Bab 15

Drama Completed 16327

Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan tugas sebagai Jurutera Mekanikal di Petronas. Aku akur dengan kehendak Abang Luqman supaya tidak mempersia-siakan segulung ijazah yang aku miliki. Oleh itu tanpa pengetahuan sesiapa. aku menghantar borang permohonan untuk memohon jawatan tersebut. Ternyata, rezekiku murah. Aku lulus dalam temuduga dan diminta supaya memulakan tugas secepat mungkin.

Bertugas dalam sebuah syarikat antarabangsa seperti ini memerlukan komitmen yang tinggi. Pada hari pertama di sini, aku sudah diberikan jadual tugasan untuk sebulan Kebetulan, ketuaku Puan Zulaikah Jamalulai masih cuti bersalin selama dua bulan. Jadi, banyak kerja-kerja tertangguh yang perlu aku bereskan. Malah aku perlu mewakilinya dalam setiap mesyuarat dan seminar sama ada dalam pejabat atau di luar daerah.

Esok. aku terpaksa menghadiri mesyuarat antara jabatan bagi membincangkan prospek tahunan setiap jabatan. Sama ada suka atau tidak aku terpaksa juga membentangkan kertas cadangan yang ditinggalkan oleh Puan Zulaikah

Kepulanganku petang itu disambut oleh jeritan Fahim. Aku mendukungnya walaupun aku benar benar letih. Emak hanya memerhatikan telatah Fahim yang seolah-olah seperti sudah lama tidak jumpa denganku.

"Luqman telefon tengah hari tadi," beritahu emak ketika aku sedang berehat di ruang tamu. Fahim sedang leka mencari-cari sesuatu dalam beg tanganku

Aku tersentak Namun aku cuba menyembunyikan ekspresi tersebut di hadapan emak "Abang Luqman nak apa?"

Emak memandangku "Auni tak cakap dengan Luqman yang Auni dah kerja?" Aku tersenyum membalas pandangan emak.

" Tak, dia pun bukannya selalu telefon rumah"

"Patutlah bila mak beritahu yang Auni dan kerja Luqman terkejut."

Aku tersenyum lagi. Namun pandanganku kembali ke arah Fahim yang duduk di ribaanku

"Apa Abang Luqman kata lagi?"

"Biasalah....tanya mak pasal Fahim."

Aku terdiam sebentar Perasaanku terganggu sedikit. "Dia tak tanya pasal Auni ke?"

"Dia tanya mak. Auni kerja kat mana Mak pun beri tahulah di Petronas"

"Tu aje?"

"Apa lagi yang dia nak tahu?" soal emak

Betapa acuh tak acuhnya Abang Luqman mendengar berita terbaru tentang aku ini. Tidakkah dia ingin tahu lebih lanjut lagi tentang diriku? Mungkin aku seorang saja yang memendam rasa begini

Aku mencium pipi Fahim bertalu talu kerana anak itu berjaya mendapat apa yang dicarinya dalam begku, laitu sekeping coklat. Aku bangun dan naik ke bilikku dengan perasaan resah. Tidak pernah seumur hidupku menanggung seksaan seperti sekarang. Aku rasa jauh hati dengan sikap Abang Luqman itu.

Telefon di mejaku berdering. Ketika itu aku sedang berbincang dengan Sheila dan Azmi mengenal projek kami untuk mengadakan kursus bina semangat untuk kakitangan syarikat. Aku mengerutkan dahi memandang

Rose yang menjawab panggilan itu "Call I?" soalku pinta kepastian.

Dia mengangguk lantas meletakkan gagang telefon "Helo?"

"Boleh saya bercakap dengan Auni Faridah?"

"Ya ini Auni bercakap. Siapa tu?

Kemudian suara itu berubah perlahan. "Abang Luqman." Dadaku mula berdegup kencang.

"Mimpi apa abang telefon Auni ni?"

Degupan jantungku bertambah kencang. Tanpa meng- endahkan pertanyaanku dia menyoalku

"Sekarang pukul berapa?" Aku melihat jam di tanganku.

"Pukul 4.30,"

"Auni balik lambat hari ini?" Aku udak sedap hati dengan pertanyaannya.

"Tak pasti Kenapa?"

"Abang jemput Auni lepas waktu pejabat. Abang nak hantar Auni balik." Aku mengeluh sambil memejamkan mata buat seketika.

"Abang nak jemput Auni petang ni?" ulangku seakan tidak mempercayainya.

"Kenapa? Ada orang lain datang jemput Auni hari ini?" soalnya seperti mengusikku.

"Tak adalah cuma kalau abang nak jemput Auni
traffic jam teruk. Entah pukul berapa abang boleh sampai ke sini.

