Bab 31

Drama Completed 16327

Mak, abah, Zahin, Kak Yati serta kedua mentuaku mengiringi pemergianku ke UK. Emak dan emak mentuaku duduk sepi memerhatikan aku. Kak Yati sahaja yang berusaha menceriakan suasana. Aku cuba berlagak biasa tapi hatiku sudah kosong sama sekali. Emak dan emak mentuaku sesekali mengesat air mata yang tidak henti mengalir. Mereka seolah-olah tertekan dengan pemergianku

Udara di sekeliling begitu sesak untukku. Aku seolah- olah lemas dengan keadaan yang semakin tertekan. Saat- saat inilah yang tidak ingin kutempoh.

"Mak, dahlah tu.Auni pergi tak lama. Pejam celik,pejam celik, dah dua tahun. Sekejap aje." pujukku pada mereka berdua.

Untuk tidak melayani perasaan orang tua itu, aku segera mengambil Fahim dari pangkuan emak dan aku dukungnya di atas ribaku pula.

"Fahim, bila mama pergi nanti. Fahim jaga papa balk baik, ya sayang. Esok-esok, mama dah tak ada nak jaga Fahim lagi. Atuk dengan nenek jaga Fahim. Bila mama balik nanti, mama belikan Fahim permainan banyak-banyak. Tapi Fahim mesti jaga papa, okey?"

Kak Yati yang duduk di sebelah memandangku dengan sayu. Aku melarikan pandanganku darinya sebaik sahaja manik-manik jernih mengalir perlahan-lahan.

"Luqman tak telefon malam tadi?" tanya Kak Yati

Aku menggeleng dan cepat-cepat mengesatkan at mataku.

"Mana dia nak ingatkan Auni, kak.."

Kak Yati mengeluh.

"Malam tadi, Kak Yati dah cakap dengan dia. kalau pun terlalu benci sangat pada Auni sekurang kurangnya datang ke sini buat kali terakhir."

"Dia sibuk Kak Yati. Biarkanlah"

Kak Yati mengusap jari-jemariku dan tak semena-mena, jarinya bermain-main jari manisku di tangan kanan. Dia memandangku tajam. Tiba-tiba Kak Yati terkejut. Cincin pernikahan itu sudah tiada di situ!

"Mana?" tanya Kak Yati perlahan.

Aku menarik tanganku darinya dan terus memeluk Fahim erat-erat. Aku perlukan kekuatan dari Fahim.

"Kalau itu yang dia nak. Auni reda."

Kak Yati bingkas bangun dan terus menjauhkan dirinya dariku. Aku memberanikan diri mengekori dirinya dengan mataku. Barulah aku mengerti, dia sebenarnya melarikan diri dariku sebelum titisan air matanya dilihat oleh sesiapa. Setengah jam kemudian, tibalah masanya untuk aku berangkat. Aku bingkas bangun dan membetul-betulkan pakaianku supaya keadaanku tidak diketahui oleh sestapa pun. Beg sandang dibawa oleh abah.

Liza yang sedari tadi bersama kedua ibu bapanya. segera mendapatkan aku. Kami bergerak menuju ke Balai Berlepas.

Abah memelukku erat-erat. Tidak pernah dilakukannya begini terhadapku biarpun ketika pertama kali aku meninggalkan mereka dulu. Pemergian aku kali ini bukan kerana untuk belajar. Pemergian aku kali ini semata-mata untuk membawa hati yang kecewa.

Ketika bersalaman dengan emak, tangisan sedih sudah tidak dapat dibendung lagi. Kami menangis sambil berpelukan. Hanya emak yang mengetahui derita anaknya ini. Setiap ruang di wajahku, diusapnya dengan kasih mesra

"Jaga diri baik-baik," pesan emak berselang dengan esakannya.

"Telefon mak dengan abah kalau Auni ada masalah. Tubuhku dibelainya perlahan-lahan Saat itu jugalah aku terlupa, tangan emak sudah berada di perutku yang sudah jauh lari dari bentuk asalnya.

Tiba-tiba tangan emak berhenti di situ. Serentak itu Jaga Liza sudah memanggilku untuk masuk ke Balai Berlepas. Emak masih tercengang memandangku. Aku melepaskan tangan emak yang seakan kaku di perutku.

"Auni cepat!" panggil Liza.

Aku memandang emak dengan pandangan yang semakin kabur.Emak menggenggam erat tanganku seakankan enggan melepaskan aku pergi.

"Dahlah tu. Jah. Abah penyelamat keadaan dia menarik emak yang masih tergamam.

"Biarlah dia pergi," pujuk abah lagi

"Auni?" Itu sahaja yang terkeluar dari mulut emak.

Aku pandang emak dengan penuh rasa sayu di hati. Namun, kakiku mula melangkah pergi setapak demi setapak. Lemah.

"Auni???" Suara emak semakin lemah di telingaku.

Perlahan-lahan, aku menggeleng kepala sambil meletak jari telunjuk di bibirku. Aku mahu emak tahu supaya perkara ini tidak dihebahkan pada sesiapa.

Aku melambaikan tanganku buat kali terakhir dan melangkah pergi. Sedikit demi sedikit, mereka hilang dari pandangan.

Perjalanan menaiki pesawat ke kota metropolitan London mengambil masa lebih kurang 18 jam. Liza yang duduk di sebelahku begitu asyik membaca novel Kisah Kasih yang baru dibeli. Dan aku pula mula merindui tanahairku biarpun hanya beberapa jam berlalu. Perasaanku tidak tenteram. Wajah Abang Luqman sering sahaja bermain-main di fikiranku. Sesekali aku mengeluh. Aku rasa resah Terasa ada sahaja yang tidak kena. Ahhh! Haruskah aku merindui dirinya sedangkan di saat ini, tidak ada sedikitpun perasaan kasihnya terhadap diriku?

Fikiranku beralih pada emak. Kasihan orang tua itu. Hanya di saat akhir, barulah dia mengetahui anaknya ini sedang berbadan dua. Ada rasa sesal dalam hati kerana tidak memberitahunya lebih awal. Tapi bukan niat aku muk merahsiakan perkara ini darinya. Aku takut, sekiranya diberitahu sudah tentu emak dan abah melarang aku pergl. Mereka akan mencari Abang Luqman untuk memberitahu hal ini. Dan aku pula takut sekiranya Abang Luqman tidak dapat menerima kenyataan ini. Aku tidak mahu Abang Luqman terus-terusan membenciku, sekali gus membenci anak ini. Abang Luqman sudah terlalu banyak melukakan hatiku. Aku tidak mampu meneruskan hidupku dengannya lagi. Itulah hakikat yang sebenar.

Moga moga dengan pemergianku ini, berakhirlah mimpi ngeri itu. Tiada lagi titisan air mata yang sering menemaniku. Berakhirlah beban Abang Luqman dan berbahagialah dia hendaknya. Dan apa pun tindakan yang akan diambil, aku terima saja keputusannya. Biarpun aku terpaksa menelan hempedu dari keputusan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience