Waktu menunjukkan pukul 11 30 malam, namun mataku masih tidak mengantuk. Kekecewaan petang tadi masih lagi terasa. Bahkan aku semakin terluka setiapkali mengenangkan kejadian di hospital itu.
Aku merenung jauh ke luar. Bintang berkelip-kelip menyinari dan mengindahkan langit gelap. Namun sinaran dan keindahan tidak sedikitpun dapat memberikan aku secebis kebahagiaan di saat ini.
Aku harus berbuat sesuatu. Aku tidak sanggup dikhianati begini. Aku semakin nekad dan pasrah dengan takdir ALLAH. Biarlah keputusan yang akan aku buat nanti memakan diriku sendiri.
Aku tendengar pintu bilikku dibuka perlahan-lahan. Aku segera mengesat air mata. Aku sangkakan emak. Namun bayangan Abang Luqman yang muncul serta-merta membangkitkan kemarahanku yang baru reda.
"Kenapa abang datang jumpa Auni malam-malam nie? " tanyaku dengan kasar Abang Luqman diam.
"Buat apa cari Auni? Anita kan ada?" tegasku lagi.
"Pergilah cari Anita. Kenapa cari Auni?"
Abang Lukman kemudian bersuara. "Kenapa Auni tak telefon abang siang tadi untuk jemput Auni ke hospital tengok mak?"
"Kenapa? Abang ingat Auni tak boleh datang sendiri? Selama ni pun, abang tak pernah nak ambil tahu tentang Auni." ujarku lantang.
Abang Luqman diam.
"Kenapa abang masuk bilik Auni? Apa abang nak dari Auni lagi?"
Air mataku semakin mencurah-curah. Aku sedih kerana tidak pernah bertindak kasar terhadap suamiku selama ini biarpun dia yang sering membenciku.
"Abang ingatkan Auni datang dengan Kak Yati." ujarnya tenang.
Wajahnya sedikitpun tidak menggambarkan sebarang perasaan bersalah. Aku diam. Aku tidak dapat mengawal esakanku.
"Abang tahu tak, selama ni. Auni tak pernah tunjukkan rasa hati Auni di atas tindakan abang terhadap Auni. Tapi hari ini, abang remukkan perasaan Auni. Abang dah kecewakan hati Auni. Tahniah bang! Akhirnya, abang berjaya juga membangkitkan rasa benci Auni pada abang. Kalau itu niat abang selama ini, hari ini abang dah berjaya lakukan. Auni dah tak sanggup nak terus hidup begini dengan abang." Abang Luqman hanya memerhatikan diriku
"Selama ni pun, kita hidup berasingan. Nama dah ada suami tapi sebenarnya Auni tak ada suami. Pada pandangan mata orang, kita suami isteri. Tapi TUHAN yang tahu bagaimana perasaan Auni. Siapa Anita tu bang? Teman wanita abang? Tunang abang? Auni dah tak kisah kalau abang benar-benar sayang pada wanita tu Auni reda."
"Apa yang Auni katakan ni?" ujar Abang Luqman kehairanan.
Aku menanggalkan cincin pernikahan kami di jari
manisku, aku hulurkan padanya.
"Ambillah balik cincin ni. Sarungkanlah pula pada jari Anita. Kalau itu dapat membahagiakan abang. Cincin ni dah tak ada makna lagi buat Auni. Mungkin lebih bermakna pada Anita. Auni dah tak kisah lagi, bang. Auni dah tak berdaya nak merebut kasih sayang abang. Auni dah letih. Auni dah tak ada tenaga nak melawannya. Kalau abang rasa selama ni, abang tak bahagia dengan Auni. Auni minta abang lepaskan Auni sekarang juga. Auni dah tak sanggup lagi!"
Aku kuatkan diri untuk berjalan menghampirinya Sambil menangis, aku meletakkan cincin itu di telapak tangan kanannya.
"Ambillah cincin ni balik. Auni tak perlukannya sepertimana Auni dah tak perlukan abang."
Sebaik sahaja ayat itu keluar dari mulutku, aku terus menangis di penjuru katil.
"Auni!"
"Pergi! Pergi! jeritku" Aku tidak mahu memikirkan
"Jangan datang dekat Auni. Pergi Anggap sahaja
Auni tak pernah menjadi isteri abang. Tak pernah wujud."
"Jangan buat abang begini, Auni. Jangan buat keputusan melulu. Kita mesti berbincang tentang hal ini." jelas abang Luqman cuba berdiplomasi.
"Bincang apa lagi???" pekikku padanya.
Abang Luqman terpaku melihat tingkahku. Langkah untuk mendekati diriku terus terhenti bila melihat aku berubah mendadak.
"Selama ni, hanya abang seorang dalam hidup Auni. Hanya abang lelaki yang Auni sayang. Tapi abang juga yang dah remukkan perasaan Auni. Abang sakitkan hati Auni dari mula kita kahwin sehinggalah ke hari ini. Abang tak pernah nak ambil berat. Dan perhubungan kita semakin jauh. Abang tahu tak bagaimana hancurnya perasaan Auni bila melihat abang datang bawa Anita menziarah mak di hospital? Dekat mana hak Auni ketika itu? Dekat mana???" ujarku perlahan.
Pedihnya masih lagi terasa sehingga kini. Lukanya amat dalam dan sakitnya terlalu perit. Dan aku tidak tahu sampai bilakah luka ini akan sembuh.
Abang Luqman masih lagi tidak berganjak di situ. Dan tangisanku mula reda setelah kuluah segala-galanya.
"Auni nak abang tunaikan permintaan Auni buat kali pertama dan terakhir ini. Auni minta abang lepaskan Auni. Lepaskan Auni supaya abang dapat bersama Fahim seperti dulu. Dan Auni boleh meneruskan hidup Auni dengan aman. Lagipun, hubungan kita lebih baik ketika tiada sebarang ikatan."
Abang Luqman memandangku. Aku tahu, dia tergamam mendengar permintaanku ini.
"Auni nekad bang. Kasih sayang Auni pada abang dah tak ada lagi di sini," ujarku sambil meletakkan kelima-lima jari di dadaku.
"Auni nekad?" ujar Abang Luqman.
Tenang. Aku mengangguk.
"Ya. Auni nekad."
Abang Luqman menjamah wajahku buat seketika dan kemudian terus bergegas keluar dari bilikku. Dan aku terus menangis sepanjang malam itu.
Share this novel