
"Lunch dekat mana?"
"Adalah" jawabnya seperti berahsia
Aku memberitahu emak tentang pelawaan Abang Luqman itu Emak diam. Melarang tidak dan menyuruh pun tidak.
Share this novel