Chapter 13

Romance Series 19017

Hari ini akan menjadi hari yang bersejarah dalam hidup Ella dan Eizer. Terasa getaran dalam dada Ella kerana hari ini dia akan menjadi isteri Eizer yang sah.

Majlis akan dilangsungkan pada jam 2.00 petang namun Ella bangun jam 7.00 pagi kerana ibunya ingin dia ke salon sebelum mak andam menyiapkannya untuk majlis perkahwinannya nanti.

Ella bersiap untuk ke salon.Dia sudah menelefon Ain untuk menemaninya ke salon. Tepat jam 7.30 Ella turun ke tingkat bawah dan meminta Pak Mail menghantarnya ke salon kerana Ain sudah sampai di salon. Pak Mail pun menghantar Ella ke salon.

Beberapa minit kemudian, Ella pun sampai di salon yang selalu dia kunjungi. Kelihatan Ain sudah menunggunya di hadapan salon. Setelah kereta berhenti, Ella turun dan berlari anak mendapatkan Ain.

"Dah lama kau tunggu? Saya minta maaf" Ella memegang tangan Ain sambil tersenyum agar Ain memaafkannya.

"Baru jerr. Sokey. Ehh lawa blouse kau dengan seluar jeans ni.Nanti teman saya beli baju kejap ehh. Alaa tak lama.. Kedai depan tu jer."Ain tersenyum dan menunjuk kedai di seberang jalan.

" Yelah.. Ehh jom lah masuk sebab treatment yang kita tempah tu kan siap jam 11.00.Lagi cepat lagi bagus."Ella menarik tangan Ain dan mereka pun masuk ke dalam salon.

_____________________________________

Seperti yang ditetapkan, tepat jam 11. 00 mereka keluar dari salon.Seluruh badan terasa lebih segar. Ain dan Ella menuju ke sebuah kedai baju di hadapan salon dan membeli beberapa helai baju dengan seluar. Selepas itu, mereka pulang ke rumah masing-masing.

"Jangan lupa datang jam 2.00" kata Ella yang sudah menaiki kereta kerana takut akan terlambat untuk majlisnya nanti.
"Ok.." Ain pun sudah menaiki kereta. Mereka pun balik ke rumah masing-masing.

Sesampainya Ella di rumah, mak andam sudah menunggunya. Ella naik ke tingkat atas bersama mak andam dan dia pun mula bersiap. Dia sudah mandi dengan air bunga di salon tadi jadi tinggal bersiap sahaja lagi.

Rambut disanggul seperti unduk ngadau dan makeup simple tapi menarik. Semuanya berjalan lancar. Tepat jam 1.30pm Ella selesai didandan. Ella memakai gaun kembang berwarna putih yang mendedahkan bahagian dadanya sedikit dan dibantu oleh mak andam.

Jantungnya berdegup kencang. Tidak lama kemudian, Ain masuk ke biliknya kerana dia akan menjadi pengapit Ella. Alice juga datang untuk menghadiri majlis kawan baiknya itu. Tepat jam 2.00 petang, suasana di halaman rumah mulai riuh-rendah dengan kehadiran orang ramai.
Gong pun dibunyikan yang menandakan pengantin lelaki berserta rombongan sudah sampai. Puan Mona meminta anaknya untuk turun ke tingkat bawah. Ella memakai sandal berwarna putih dan turun ke tingkat bawah diiringi Ain.

Semua tetamu terbeliak melihat kecantikan Ella. Pelajar perempuan di kolej juga saling berbisik dan ada yang sedih kerana tidak dapat memiliki Eizer.

Tanpa membuang masa, majlis dimulai. Kedua mempelai bersanding dan melakukan banyak aktiviti seperti memotong kek, mengambil gambar dan menukar pakaian tradisional.Semua berjalan dengan lancar.

Selepas semua tetamu menjamu makanan dan memberikan hadiah kepada kedua mempelai, mereka pun meminta diri untuk balik.

Sekitar jam 8.00pm.semua tetamu telah balik ke rumah masing-masing.Selepas berborak dengan ibubapa Eizer, Ella meminta diri untuk ke tingkat atas. Dia masuk ke biliknya dan mula menanggalkan perhiasan yang dipakainya dan bajunya yang kembang kerana dia ingin membersihkan diri. Selepas membersihkan diri, dia memakai baju tidur berwarna merah.
Ella duduk di atas katil dia tahu Eizer akan menagih haknya sebagai suami.

Tidak lama kemudian,Eizer masuk ke dalam bilik dia tersenyum memandang Ella dan masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Ella menyusun bantal di tengah katil dan melelapkan matanya. Eizer yang keluar dari kamar mandi melihat isterinya sudah tidur dan hanya tidur di sebelah bantal yang diletakkan Ella sambil menggelengkan kepalanya. Pengantin baru itu pun tidur di dalam bilik yang sama untuk pertama kalinya.

Maaf atas segala kekurangan :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience