Aku lemparkan pandanganku jauh ke luar jendela. Namun, yang kelihatan hanya satu pemandangan yang begitu kabur sekali. Air mata yang dahulu pernah menemaniku sewaktu bersamanya, kini menitis lagi. Hanya ini sahaja yang boleh aku lakukan.
"Auni..." Lembut suara Abang Luqman.
"Abang tak ada niat untuk melukakan hati Auni sejak kita kahwin," jelasnya.
"Auni tak mahu jadi isteri abang lagi. Auni tak sanggup lagi. Biarlah Auni macam ni. Auni lebih senang tinggal di sini," ujarku sambil menahan esakan.
"Dengar dulu apa yang abang nak cakap. Lepas tu terpulanglah pada Auni sama ada untuk menerima kembali abang dalam hidup Auni."
Tanpa mendongak sedikitpun. aku berjalan ke katil dan mengambil tempat duduk di penjurunya.
Aku terdengar pintu bilik ditutup rapat. Kehadirannya bagaikan bahang api pada tubuhku ini.
"Dah tak ada apa yang perlu abang terangkan pada Auni. Your action speaks louder than words." balasku
"Tapi bukan niat abang begitu."
"Jadi apa niat abang yang sebenarnya selama ini?"
"Abang tahu, sejak kita dinikahkan, hubungan kita semakin jauh," ujarnya memulakan penjelasan.
"Tapi Auni lah wanita yang dapat mengembalikan hidup abang sejak Aini meninggal dunia. Dan Auni jugalah wanita yang paling hampir dengan abang selepas itu. Abang tak nafikan, memang abang sayang pada Auni. Wajah Auni serupa dengan wajah arwah Aini. Perhatian dan layanan Auni pada abang sama sepert arwah isteri abang Abang tak nafikan yang kadang-kadang abang terlupa yang melayan abang waktu itu bukan isteri abang," jelasnya panjang lebar.
"Kan elok apa yang abang katakan pada Auni sekarang ini, abang katakannya dari dulu lagi. Tapi sayang nya, abang tak fikir jauh. Abang tak fikir tentang masa depan hubungan kita. Abang tak fikir tentang masa depan Fahim," ujarku.
"Ya, abang tak terfikir tentang masa depan anak kita berdua," tambahnya.
Ketika inilah, sepantas kilat aku memandangnya buat pertama kali. Mata kami bertentangan. Masa seolah-olah berhenti buat sedetik waktu
''Kerana anak inikah abang sanggup datang dari ju?" dugaku berani.
"Kerana Auni, kerana hubungan kita yang semakin meruncing ini dan juga anak kita." jelasnya tersekat-sekat.
"Abang nak ambil anak ini dari Auni?" ujarku mula rasa cemas..
"Ya dan juga..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku pantas menyampuk.
"Abang langkah mayat Auni dulu kalau abang ambik anak ini dari Auni. Auni sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan anak Auni ni."
"Abang tak peduli itu semua. Yang paling utama,
abang mahukan isteri abang semula."
"Bukan Aunu yang abang mahu Abang hanya mahu anak ini. Kalau abang mahukan isteri abang, abang dah tentu bawa Auni balik pada hari Auni berangkat ke luar negara." Tangisku semakin kuat.
Pedihnya hati ini bila mengenangkan kisah itu. Saat itu terlalu perit untuk aku hadapi. Sememangnya, jauh di sudut hati, aku mengharapkan dia datang menjemput aku pulang. Pulang ke pangkuan dirinya semula untuk membina hidup baru. Tapi aku hampa.
Dan setiap detik yang berlalu, harapan yang aku bina semakin tipis. Sehinggalah aku melangkah untuk pergi namun dia tetap tidak kelihatan. Barulah aku sedar ketika perhubungan kami telah sampai ke penghujung. Tiada apa yang perlu diharapkan darinya. Tiada jalan yang boleh memperbaiki hubungan kami suami isteri. Sememang dia membenciku.
"Abang tahu," jelasnya seolah-olah memujukku.
"Tapi abang tak sanggup untuk berdepan dengan Auni. Ketika itu abang cukup lemah!"
Aku ketawa hambar.
"Abang datang untuk jumpa Auni Dan abang mahu bawa Auni balik. Tapi yang paling penting sekali, abang mahu ubati hati Auni yang telah abang lukakan Abang mahu Auni kembali dalam hidup abang "
Tangisanku semakin menjadi-jadi. Sayu aku mendengar pengakuannya itu. Tanganku digenggam erat-erat.
"Fahim perlukan mamanya. Anak dalam kandungan Auni adalah anak kita berdua. Dia perlukan papa dan mamanya. Abang perlukan Auni sebagai isteri abang. Abang mahu Auni jadi isteri abang. Bukan perempuan lain. Bukan juga Anita."
Tangisanku kini bertukar menjadi esakan yang tidak berkesudahan.
"Abang buang Auni jauh-jauh dalam hidup abang. Abang tak pernah sayang terhadap diri Auni. Tapi kenapa sekarang? Kenapa tidak dulu abang sedar kasih sayang Auni pada abang? Semuanya pura-pura kerana abang mahu bawa balik anak dalam kandungan Auni ni" tangisku.
Abang Luqman memelukku erat-erat. "Abang tak tipu Auni. Abang yang tipu diri abang sendiri. Tapi Auni yang menanggung segalanya akibat tindakan abang." pujuknya sambil terus memelukku.
Entah kenapa, setiapkali dalam pelukannya aku rasakan aku semakin dekat dengannya. Aku terlalu lemah tika itu. Aku biarkan sahaja apa yang dia lakukan padaku. Aku semakin tidak berdaya untuk berdiri semula.
"Maafkan abang akan perlakuan abang selama ni. Abang menyayangi Auni sejak kali pertama kita bertemu. Cuma abang terlalu buta untuk melihat semuanya itu."
Aku menangis lagi. Oh TUHAN apakah yang harus aku lakukan?
"Abang yang telah menghancurkan jiwa Auni, abang yang merosakkan perasaan Auni pada abang. Abanglah yang menyebabkan Auni lari jauh dari diri. Abanglah punca segala-galanya."
Dan entah berapa lama aku terus memaut tubuhnya. Tanganku seperti tidak ada hentinya lagi. Aku menangis dan menangis. Segala-gala yang terbuku dalam ini aku luahkan padanya.
Entah berapa lama kami begitu, sehinggalah aku mula berasa keletihan. Kepalaku mula berasa sedikit pening. Mungkin kerana terlalu mengikutkan perasaan menyebabkan aku jadi begini. Aku lepaskan pelukanku padanya dan merenggangkan kedudukan kami. Abang Luqman hanya memerhatikan diriku.
"Auni maafkan abang?"
Aku diam dan sedikitpun tidak memandangnya.
"Auni maafkan abang?" ulangnya lagi
"Kalau abang berada di tempat Auni, apa perasaan abang? Boleh abang maafkan Auni?" soalku pula.
Abang Luqman terdiam. Bolehkah dia memaafkan diriku sekali gus menerimanya kembali?
"Kenapa abang lakukan semua itu pada Auni? Kalau abang menyayangi Auni sejak kali pertama kita berteru kenapa abang berkeras dan menolak Farah jauh-jauh dalam hidup abang? Selama kita berkawan ke mana kita pergi, kita pergi berdua. Kita banyak habiskan masa bersama-sama. Tapi bila emak dan ayah abang mahu men jodohkan abang dengan Auni, kenapa perasaan benci terhadap Auni timbul secara mendadak? Apa salah Auni? Apa silap Auni?" tegasku.
Dia hanya tertunduk sepi. Tidak berdaya untuk menjawab soalanku.
"Auni menyayangi abang sekalipun abang adalah abang ipar Auni. Auni tak peduli sama ada lelaki yang Auni sayang sudah berkahwin ataupun punya anak. Sebab kasih sayang Auni pada abang lahir dari hati ini," ujarku.
"Kalau diikutkan kewarasan fikiran. Nazim lebih jauh baik dari abang. Tapi, kasih sayang Auni tak kenal batasnya. Abang lelaki pertama yang Auni sayang. Bukan Nazim. Tapi sayangnya, abang tak menghargai perasaan Auni."
Abang Luqman cuba memelukku. Tapi aku mengelak.
"Pergilah bang. Auni dah tak perlukan abang lagi dalam hidup Auni. Harapan Auni dah musnah Auni terlalu menyayangi abang tapi abang mempersia-siakan nya. Auni tak boleh kembali semula seperti Auni dahulu. Tolong, jangan ganggu hidup Auni lagi. Kalaupun abang mahu Auni semula, biarlah takdir yang menentukan itu semua. Anggap sahaja Auni hanya singgah sebentar dalam hidup abang. Tak guna lagi kita mengharap. Abang bebas buat apa sahaja selepas ini."
Inilah ayat yang paling getir untuk kami berdua. Keputusan yang aku buat, adalah kebaikan untuk kami berdua. Tidak guna menagih kasih orang jika kasih sayangnya bukan untuk kita. Abang Luqman tidak terkata lagi kali ini. Dan akhirnya aku ditinggalkan sendirian di dalam bilik itu.
"KENAPA Auni cakap macam tu pada Luqman?" bentak abah. Ketika itu Abang Luqman dan keluarganya sudah kembali ke hotel tempat mereka menginap.
Aku mendiamkan diri.
"Sedarkah Auni, Luqman datang dari jauh untuk jemput Auni balik? Dia datang ke sini menyerah diri pada Auni, mengharapkan rumah tangganya kembali pulih. Auni tak boleh nak maafkan dia?"
Aku mendiamkan diri lagi.
Abah mendengus Emak membelai bahuku, seakan cuba menenangkan perasaanku yang semakin tertekan. Fikiranku semakin kusut. Pening kepalaku sejak tadi semakin menjadi jadi.
"Kenapa Auni tak boleh nak menerima Luqman semula. Diakan masih lagi suami Auni. Tak baik begitu. Kisah lama tu, jangan difikirkan sangat. Yang lebih penting sekarang ni, anak yang dalam kandungan ni. Kenapa tak mahu bagi peluang sekali lagi pada Luqman? Mungkin yang lepas tu, ada hikmahnya. Jangan ikutkan sangat perasaan itu. Mak tahu perasaan Auni. Tapi anggap aje lah waktu itu masing-masing cuba belajar hidup berumah tangga," pujuk emak perlahan.
Aku termenung sendirian. Kata kata emak memang ada kebenarannya tapi jiwaku sudah kosong. Fikiranku semakin tertekan. Kepalaku semakin sakit. Aku menggenggam tangan emak erat-erat. Pandanganku gelap tiba-tiba.
"Kenapa Auni?" Suara emak kedengaran tapi nada suaranya berubah serta merta. Dia kedengaran cemas.
"Abang, kenapa dengan Auni ni?"
"Auni? Bangun. Duduk betul-betul," tegas abah
Aku tidak mampu bersuara lagi. "Liza! Liza!!" pekik emak.
Sekejapan Liza sudah berada di sebelahku. Aku terdengar dia mengucap panjang.
"Kenapa dengan Auni makcik? Dah masa untuk
bersalin ke?"
"Sakit kepala, mak. Kenapa sakit sangat ni???"
Itulah kata-kata terakhirku bila tiba-tiba sahaja duniaku gelap.
"Makcik, kita kena bawa Auni ke hospital sekarang juga. Kita tak boleh biarkan dia begini."
Aku mula mendengar esakan emak.
Serentak itu juga aku terdengar pekikan Liza yang begitu lantang.
"Nazim!!! Panggil ambulance. Sekarang juga!!!"
Share this novel