"Tak apa Abang jemput Auni pukul 6.00, boleh?"

Aku teragak-agak untuk menyatakan persetujuanku "Okey, Auni tunggu abang di sini. Tapi kalau abang lewat Aunu balik"

"Tunggu sampai abang datang cepat atau lewat. abang akan ambil Auni di pejabat hari ini." pintanya sungguh-sungguh.

"Baiklah. Farah tunggu abang."

"Okey, kita jumpa nanti. Bye!"

Tak dapat hendak bayangkan apa yang akan berlaku petang ini. Sejak menerima panggilan Abang Luqman itu, aku mula tidak senang duduk. Fikiranku sentiasa dibayangi wajah lelaki itu. Lebih-lebih lagi petang ini, aku akan bertemu dengannya setelah hampir tiga minggu dia tidak datang ke rumah Kenapa tiba-tiba saja dia ingin menemuiku? Sekiranya kejadian malam tu menjadi sebabnya . Ah! Tidak mungkin Sedangkan perkara tersebut sudah berlalu hampir sebulan.

Abang Luqman sebenarnya sudah menunggu aku lebih dari setengah jam di ruang lobi Bangunan Petronas Sebaik saja sampai di tingkat bawah aku mencari-cari Abang Luqman tanpa menyedari yang dia sedang memerhatikan aku dari jauh.

Tiba-tiba mataku terpandang sesusuk tubuh berdiri tidak jauh dariku. Abang Luqman. Aku tergamam sebentar. Dia nampak biasa saja Aku melangkah ke arahnya dengan hati yang berdebar-debar.

"Dah lama abang sampai?" soalku.

Abang Lukman mengambil briefcaseku dan membawanya. "Tak lama lebih kurang setengah jam"

Aku cuba tersenyum untuk menutup kesalahanku.

Dia memandangku dan tersenyum sinis.

"Macam mana kerja, okey?" tanya Abang Luqman
sebaik saja keretanya berada di celah-celah kesibukan di jalan raya

"Okey .Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari." balasku perlahan, berhati-hati dengan perbualanku. Tapi anehnya dia nampak bersahaja, cuma aku bagaikan bersalah.

"Apa yang menyebabkan Auni tukar fikiran dan mahu bekerja?" tanya Abang Luqman.

"Mmm mungkin tawaran dari Petronas cukup menarik. Gaji pun okey."

"Baguslah kalau macam tu"

Sunyi seketika. Aku memberanikan diri bertanya.

"Kenapa abang datang jempur Auni ni?"

"Dah lama abang tak jumpa Auni," jelas Abang Luqman tanpa berselindung lagi.

Hatiku berbunga. Rindukah dia pada diriku?

"Jadi, abang rindulah tu?" dugaku.

Abang Luqman ketawa memandangku. Aku hanya tersenyum.

"Mmm, semalam bila abang telefon rumah bertanyakan Fahim, mak yang jawab. Selalunya. Auni yang jawab panggilan abang. Mak beritahu yang Auni dah kerja. Selama ni Auni tak pernah beritahu abang yang Auni apply kerja," jelas Abang Luqman.

"Takkanlah apa yang Auni buat, Auni mesti beritahu abang?" tegasku

Dia terus memandu dengan tenang. "Tak patut Auni tak beritahu abang!" katanya seperti jauh hati.

"Kita nak ke mana ni?" Aku cuba mengubah tajuk perbualan kami.

"Abang dah beritahu mak yang abang jemput Auni. makan di luar dan kemungkinan pulang lewat sikit."

Terdetik hatiku. Dia sudah punya rancangan sendiri.

"Kita nak makan kat mana?"

"Mana-mana kedai makan di Sungai Wang.
Kemudian beli barang-barang untuk Fahim" Sah! Dia sudah sedia dengan agendanya.

"Lepas tu?"

"Kita balik. Kenapa senyum-senyum pulak ni?"

Abang Luqman tidak senang bila aku banyak menyoal.Sukar untuk aku menyembunyikan perasaanku ketika itu

"Abang dah rancang nak keluar petang ni ke?"

Buat pertama kalinya, dia kelihatan tersipu-sipu dengan pertanyaanku itu Wajahnya sudah cukup menjawab pertanyaanku itu.

"Sebenarnya abang tak tahu ke mana nak bawa Auni. Lagipun kalau keluar petang. masanya hanya dua tiga jam saja. Kejap lagi dah malam Kemudian abang nak hantar Auni pulang. Kalau lambat, mak dengan abah mest risau."

Aku tersenyum mendengar kata katanya. Dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan memahami. Kami membeli barang-barang Fahim dahulu sebelum makan malam. Aku sempat juga mencapai beberapa helai pakaian untuk Fahim. Setelah semua selesai barulah kami mencari tempat makan.

Kami duduk bertentangan di meja yang agak tersorok sedikit. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.

"Auni nak nasi goreng," kataku.

Abang Luqman mengangkat keningnya. "Tu aje?"

"Dengan sirap bandung."

Kali ini dahinya dikerut saja "Betul ni? Tak mahu order yang lain?"

Aku hanya menggeleng dan kemudian menyandarkan badanku ke kerusi. Pelayan itu tidak sempat menghulurkan kad menu pada kami kerana Abang Luqman sudah pun memesan dua nasi goreng dan dua sirap bandung

Aku cuba memulakan perbualan tapi aku tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Sikap diam Abang Luqman menjadikan aku semakin resah. Sekali sekala dia merenung tepat ke wajahku. Aku jadi tidak selesa

"Abang selalu fikirkan tentang kita berdua." Aku tersentak dengan pengakuan itu.

"Pasal kita?"

Abang Luqman mengangguk

"Apa yang abang fikirkan tentang kita berdua?" ulangku seakan tidak mempercayainya.

"Atau tentang apa yang telah berlaku pada kita berdua baru-baru ni?" kataku lagi.

Wajahnya tiba ba berubah "Kalau abang nak cerita tentang hal tu, Auni menyesal keluar dengan abang sekarang Auni tak mahu kita mengungkit kisah tu lagi Auni tahu abang merindui Aini. Auni tahu tiada sesiapa lagi yang boleh abang luahkan perasaan abang malam itu. Dan Auni waktu itu memang mahu menolong abang Auni tak fikir lain."

Aku mahu tegas dalam soal ini. Sebenarnya, aku tidak mahu lagi di antara kami membangkitkan semula kejadian malam itu. Aku faham ketika itu fikirannya bercelaru.

"Auni selagi abang tak selesaikan perkara ini hati abang tak senang. Abang rasa bersalah pada Auni sebab abang cuba mengambil kesempatan atas diri Auni!" tegasnya memohon pengertianku.

"Auni tak fikir abang ambil kesempatan pada diri Auni. Fikiran abang keliru malam tu. Abang tak sedar apa yang abang buat.Dan Auni pula bersungguh-sungguh nak menolong abang." kataku.

"Tapi abang hampir menyentuh Auni malam tu.
Auni dah lupa?" Wajahnya bertambah serius.

Aku diam. Lantas memalingkan wajahku darinya. Siapa yang boleh lupa tentang itu? Itulah kali pertama aku merasakan sentuhan yang sebenarnya. Tiada lelaki lain selain dari Abang Luqman sendiri yang menyebabkan aku berperasaan begitu. Itulah kali pertama perasaan kasihku terhadap seorang lelaki dan itu adalah Abang Luqman.

"Auni tak pernah lupa. Nazim pun tak pernah buat Auni begitu," balasku.

Abang Luqman mula berasa tertekan. "Maafkan abang atas kelakuan abang tu. Memang abang tak patut buat begitu Abang benar-benar lupa siapa abang."

"Auni dah lama maafkan. Abang saja yang tak tahu," bisikku perlahan.

Abang Luqman nampak sedikit terkejut.

"Auni tak pernah salahkan abang Sebenarnya, kita lupa siapa diri kita waktu itu."

"Abang tak mahu Auni salahkan diri Auni" Aku memandangnya.

"Tak! Kita berdua lupa. Dahlah bang Auni tak mahu lagi kenangkan perkara lepas. Mungkin disebabkan itulah, abang tak jenguk Fahim?" Abang Luqman hanya memandangku sepi.

"Jangan pula kerana kejadian malam itu, abang menjauhkan diri dari Fahim. Memang Auni tak nafikan yang Auni juga cuba melarikan diri dari berjumpa abang. Tapi Auni sedar, hanya kerana perkara bodoh itu, hubungan kita mulai renggang. Kalau abang tak mahu Auni salahkan diri Auni, Auni juga tak mahu abang salahkan diri abang tentang apa yang telah berlaku Auni tak mahu ingatkan lagi perkara itu."

Dia memandangku tajam. Serius. Namun lama ke lamaan wajahnya kembali tenang dan lembut. Aku tahu. dia mula menerima kata-kataku itu.

"Pandai Aunu pujuk abang," katanya cuba berjenaka

"Sebab Auni dah pujuk hati Auni dulu," jawabku

Dia hanya tersenyum Fikiranku begitu lapang bila masalah ini dapat diselesaikan. Dan kami begitu berselera menikmati hidangan yang disediakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience