Chapter 2

Romance Series 19017

Tanpa disedari, Ella sudah tiba di perkarangan rumahnya. Dia memasukkan telefon ke dalam beg sandangnya dan masuk ke rumah.

"Ella, mandilah dulu.Lepas tu turun kita makan sama-sama" kata Puan Mona kepada putri sulungnya.
"Ok ma..."Jawab Ella dengan senyuman sambil memeluk ibunya.

Ella naik ke tingkat atas dan menuju ke biliknya yang berhadapan dengan jalan raya. Ella membuka pintu biliknya, memasang penghawa dingin(aircond) dan terus mengambil baju mandi serta tuala mandi di dalam almari.

Setelah selesai mandi, Ella mengeringkan rambutnya yang panjang sehingga paras pinggang,kemudian disisir agar kemas dan memakai gaun paras paha berwarna putih.Dia turun ke tingkat bawa untuk makan bersama ibu dan ayah serta dua orang adiknya iaitu Mica dan Mikhail.

Ella menuju ke dapur Dan melihat semua orang sudah berkumpul menunggunya.Ella duduk dan mereka mula menjamu selera. Ketika sedang makan, ibu dan ayah Ella berbisik namun bisikan mereka berdua masih boleh didengar Ella.

"Abang bagitahu lah Ella,lebih elok abang Yang sampaikan berita ni kepada Ella." kata Puan Mona
kepada suaminya Arman yang merupakan ayah Ella.

Ella pun tersenyum "Amboii berbisik-bisik... Mica dengan Mikhail pun asyik tersengih-sengih dari tadi. Macam ada sesuatu jer yang Ella tak tahu" kata Ella sambil tersenyum memandang gelagat keluarganya di meja makan.
Semua orang ketawa kecil mendengar kata-kata Ella.

"Ella, begini... Puan Delia sahabat lama mama kamu datang merisik tadi pagi selepas kamu pergi Kolej.."Kata Tuan Arman kepada anaknya. Wajahnya bertukar serius apabila memberitahu anaknya tentang hal itu.

Ella yang sedang makan tersedak kerana mendengar berita itu.Matanya membulat melihat mak dan ayahnya.
" Habis tu"balas Ella untuk mengetahui keputusan ibubapanya.
Mak dan ayahnya saling berpandangan sambil tersenyum.
" Ayah setuju"
"Mak seratus peratus setuju. Sebab mak kenal dengan Puan Delia dari kecil lagi dan kami memang dah berjanji nak jadi besan.Keluarga mak dengan keluarga Puan Delia pun berhubungan baik..Mereka keturunan baik-baik." kata Puan Delia meyakinkan anaknya.

"Ella fikirlah nanti" kata Ella sambil berdiri membasuh tangan kerana sudah siap makan.
Selalunya dia akan menolong Bibi Mas pembantu rumah mereka mengemas meja bahkan melakukan kerja-kerja di rumah namun akibat terkejut dia segera meminta diri untuk naik ke tingkat atas. Ella naik ke tingkat atas dan masuk ke biliknya. Dia memikirkan apa yang dikatakan oleh ibubapanya di meja makan tadi. Ella membuka pintu balkoni dan melabuhkan punggungnya di sofa. Dia asyik termenung dan tanpa sedar dia terlelap kerana suhu yg sejuk dan angin yang menyapa lembut tubuh langsing miliknya. Kini dia terlelap di atas sofa yg besar itu dan hanyut dibuai mimpi.

Please follow and share❤️ Follow IG:AellyAriffin Tengkiu semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience