Chapter 6

Romance Series 19023

Tok!!Tok!! Tok!!

Pintu bilik Ella diketuk beberapa hari.Ella bingkas bangun dan membuka pintu billiknya. Bibi Mas berdiri di hadapan pintu bilik Ella sambil tersenyum.

"Ada apa Bibi Mas?" Ella melihat Bibi Mas sambil tersenyum kecil.
"Puan suruh Bibi kejutkan Cik Ella jam 5.30am.
Dia nak tepat 6.30 Cik Ella dah selesai bersiap untuk menyambut bakal tunang Cik dan keluarganya." Bibi Mas menyampaikan pesanan ibu Ella sambil meminta diri untuk menyiapkan segalanya.

Ella masuk ke kamar mandi dan mula membersihkan diri.Setelah itu, dia membuka almari besar miliknya. Masih banyak pakaian yang belum pernah dipakainya.Ella mengambil dress yang berwarna biru langit yang panjangnya paras lutut dan meletakkan dress itu di atas katil. Dia mengeringkan rambutnya menggunakan pengering rambut dan memakai dress.
Ella kemudiannya merapikan rambut dan memakai sengkam rambut berwarna hitam.Rambutnya yang lurus dibiarkan tidak diikat.
Tiba-tiba pintu diketuk lagi.

"Ella.. Ain dengan Alice ada datang ni." Kata Puan Mona sambil mengetuk pintu.
"Masuklah.. Pintu tak kunci." Balas Ella yang sedang berdandan. Dia tidak perlu memakai bedak lagi kerana kulitnya semulajadi putih. Keningnya sudah hitam dan bulu matanya yang panjang melentik. Ella memakai pelembap bibir dan mascara sahaja sudah terlihat seperti patung.

Ain dan Alice yang melihat sahabatnya sedang berdandan pun memuji kecantikan Ella yang memang menarik perhatian ramai selain dari tubuhnya yang menjadi idaman para gadis untuk memiliki tubuh seperti itu.

"Lawanya... Natural beauty lah katakan" Usik Ain sambil tersenyum melihat Ella yang sedang memakai perhiasan diri seperti gelang, rantai, dan sebagainya.

"Ella memang lawa dari dulu,saya pun jealous" Alice memandang Ain yang asyik tersenyum.

"Ehh mana ada. Korang pun lawa. By the way thanks sebab datang" Ella memeluk dua orang sahabatnya.

Ella melihat jam menunjukkan pukul 6.30 dan mereka pun turun ke bawah. Semuanya sudah disediakan,hanya menunggu tetamu datang sahaja.Ayah dan ibu Ella sudah duduk di sofa.

Ella menjemput sahabatnya duduk bersama dan mereka mulai bersembang tentang final exam nanti.Tahun ini adalah tahun terakhir mereka di kolej untuk mendapatkan Sijil Diploma. Apabila umur 20 tahun mereka akan Praktikal menjadi Akauntan.

Bunyi kereta dari luar membuat mereka berhenti bersembang. Ayah dan ibu Ella berdiri menyambut tetamu.Ain dan Alice meminta diri untuk ke dapur. Ella juga menyambut bakal ibu mertuanya.Mereka bersalaman dan bertukar senyuman.Mata Ella terhenti kepada Eizer, anak Puan Delia yang akan menjadi bakal tunangnya. Ella hanya tersenyum dan menjemput mereka masuk.

Tetamu dijemput duduk dan mereka mulai menguruskan tarikh pertunangan,selepas pinangan diterima. Puan Delia asyik memuji kecantikan bakal menantunya dan menetapkan bahawa tarikh pertunangan adalah pada hari Ahad minggu ini juga.Ibu dan ayah Ella setuju,begitu juga dengan Eizer lelaki kacak yang akan menjadi tunang Ella beberapa hari lagi.

Selesai berbincang,tetamu dijemput makan dan mereka pun bersiap untuk pulang.Sebelum pulang,Eizer meminta nombor telefon Ella dan Ella pun memberikan nombor telefonnya.
Tetamu pun pulang, begitu juga dengan dua orang sahabatnya itu.

Ella memandang ibu dan ayahnya tersenyum lebar. Dia hanya tersenyum dan naik ke tingkat atas.

Mica dan Mikhail bercerita tentang bakal abang ipar mereka yang tinggi dengan badan berotot itu.

"Putihnya bakal abang ipar kita. Rambut dia lurus ke depan seperti artis Korea,mata dia alahai memang sempurnalah untuk jadi suami Kakak kan?" tanya Mica kepada adiknya Mikhail yang berumur 13 tahun itu.

"Setuju" balas Mikhail yang tersenyum gembira setelah melihat rupa bakal abang ipar mereka.

Ella melabuhkan punggungnya di atas tilam.

"Cepatnyaaa... Mama dengan ayah pun setuju jer." Ella bercakap sendirian di dalam biliknya.
"Mama takde pun tanya Ella sama ada Ella nak. Hari ahad dah nak tunang???" Ella bertanya kepada dirinya sendiri. Dia kecewa kerana ibubapanya langsung tidak bertanya sama ada dia setuju atau tidak nak tunang hari ahad minggu ini.

Dia tiba-tiba teringat akan Eizer. Lelaki yang Tinggi Dan ketinggiannya hanya paras dada Eizer.
" Eizer???? Bukan nama pensyarah BM baru Eizer!!!???" mata Ella membulat.Dia tahu yang dia akan sering berjumpa dengan Eizer selepas ini.
Ella menghembus nafas panjang dan redha dengan takdirnya.

"Arh,dahlah.Apapun saya nak Mandi,lepastu rehat.Cukuplah untuk Hari ini."

Ella Mandi Dan terus berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience