Chapter 20

Romance Series 19017

2 BULAN KEMUDIAN...

Arh yeayyyy...Dah Dua puluh tahun Ella tahun ni.Tapi Belum genap lagi.Sebab Hari jadinya Bulan 8 nanti.Hari-harinya dengan Eizer baik sahaja.Malah semakin romantikk!!!

Sudah lama dia tidak berkunjung ke rumah Ibunya.Terasa rindu Pula dengan Mica Dan Mikhail.Mahu Saja dia berlari ke rumahnya sekarang juga.'Arhhhhh,rindunya nak balik rumah'.Hati kecil Ella menjerit,perasaan rindunya menggunung.Yelah,anak mana Yang tak rindu keluarganya.Mungkin begitulah Yang dirasakan Puan Mona saat itu.

Telefon bimbit dicapai Dan lantas membuat panggilan untuk Ibunya.

"Helo,Hi anak mama!!Apa khabar?Sihat?Ni mesti rindu mama Kan.Hari tu dah call arh tiba-tiba call lagi.Baliklah sini kejap kalau rindu sangat.Mama pun dah lama tak jumpa anak mama.Rindu Pula."

"Helo mama.Ella sihat tapi ni arh tiba-tiba Ella kerap sakit pinggang lepastu asyik nak makan aje.Mama tahu tak?Ella habiskan semangkuk mangga muda tadi."Ella ketawa riang sebaik sahaja menceritakan perkara itu kepada Ibunya.

"Ella rindu sangat kat mama.Nantilah Ella cakap kat Abang Eizer nak balik rumah jenguk family kejap."Balas Ella tersenyum pahit kerana dia tahu dia tidak boleh berjauhan dengan suami tercintanya itu.Nanti siapa Yang Akan mengurus makan minum Eizer.Itukan tanggungjawab seorang isteri.

"Kejap...Ella cakap semangkuk mangga muda???Tak asam ke?Berkerut dahi Puan Mona mendengar cerita anaknya itu.Seribu satu tanda Tanya terlintas Di fikirannya.Cupp!!!

"Jangan-jangannnnn....Ella mengandung nii.Puan Mona meneka berdasarkan cerita Yang telah anaknya kongsikan.Senyuman lebar terukir Di bibir Puan Mona.

"Haaa????Mana boleh mama..Alahhh Ella tak sedia lagi lah.Ella nak kerja,Nak jadi "Business Woman",nak buka kedai sendiri.Praktikal pun belum lagi.Tak mungkin lah."Berkerut dahi Ella mendengar tekaan Ibunya.Bimbang Pula hatinya jika tekaan Ibunya benar.Apa orang kata,Haaa!!
'Naluri Seorang Ibu'.Bukan dia tidak mahu mengandungkan anak Eizer tapi susah lah dia nak kehulu kehilir dengan perut Yang besar.Terbayang Pula dia.Bukan Salah cuma belum tepat masanya.

"Apa Yang tak mungkin?Ish kamu ni.Bukan kamu dah tidur dengan Eizer ke?Tak payah nak bimbang semua tu.Kamu kena bersyukur tau.Bukan semua orang diberi cahaya Mata.Bukan semua wanita boleh menjadi Seorang IBU tau?"Keras suara Puan Mona menekankan perkataan IBU supaya anaknya itu lebih bersyukur jikalau tekaannya tepat.

"Apa-apapun,pergi check dekat Hospital dulu.Jangan nak panik terus.Haa,jangan lupa call mama Lepas keputusan keluar."

"Haah,ye tak ye juga.Okeylah mama,Ella nak bersiap pergi Hospital dulu."

"Okey,hati-hati tau.Jangan lupa call mama."

Panggilan ditutup.

Gulp!Air liur ditelan.Beg sandang diambil Dan dia terus keluar rumah.Kunci kereta Axia dicapai Dan terus masuk ke Dalam kereta selepas mengunci pintu rumah.

Nasib baik Bulan Lepas dia sudah mendapat lesennya.Bukan dia tak tahu memandu selama ni tapi ayahnya tak izinkan sebab dia suka bawa kereta laju-laju.Kereta Axia milik Ella Yang dibelikan Eizer sejurus selepas Ella mengambil lesen melunjur laju ke arah Hospital Yang berdekatan.

'HOSPITAL DELIMA'

Sebaik menghentikan kereta Di tempat parking,Ella turun Dan masuk ke Dalam Hospital.Dia mengambil angka giliran Dan duduk Di kerusi besi Yang Disediakan.Dia menarik nafas panjang agar dia dapat bertenang.'Ehhh kenapa saya gelabah sangat ni?Kalau iya pun saya mengandung,saya Kan dah kahwin.'Ella berbicara Dalam hatinya.'Aduhh,macam mana saya boleh lupa.'Dia belum datang Bulan sejak pertengahan Bulan lalu.Masa Hari Krismas pun Dia belum datang Bulan.Gembira sangat dapat menyambut Krismas pertama Kali dengan suami.

Dahi ditepuk dengan kuat.Dia mengurut-urut dadanya Dan menarik nafas panjang,kemudian dihembus perlahan-lahan.Apa-apapun tunggu apa doktor kata.Dia mengambil Telefon Dan terus menghantar mesej kepada Ibunya.

"Ibu,jangan bagitahu siapa-siapa dulu tau.Nanti dah pasti barulah Ella sendiri bagi tahu.Nanti tak pasal-pasal bagi harapan Palsu.Kan tak Baik tu."Ella menghantar mesej itu kepada Ibunya.Eya,dia takut nanti hanya memberi harapan Palsu.Lebih-lebih lagi terhadap ibu Dan ayah mertuanya Yang sangat-sangat mahukan cucu.Maklumlah,Eizer Kan anak tunggal mereka.Kalau boleh,Dan kalau Ella mampu mereka memang nak sangat Yang Ella serta Eizer dapat zuriat Yang banyak.

Lamunannya terhenti apabila angka giliran Dan namanya dipanggil.Dia menuju ke bilik nombor 8.Dia Cuba bertenang Dan masuk kedalam ruangan itu selepas mengetuk pintu.

Doktor wanita Yang berumur Dalam 30an itu memintanya duduk.'Ouh,Doktor Marsha.'Bisik hati Ella selepas melihat Nama Yang terletak Di atas meja itu.

"Selamat petang Puan Ella.Ni bekas untuk air kencing Puan ya.Saya perlukan air kencing Puan untuk pastikan Sama ada Puan Ella mengandung ataupun sebaliknya."Doktor Marsha menghulurkan sebuah bekas kecil Yang tertulis namanya sambil memberikan senyuman.Ella memang sudah pernah nampak benda seperti itu ketika Ibunya mengandungkan Mikhail.Kerana sewaktu ibunya mengandungkan Mica,dia masih kecil untuk tahu semua benda Tu.

Ella mengambil bekas Putih Yang diberikan Oleh Doktor Marsha."Terima Kasih,Doktor.Saya pergi tandas dulu ya."Ella juga tidak kedekut dengan senyumannya.

"Silakan,Puan."

Selepas beberapa minit,Ella keluar Dan sampel air kencingnya diberikan kepada Salah satu jururawat untuk diperiksa Di makmal.Sementara itu Doktor Marsha memastikan Ella Dalam keadaan Yang sihat dan bertanya jika dia mengalami sebarang masalah kesihatan.
Setelah hampir setengah jam,keputusan pun keluar.Ella dipanggil semula masuk ke Dalam ruangan Doktor Marsha.

"Keputusan air kencing Puan menunjukkan Puan positif mengandung.Tahniah Puan,Baby Puan dah masuk 4 minggu."

"Haa??!Mengandung."Ella meraup mukanya.Memang betullah tekaan Ibunya bahawa dia sedang berbadan dua.

"Ya Puan Ella.Nanti Puan boleh datang untuk check up Di klinik ibu Dan anak ya.Bawalah suami Puan sekali.Anak Pertama Kan?"

"Baik Doktor.Haah,ni anak Pertama."Ella membalas pertanyaan Doktor Marsha dengan lambat.

"Saya dah tulis ubat Yang Puan perlu makan.Puan perlu atur makan ubat Yang saya bagi supaya baby Dalam kandungan Puan sihat.Bolehlah Puan ambil ubat tu Di kaunter farmasi ye".

"Baiklah,Terima kasih Doktor."

Ella pun keluar dari ruangan Doktor Marsha.Bukan dia tidak gembira.Dia sangat gembira apabila mendapat tahu Yang benih Eizer sedang berkembang Di Dalam rahimnya.Namun,dia bimbang kerana tidak lama lagi dia Akan menjalani praktikal untuk mendapatkan kerja.Majlis Konvokesyen juga Akan diadakan tahun ini.Lagipun dia belum bersedia menjadi ibu.

Ella menuju ke kaunter farmasi Dan mengambil ubatnya.Setelah membayar ubat itu,Ella keluar menuju ke kereta Axia.Dia masuk ke Dalam kereta Dan memandu kereta laju ke rumahnya.

Owner novel nak Minta tolong: KOMEN✓ FOLLOW✓ Tq u all's Yang Sudi tunggu next chapter.Maafkan Segala kekurangan yer. Next chapter Akan diusahakan sebab owner sibuk dengan assignment Yang berlambak next month exam for Sem 3. Sayang koranggg;")

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience