Chapter 3

Romance Series 19017

Tok!! Tok!! Tok!!

Puna Mona mengetuk pintu bilik Ella kerana anak gadisnya itu belum keluar sejak makan petang tadi.

"Ella... Sayang..." panggil Puan Mona.

Ella bingkas bangun dan segera membuka pintu biliknya.Dia menjemput ibunya masuk kemudian pergi membasuh mukanya.

Sedang Ella mengelap mukanya menggunakan tuala, ibunya tersenyum melihat dia.

"Mak tahu Ella terkejut dengan berita yang mama dengan papa sampaikan tadi. Tapi kami selaku orang tua kamu yakin ini yang terbaik.Mama tahu banyak yang suka anak mama. Bahkan kawan-kawan mama pun banyak yang nak jodohkan Ella dengan anak mereka.Tapi mama dengan papa yakin anak Puan Delia tu mampu jaga Ella dengan baik. "Puan Mona memandang anaknya dengan penuh makna. Dia berharap anak gadisnya itu tidak membantah keputusan yang dia dan suaminya telah buat.
" Maa...Mama tahu kan Ella orang yang dingin dan tak mudah jatuh cinta.First dengan Joshua dulu lepas tu dah tak suka siapa-siapa.Tu pun Ella putuskan dia sebab dia nak sambung belajar kat luar negara. Dia janji akan cari Ella bila dia balik dari United Kingdom tapi Ella suruh dia cari yang lebih baik dari Ella.And pasal anak Puan Delia...Ella tak kenal pun dengan anak dia. "kata Ella sambil menjemur tualanya di jemuran.

" Ouh eya. Nanti minggu depan cuti semester, Puan Delia dengan anak tunggalnya akan datang. Suaminya Tuan Rendy juga datang. Mereka nak meminang kamu.Mama dan papa dah setuju. Cuma kami nak Ella berjumpa dengan bakal tunang Ella.Mama tahu anak mama tak mudah jatuh cinta tapi bila dah cinta mesti Ella akan suka sampai bila-bila. Paling penting, mama percaya kawan mama Puan Delia mesti didik anak dia dengan baik macam mama didik anak-anak mama.Ella...mama percaya anak mama takkan kecewakan mama."Puan Mona menggenggam tangan anaknya dengan erat dan memeluknya.

" Ella akan cuba yang terbaik. Ella percaya dengan pilihan mama dengan papa. Walaupun semua ini berlaku dengan cepat tapi Ella takkan membantah. "balas Ella yang hanya mampu mengikut apa yang telah ditentukan oleh orang tuanya.

Puan Mona melepaskan pelukannya dan meminta diri untuk keluar.Sebelum Puan Mona keluar, Ella memesan agar Bibi Mas menghantar makanan kepadanya kerana dia ingin makan di dalam biliknya.Puan Mona hanya menurut kemahuan anak gadisnya itu.

Tidak lama kemudian, Bibi Mas datang menghantar makanan. Ella makan hidangan itu tak sampai separuh dan memanggil Bibi Mas mengambil pinggan mangkuk itu untuk dibasuh.

Selepas Bibi Mas mengangkat pinggan mangkuk, Ella mengunci pintu dan mula membersihkan dirinya. Ella menukar pakaian kemudian memakai baju tidur. Dia mempersiapkan pakaian dan barang-barang yang hendak dibawa ke sekolah esok.Setelah itu,Ella pun melelapkan mata agar minda dan fizikalnya dapat berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience