Bab 37

Drama Completed 16327

Hanya emak, abah, ayah mentuaku dan Raihana mengiringi pemergianku kali ini. Aku dapat rasa emak mentuaku tidak me estui keputusanku untuk terus sambung belajar di sana Ayah mentuaku dan Raihana cuba menyembunyikan hakikat sebenar itu dengan mengatakan yang emak tidak berapa sihat dan hanya mengirim salam untukku, Fahim juga tidak ada melihat pemergianku.

Biarlah, aku lebih senang meninggalkan si kecil itu tanpa melihatnya buat kali terakhir. Biarlah! Emak, abah dan Abang Luqman masih ada untuk menjaganya. Biarlah tiada sentuhan dariku lagi.

Dalam diam, aku menyimpan sebuah cita-cita. Aku mahu bina hidup baru di bumi asing. Tapi aku pasrah. Di sini, sudah tidak ada harapan lagi untukku.

Mungkin hidupku cerah di negara orang. Ya. aku akan bina hidup baru. Biarpun keputusan ini akan mengecewakan hati dan perasaan insan-insan yang masih lagi menyayangiku.

Ya.... aku gagal dalam melaksanakan harapan dan cita-cita arwah Aini. Aku tidak akan sekali-kali berusaha lagi untuk memenuhi impian dan amanatnya yang terakhir itu. Sekiranya waktu ini, dia melihat apa yang sedang kulakukan, biarlah. Memang aku kalah dengan perjuanganku ini dari awal lagi.

Pengumuman penerbangan Malaysia MH 777 ke UK baru sahaja diumumkan. Aku memandang emak dan abah. Tanpa membuang masa lagi, aku bersalaman dengan mereka, begitu juga dengan ayah mentuaku dan juga Raihana serta sanak saudaraku yang lain.

"Study hard," kata Raihana memberi perangsang. Aku hanya menguntum senyuman.

"Jaga diri baik-baik," pesan abah pula.

"Kalau ada apa-apa masalah, telefon mak dengan abah. Jangan fikir nak selesaikan masalah tu seorang diri." kata emak pula.

Aku memeluk emak buat kali terakhir. Entah bila boleh aku rasakan pelukan emak yang sering menyamankan
perasaan dan jiwaku ini. Dia hanya memandangku sayu.

"Kirim salam pada mak dengan semua keluarga di rumah. Maafkan Auni. Halalkan makan minum Auni selama ni. Kalau senang. Auni tulis surat." Janjiku pada ayah mentuaku.

Mereka semua beredar pulang, aku melangkah perlahan-lahan untuk masuk ke bilik pemeriksaan imigresen. Tiba-tiba aku tersentak bila terdengar suara anak kecil menjerit memanggil namaku.

Serta-merta aku menoleh ke arah suara itu. Aku terpegun melihat Fahim dan Abang Luqman berdiri tidak jauh dari pintu bilik pemeriksaan. Dia memerhatikan aku dengan penuh harapan.

"Mama! Mama! Jangan pergi!!! Papal Fahim nak mama! Nak mama!" Itulah sebahagian harapan yang keluar dari mulut Fahim.

Tanpa kusedari air mataku membasahi pipi. Secara tiba-tiba, naluri keibuan meruntun semangat yang berkobar-kobar untuk pergi jauh. Fahim, anak kecil ini masih memerlukan aku. Sekelip mata. Fahim sudah berada dalam pelukanku.

"Maafkan mama. Mama tak akan tinggalkan anak
mama lagi. Mama janji," ujarku dalam tangisan.

Lama keadaan kami begitu. Aku tidak pedulikan ke-adaan sekeliling. Abang Luqman hanya memerhatikan perlakuan kami. Kemudian Fahim merenggangkan pelukannya dan memimpin tanganku ke arah Abang Luqman. Antara rela dan terpaksa, aku akur dengan kehendak Fahim itu.

"Terima kasih Auni." kata Abang Luqman.

Aku memandangny. Kemudian aku mengalih pandanganku pada Fahim. Abang Luqman mengambil begku dan memimpin tangan Fahim. Kami melangkah menuju ke tempat letak kereta. Fahim memelukku dengan begitu erat sekall. Seolah-olah tidak mahu melepaskanku lagi.

"Auni lakukan ini kerana Fahim dan arwah Aini." ujarku perlahan bila kereta Abang Luqman sudah berada di tengah-tengah kesibukan jalan raya.

"Apa maksud Auni? Kenapa untuk arwah Auni pula? Ada sesuatu yang abang tak tahu?"

Aku terdiam. Amanat arwah Aini tetapku ingat sampai bila-bila.

"Auni nak kita bina semula hubungan kita."

"Maksud Aunu?" Abang Luqman seperti terkejut.

"Kita hidup bersama semula. Tapi jangan harap abang ada tempat lagi dalam hidup Auni. Tidak semudah itu Auni boleh lupakan perbuatan abang yang lalu," ujarku
tenang sambil merenung jauh ke jalan raya.

"Fahim masih kecil. Dia belum faham tentang masalah kita. Dia masih perlukan abang dan Auni."

Tiada reaksi sedikitpun dari Abang Luqman. Dia terus memandu dengan tenang.

"Walaupun kita tinggal bersama, di bawah satu bumbung tapi Auni nak kita berasingan bilik tidur seperti dulu. Auni mahu abang bertolak ansur dalam hal ni. Jangan paksa Auni." jelasku tegas.

"Sampai bila kita harus begitu?"

"Sampai bila-bila."

"Tak bolehkah Auni maafkan abang? Abang tahu. semua yang berlaku adalah silap abang. Tapi, sampai begitu Auni menghukum abang?"

Aku memandangnya. "Bukan semudah itu Auni boleh lupakan kisah lepas. Tapi segala perbuatan abang pada Auni masih lagi segar dalam ingatan Auni. la seperti pita rakaman yang sentiasa berputar."

Abang Luqman diam. Kaku tak bersuara. Kata-kata itu
membuatkan Abang Luqman semakin tertekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience