Bab 33

Drama Completed 16327

Suatu petang, ketika aku dan Liza berada di kantin universiti, tiba-tiba satu suara kedengaran sayup-sayup memanggil nama kami. Aku dan Liza serta merta berpandangan. Liza memerhati keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan penuntut yang baru keluar dari kelas masing-masing. Di celah hiruk-pikuk itu, Liza menjerit kegembiraan.

"Nazim!!!"

Aku turut sama gembira kerana dapat bertemu semula dengan lelaki itu.

"Hei, apa hal kau orang kat sini?" tanya Nazim sambil bersalaman dengan Liza. Kemudian tangannya dihulurkan kepadaku

"Wah, you pun dah nampak... " Dia terdiam sambil memerhatikan tubuhku dan sebentar kemudian senyumannya melebar. "Gemuk!"

"Apa khabar kau orang? Buat apa kat sini ni?" soalnya bertubi-tubi. Aku tahu, dia benar-benar gembira bertemu kami semula.

"Ikut jejak kau, apa lagi?" balas Liza.

"You belajar kat sini ke?" tanyaku

"Taklah. I singgah sini sekejap jumpa kawan."

"You belajar kat mana?"

"Manchester Metropolitan," jawab Nazim Matanya masih padaku. Tapi pandangan wajahnya sedikit berubah.

"Apa khabar Luqman? I dengar you kahwin dengan dia." soal Nazim jujur.

Aku senyum sahaja.

"Baik, alhamdulillah."

"Dia ada di mana sekarang ni?" tanya Nazim lagi.

"Malaysia," balasku

"Perut tu bila nak meletup?" gurau Nazim.

Kali ini aku tergelak kecil. "Lepas raya ni."

Nazim mengangguk. Kemudian wajahnya beralih ke Liza semula.

"Bila sebenarnya korang sampai di sini?"

"Semuanya datang tiba-tiba. Mana sempat beritahu kau," jawab Liza.

Kemudian kami berpisah sambil berjanji akan bertemu semula. Sebelum itu. Liza sempat memberi alamat rumah kami pada Nazim.

"Aku nak pergi bandar sekejaplah," kata Liza ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah.

Liza memandangku.

"Aku nak ke Arndale Centre. Kau nak ikut tak?"

"Boleh jugak. Aku nak beli sikit baju baby."

Kami masih lagi di Precint Centre ketika itu dan meneruskan perjalanan ke bandar dengan berjalan kaki.

KANDUNGANKU telah masuk bulan ketujuh. Inilah masanya untuk aku mendaftarkan nama di hospital, di tempat anak aku bakal dilahirkan. Selepas nama dan maklumat lain diambil, aku dibiarkan menunggu buat beberapa minit sebelum dipanggil masuk oleh seorang jururawat yang bertugas di situ.

Aku mengikutnya dari belakang, dan masuk ke sebuah bilik yang sederhana besarnya Selepas itu, beberapa keterangan direkodkan. Aku dibawa masuk ke sebuah bilik yang lebih kecil. Kata jururawat yang mengiringi itu. doktor mahu membuat scanning ke atas kandunganku ini. Aku disuruh baring di atas katil

Kata doktor, anak yang bakal kulahir ini, kemungkinannya bayi perempuan. Keadaannya sempurna, kesihatannya baik dan tumbesarannya sejajar dengan usianya.

Fahim akan mempunyai adik perempuan. Bagiku, aku sudah mempunyai sepasang cahayamata. Kalaulah keluarga di tanahair mengetahui tentang jantina anak yang sedang kukandung, pasti merekalah yang paling gembira terutama sekali emak.

"Why these tears, luv? You should be happy," kata doktor tersebut sambil memandangku.

"Of course I'm happy." balasku perlahan.

Doktor tersebut tersenyum mengerti. "Your husband ought to be here. He really missed this part." Aku hanya tersenyum saja.

Sememangnya, seorang suami patut berada di si isterinya, ketika ini. Tapi tidak aku. Kegembiraan ini hanya aku seorang yang mengecapinya.

Tiba-tiba, aku terlihat sekeping kertas keluar dari sebuah mesin yang terletak di sebelah monitor tersebut. Doktor Jenny Watson Ross menarik keluar kepingan itu dan memberikannya kepadaku

"This is the first photo of your baby. Every mother should keep one." katanya sambil menghulurkan
sekeping kertas kepadaku.

Biarpun gambar itu hanya berlatarkan warna hitam dan putih, masih kelihatan jelas akan gambaran bayiku ini. Aku tidak sangka apa yang sedang kulihat itu adalah anakku sendiri.

Tidak sampai setengah jam. aku sudah berada di luar hospital berjalan ke arah perhentian bas. Foto anakku masih lagi dalam pegangan Aku. menatap foto itu tanpa jemu-jemu. Kini, timbul rasa tidak sabar untuk mendakap anak itu nanti.

PAGI Isnin, seperti biasa aku dan Liza bersiap siap untuk ke kampus. Kuliah akan bermula pukul 9.00 pagi. Dan itulah satu-satunya kuliah untuk hari pertama setiap minggu.

Pukul 8.30 pagi. kami keluar dari rumah. Angin sepoi-sepoi bahasa menyebabkan udara agak dingin. Mujur aku memakai baju sejuk. Seperti biasa, kami menaiki bas untuk ke universiti. Kandunganku semakin sarat. Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk menunggu saat-saat kelahiran bayi ini.Sampai sahaja di universiti, kami diberitahu kelas kami telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Ramai yang mengeluh. Tidak kurang juga yang berasa gembira.

"Aku nak study di library Kau nak ikut tak?" tanya
Liza ketika penuntut-penuntut masih lagi berlegar-legar di kawasan luar kelas kami.

Aku menggeleng

"Aku nak balik. Tak apalah kalau kau nak study"

"Betul ni?"

Aku tersenyum. Jangan risau Baby dalam perut aku ni belum masanya lagi nak keluar"

Dia nampak bimbang melepaskan aku keseorangan. Aku tahu dia amat prihatin dengan keadaan aku lebih lebih lagi di ketika ini.

"Tak apa. Kau pergilah. Aku study di rumah Aku tak boleh duduk lama lama di kerusi, nanti pinggang aku sakit," kataku lagi, cuba meyakinkannya.

"Okeylah Tapi jalan perlahan-lahan. Aku takut kalau kau jalan laju nanti, ada pulak yang terburai," kata Liza.

Dari Simon Building tempat kami belajar, aku dan Liza melalut Brunswick Street dan melintasi Oxford Street untuk ke haluan masing-masing. Liza mahu ke library sementara aku akan pulang ke rumah semula. Dalam perjalanan, aku singgah sebentar di Precint Centre untuk mengeluarkan wang di ATM Barclays Bank bagi membeli barang barang dapur. Lebih kurang satu jam kemudian, barulah aku sampai di rumah. Nadia dan Julia sedang bersiap siap untuk ke kuliah. Mereka terkejut melihat aku pulang keseorangan.

"Mana Kak Liza?" tanya Nadia.

"Pergi library," balasku sambil menyangkutkan jaket di balik pintu.

"Dia biarkan Kak Auni balik seorang?" tanya Julia

"Kenapa pulak? Tak boleh?" ujarku. Gelihati melihat telatah mereka.

"Kalau dibuatnya bersalin tengah jalan, siapa susah?" tekan Julia lagi.

Aku ketawa.

"Budak dalam perut ni belum masa lagi nak keluar." Aku meyakinkan mereka. Aku terus berlalu ke dapur untuk menjerang air.

"Kak Auni, kita orang nak pergi. Kalau ada apa-apa telefon ambulance. Jangan lupa tu," pesan Julia.

Sejurus selepas itu, aku mendengar pintu ditutup dan keadaan di dalam rumah menjadi hening. Aku tersenyum sendirian mengingati kata kata Julia tadi. Sementara menunggu air mendidih, aku membasuh pinggan dan gelas-gelas kotor di singki.

Kemudian aku membancuh segelas koko panas. Minuman itu aku bawa ke ruang tamu bersama sepiring biskut. Sambil mengulangkaji, aku berbaring di atas sofa panjang. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja bayangan Abang Luqman yang aku lihat di atas helaian kertas tersebut. Perit hati ini bila mengenangkannya. Buat seketika, aku cuba tidak melayani perasaanku.

Namun, sudah hampir lima bulan aku tidak mendengar khabar berita darinya. Surat-surat yang aku terima dari keluarga di tanahair tidak pernah menceritakan tentang dirinya. Mereka seolah-olah mengelak untuk bercerita tentangnya.

Ring! Ring! Tiba-tiba loceng pintu rumah kedengaran

Aku tersentak dari lamunanku. Mungkin Liza. Tapi takkan dia terlupa membawa kunci rumah? Aku mematungkan diri. Malas untuk bangun.

Bunyi loceng itu kedengaran lagi. Kali ini lebih lama. Dalam kepayahan, aku bangun juga untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku terpaku. Bermimpikah aku ini???

Emak terus memelukku dengan erat. Begitu juga dengan emak mentuaku. Kami bertiga berpelukan dan tangisan gembira silih berganti. Dalam deraian air mata kerlangan itu, wajah abah dan ayah mentuaku kini berada di hadapanku. Mereka hanya tersenyum. Lantas aku segera mendapatkan mereka untuk bersalaman.

"Sihat Auni?" tanya ayah mentuaku. Aku mengangguk sahaja

"Kenapa tak beritahu nak datang? Rasa tak percaya bila tengok emak, abah ada di sini."

"Sengaja nak surprisekan Auni," balas emakku.

"Bila flight tiba di sini?" tanyaku lagi. Aku benar-benar gembira dengan kehadiran mereka.

"Subuh tadi." jawab ayah mentuaku.

Dan tiba-tiba, aku teringatkan Fahim. "Fahim mana? Mak tak bawak dia?"

Belum sempat mereka menjawab soalanku. aku terdengar suara si kecil memanggil lantang.

"Mama! Mama!" Kelihatan dia sedang berlari ke arahku. Tanpa menghiraukan sesiapa di situ, aku berlari ke arahnya biarpun perut yang memboyot ini membatasi pergerakanku.

Kami berpelukan. Sekali lagi air mataku berlinangan. Aku cium wajahnya sepuas-puas hatiku. Aku amat merinduinya. Kemudian, dia memandangku. Dahinya berkerut Pandangan matanya jatuh pada kandunganku

"Perut mama ada ball?"

Aku yang ketika itu sedang duduk bertinggang ketawa kecil melihat keletahnya.

"Tak. perut mama ada baby. Fahim nak baby tak?

"Baby macam Ayah Teh punya ke?"

Aku ketawa Isteri adik Abang Luqman, Norman sudah pun melahirkan anak. Tentu itulah yang dimaksudkan oleh Fahim. Fahim mendongak dan terus memandang ke hadapan.

"Papa, papa. Perut mama ada baby," teriaknya lantas meninggalkan aku.

Lantas aku jadi kaku. Benarkah apa yang aku dengar tadi? Yang dapat kulakukan, hanya memandang wajah emak, abah dan ayah mentuaku satu persatu Aku bangun perlahan-lahan.

"Auni..." Kedengaran suara Abang Luqman.

Itulah suara yang paling aku rindui dalam diam. Tapi suara itu jugalah yang tidak mahu aku dengar lagi. Aku berjalan menuju ke pintu masuk.

"Auni..." kata emak mentuaku.

"Berilah Luqman peluang untuk membetulkan kesilapan yang lalu."

"Bukan senang mak. Auni yang banyak tanggung derita selama ini Auni tak mahu terluka lagi. Luka lama masih belum sembuh. Auni dah tak sanggup!"

"Auni!" pujuk abah pula.

"Sekurang-kurangnya fikir kanlah tentang Fahim dan anak dalam kandungan tu."

Aku menangis lagi sambil menggelengkan kepala

"Auni takut, abah. Terlalu banyak perkara yang tak boleh diselesaikan antara kami berdua. Terlalu banyak juga jurang perbezaan antara kami. Auni lebih rela hidup sendiri dari terus disakiti."

Aku segera menaiki anak tangga untuk ke bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience