Bab 11

Drama Completed 16327

Abang Luqman mengenakan sepasang baju Melayu berwarna kuning pinang masak dan sampin hitam keemasan. Manakala aku pula mengenakan sepasang kebaya labuh warna merah jambu berbunga kecil biru dan hijau. Rambutku yang panjang, kuikat tocang satu. Aku tidak tahu bagaimana lagi hendak menggayakan rambutku ini. Sehelai selendang panjang kulilit di bahuku. Aku mengenakan mekap ala kadar saja.

Ketika bertembung dengan Abang Luqman di tingkat bawah, dia memandangku tanpa berkelip.

"Apa yang tak kena pada Auni?"

Dia hanya menggelengkan kepala "Tak ada apa-apa."

Aku mengerutkan dahi. Kemudian, aku memandang diri aku sendiri. Apa yang masih kurang dekat diri aku ni?

Kami bertolak lebih kurang pukul 7.50 malam dan sampai di rumah orang tua Abang Luqman setengah jam kemudian. Keadaan di rumah Abang Luqman terang benderang, seperti meraikan sebuah majlis lagaknya. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Aku rasa segan untuk masuk ke dalam.

Seperti biasa Mak Engku dan Datuk Lutfi menyambut kami dengan penuh mesra. Begitu juga dengan adik beradik Abang Luqman yang lain. Walaupun mereka berpangkat besar tapi layanan yang mereka berikan tidak sedikitpun membuat kami rasa tersisih.

Kak Yati menemaniku sepanjang masa. Dialah orang yang paling ramah denganku.

"Macam mana Lukman treat you?" bisik Kak Yati seolah-olah tidak mahu didengari oleh sesiapa pun. Aku mengerutkan dahi sambil tersenyum gelihati.

"Kenapa pulak dengan Abang Luqman?"

"Dia tak silap orang ke?" soal Kak Yati lagi.

Aku lantas memalingkan mukaku ke arah lelaki yang cukup kacak di antara ramai lelaki yang ada di situ. Biarpun sudah mempunyai seorang anak namun dia tetap segak dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Bagaikan mengetahui dirinya diperhatikan, dari jauh dia melemparkan senyuman untukku. Aku membalas dengan penuh makna.

Rupa-rupanya, kelakuan kami diperhatikan oleh Kak Yati. "Mmm, nampaknya cik abang kita tu, dah happy sikit. Dah boleh senyum-senyum."

Terasa bahang kehangatan hinggap di pipi. Aku jadi malu mendengar kata-kata Kak Yati itu

"Abang Luqman okey. Dia baik dan boleh dijadikan kawan Auni." cuba menutup rasa malu Kak Yati tersenyum penuh makna. Dia seolah-olah mengetahui apa yang sedang berlaku.

"I can see that obviously" Kemudian Kak Yati memandang Abang Luqman yang kini sedang berkerut kerut memandang kakaknya.

"Sejak arwah Aini meninggal, jangankan nak ketawa, nak senyum macam tu pun payah sekali."

Aku diam

''Macam mana Auni boleh buat dia berubah?" tanya Kak Yatt.

Aku mengerutkan dahi. Tidak dapat menangkap maksudnya. "Auni tak faham, apa maksud Kak Yati?"

"Boleh buat dia tersenyum semula"

"Tak buat apa-apa!"

"Mudahnya?" jawab Kak Yati.

Aku mengangkat bahuku. Tidak tahu bagaimana harus kujelaskan padanya lagi.

"Bila adik Kak Yati ni dah mahu tersenyum. Ini satu perkembangan yang baik. Baguslah kalau begitu." Aku hanya diam mendengar kata kata darinya.

"Kejap lagi Kak Yati nak tanya dia, bila lagi dia nak cari mama baru untuk Fahim Harap-harap, setanding dengan arwah Aini."

Berderau darahku bila mendengar kata-kata Kak Yati itu. Mata ini terus memandang Abang Luqman yang sedang berbual dengan Nain dan Raihana.

Aku rela berkorban, sekiranya ditakdirkan Abang
Luqman dan Fahim, menjadi milikku suatu hari nanti. Itu pun kalau Abang Luqman boleh menerimaku. Namun aku rasa perjalanan itu terlalu jauh. Suara ayah dan emak Abang Luqman mematikan lamunanku. Mereka menjemput aku dan emak ke meja makan yang sudah terhidang aneka makanan Abang Luqman tiba-tiba berdiri di sebelahku.

"Abang ni, asyik tersenyum dari tadi ni kenapa? You are in high spirit tonight, aren't you?"

"Nampak sangat ke?" soal Abang Luqman.

Aku mengangguk

"No wonder, you and my sister were looking at me. Just now Mengumpat abang, ya?"

"Kelakuan abang nampak sangat. Dah tentulah Kak Yati perasan."

Abang Luqman tiba tiba ketawa dengan kuat hingga kan semua yang berada di situ menoleh ke arah kami

Aku mula rasa kurang senang. Kalau boleh aku tidak mahu sesiapa pun antara keluarga Abang Luqman menaruh syak wasangka terhadap kami.

"Tak habis-habis lagi berbual?" usik Mak Engku dengan senyuman meleret.

"Itulah bang. Ketawa kuat sangat. Nanti entah apa yang mak abang fikirkan," tegurku perlahan.

Aku cepat-cepat berjalan meninggalkannya. Abang Luqman mengekoriku dari belakang.

Semua ahli keluarga telah pun duduk di kerusi melainkan aku dengan Abang Luqman. Aku cuba mencari tempat duduk berhampiran dengan Kak Yati, malangnya semua tempat duduk telah dipenuhi. Aku tidak ada pilihan lain melainkan duduk bersebelahan dengan Abang Luqman.

"Sengaja Kak Yati reserved dua kerusi ni untuk kamu berdua" Tersentak hatiku mendengar pengakuan Kak Yati itu .

"Makanlah Auni, jangan malu-malu. Semuanya mak masak untuk Auni," pelawa Mak Engku

Abang Luqman menghulurkan sepinggan udang goreng Aku menggeleng tapi dia tetap mahu aku mengambil udang goreng itu.

"Auni tak nak!" Abang Luqman mengerutkan dahi. Kemudian mengambil beberapa ekor udang goreng dan meletakkannya di dalam pinggannya.

"Apa rancangan Auni sekarang?" tanya Datuk Lutfi.

Aku memandang emak yang duduk bertentangan denganku "Buat masa ini, Auni jaga Fahim sementara nak cari kerja"

"Luqman ada beri pocket money untuk Auni?" soal Datuk Lutfi lagi.

Mak Engku dan emak tersenyum memandangku Kemudian aku mengalihkan pandanganku pada Abang Luqman semula.

"Pocket money?" balasku sambil tersenyum. Abang Luqman hanya memandangku tenang. Namun dari sepasang anak matanya itu, dia turut terhibur dengan pertanyaan ayahnya itu.

"Memandangkan Datuk dah sebut pocket money. Auni rasa, Auni patut hantar bil pada Abang Luqman."

"Habis selama ni, your service is free of charge?"
celah Kak Yati pula.

Aku masih lagi ketawa. "Bulan pertama mungkin Auni boleh kata, tempoh percubaan. Tapi bila Abang Luqman tak komen apa-apa tentang cara Auni jaga Fahim, mungkin dia puas hatilah tu

"Nothing is free Auni. You patut minta bayaran dekat dia sekarang ni." tokok Kak Yati pula.

"Jangan bagi muka pada Abang Man. Kak Auni Dia selalu loaded. Minta aje." sampuk Raihana pula.

Aku melemparkan senyuman pada lelaki di sebelahku. Tapi sedikitpun tidak membalas senyumanku kali ini.

"Biarlah Auni jaga Fahim tanpa apa-apa bayaran dahulu. Bila Auni perlukan bantuan, barulah Auni minta pada Abang Luqman."

Abang Luqman memandangku dengan penuh makna. Sukar untuk aku tafsirkannya. Dan dia masih mendiamkan diri. Dia lebih senang menjadi pendengar.

Emak,Mak Engku dan Datuk Lutfi terus berbual-bual. Kak Yati, Abang Malek dan Raihana turut berbual tentang sesuatu. Izan dan Hakim berbual sesama sendiri. Nain pula terus menjamu selera tanpa mempedulikan orang lain Hanya aku dan Abang Luqman saja tercicir dalam perbualan mereka.

"How much is your rate per hour?" Suara Abang
Luqman kedengaran perlahan Aku ketawa gelihati. Dia memandangku sinis namun lebih kepada bergurau l.

"Tak tahu! Auni kena tengok dulu market value
macam mana."

"Jangan mahal-mahal sangat sudahlah!"

"Kalau mahal pun, kenapa pulak? Anak abang sorang aje yang Auni jaga. Tentu lebih penjagaan dan perhatian, kan?"

Tiba-tiba Abang Luqman meletakkan seekor udang goreng ke dalam pingganku. Aku meletakkan semula udang goreng itu ke dalam pinggannya. Rupa-rupanya. kelakuan kami itu diperhatikan oleh Mak Engku. Aku hanya mengetahuinya dari Raihana Itupun setelah selesal makan.

"Mak senang hati kerana Kak Auni pandai melayan Abang Luqman," kata Raihana.

"lya ke? Biasa ajelah tu." jawabku tenang. Namun hanya TUHAN saja yang tahu bagaimana gundahnya perasaanku ketika itu

"Ana tengok Kak Auni, macam Ana tengok arwah Kak Aini dengan Abang Luqman," jelas Raihana.

"Kami tak banyak beza, Ana. Kalau arwah Aini masih hidup, ramai tak boleh nak bezakan kami berdua."

"Abang Luqman sayang sangat pada arwah Kak Aini," ujar Raihana lagi sambil menghela nafas panjang

"Tapi tak tahulah kalau Abang Luqman boleh nak
bezakan kami berdua," balasku ringkas

Tepat jam 10.00 malam, kami memohon izin untuk pulang Sambil bersalaman, Mak Engku dan Datuk Lutfi berharap benar agar aku selalu menziarahi mereka.

"Kalau ada masa datanglah lagi ya Auni." Sepanjang perjalanan pulang, tiada seorang pun yang bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience