Chapter 16

Romance Series 19017

Hari ini Eizer dan Ella akan bertolak untuk pergi berbulan madu selama seminggu.Semua sudah diurus oleh Eizer.Mereka akan berbulan madu di tempat berdekatan sahaja kerana Eizer selaku Pensyarah harus menyediakan standard pembelajaran bagi pelajarnya tahun hadapan.

"Abang dah sewa bilik untuk kita".

"Ok abang." Balas Ella.

Ketika dalam perjalanan Ella dan Eizer banyak berborak. Tak pernah habis topik untuk dibahaskan.

"Sayang,abang dilantik jadi Guru Kelas bagi kelas DVM 2 tahun depan jadi abang sibuk sikit. Tapi sayang jangan risau, sayang boleh bawa mica untuk temankan sayang kat rumah ni nanti."

"Sayang pun dah start praktikal jadi akauntan nanti.So it's okey abang.Tahniah sebab dah jadi Guru Kelas bagi kelas DVM 2 tahun depan yer.Jangan nak menggatal pulak."Ella melirik suaminya yang sedang memandu.

" Ehh sayang nie... Sampai situ pulak.Takkanlah abang sanggup buat begitu kat sayang."Balas Eizer dengan wajah yang serius.

" Sayang gurau lah."Berderai tawa Ella memecahkan suasana sepi antara dia dan Eizer.

'Begini rupanya nasib dapat bini muda'. Bisik hati Eizer. Tapi tak pelah biar dia rasa apa erti bulan madu nanti. Saya pun tak sabar nak jadi ayah dan hanya dia yang layak menjadi ibu kepada anak-anak saya kelak.

_________________________________________

Sesampainya di sebuah Resort. Mereka mendaftar untuk menginap selama seminggu dan menuju ke bilik yang sudah ditempah. Eizer menempah set bulan madu dan sudah tentu bilik mereka dihias seperti hiasan untuk pasangan pengantin baru yang baru merasai kemanisan berumah tangga.

Eizer dan Ella masuk ke dalam bilik yang disediakan. Bilik itu dihias sangat cantik. Terpegun mata Ella.

"Cantiknya abang. Pandai abang pilih." kata Ella memuji suaminya itu.

"Mestilah suami sayang kan." Balas Eizer tersengih-sengih melihat isterinya.

Bagasi mereka diletak di tepi almari dan Ella mula bersedia untuk mandi.Eizer sudah mencari restoran makanan untuk makan petang kerana perutnya sudah berkeroncong. Dia juga sudah berpesan kepada Ella untuk bersiap.

Ella memasuki kamar mandi dan tidak lama kemudian dia keluar dengan tuala yang dililitkan ditubuhnya.Bergegar jantung Eizer melihat tubuh isterinya yang sangat menggoda itu.

Eizer mendekati Ella.

"Sayang tahu tak? Sayang lah perempuan pertama dan terakhir yang buat abang tertarik. Kalau boleh abang nak selalu ada dekat sayang. First nampak sayang dulu pun hati dah berbunga-bunga sebab sifat sayang yang hormat orang tua, baik, pandai masak pulak tu. "Eizer mengucup pelan pipi Ella.

" Ehhh nak mengorat lah tu.Dah,pergi mandi pastu kita makan sama-sama."Ella hanya melirik suaminya yang memasuki kamar mandi.'Kalau baik macam tu mesti ada mahunya',bisik hati Ella.
Tanpa disedari Ella tersenyum sendiri.Tanpa membuang masa, Ella menyarungkan dress paras lutut yang berwarna merah menyerlahkan lagi kejelitaannya. Rambut panjangnya yang sudah dikeringkan diikat tinggi. Dia memakai makeup yang simple kemudian menunggu Eizer selesai mandi.

Setengah jam kemudian,Eizer keluar dari kamar mandi dengan tuala yg dililitkan di pinggang. Terlihat six pack nya yang menggoda. Ella mengalihkan pandangan dari Eizer.,
Eizer menyarungkan pakaian ke tubuhnya yang sado dan mendekati isterinya.

"Sayang..Alahai janganlah malu lagi." Eizer menggenggam tangan isterinya. "Jomlah pergi makan mesti sayang lapar. Kesian isteri abang."

"Arhh sayang pun dah lapar ni".

Mereka pun keluar pergi ke sebuah restoran yang berdekatan. Mereka masuk dan memesan makanan.Sambil menunggu makanan yang dipesan siap, Ella dan Eizer melabuhkan punggung di atas kerusi dan mula bercerita.

Tiba-tiba seorang gadis sebaya Eizer datang.

"Eizer...Haii long time no see. How are you?"Gadis itu bersalaman dengan Eizer.

" Amboi.. Ramahnya. Macam daa lama kenal. Siapa perempuan nie ehh? "Bisik Ella kehairanan.
Ella hanya melihat perempuan yang dia tidak kenali itu duduk di sebelah suaminya.

" Heii!! Laura. Yeah long time no see. I'm fine, how about you? "Eizer bersalaman dengan Laura.

" Like you see im doing well.By the way, who is this? Why she sit so closer to you?"Laura memandang Ella dengan pandangan tajam.

" I'm sorry I forgot to introduce my wife Ella. We're on our honeymoon here and we're coming home next week."Eizer menggenggam tangan Ella dan mereka memberikan senyuman manis kepada Laura. Nampaknya Laura kelihatan terkejut dan dia sedang berusaha menahan emosinya di hadapan Eizer.

Ella berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

" Ouh... I see. She's pretty cute."Laura memuji Ella dengan senyuman sinis."Well If you dont mind, Ella I want to visit your house if I have time. I Just arrived here so I want to visit some exciting places but I need Eizer to help me."

"Well its up to Eizer. I Just follow his decision." Ella memandang suaminya yang kelihatan rimas berdekatan dengan Laura.

"We talk about it later". Balas Eizer.

Tidak lama kemudian, makanan pun sampai. Ella dan Eizer mula menjamu selera. Laura juga memesan makanan dan minuman yang sama dengan Eizer. Ella cuma berfikiran positif dan mengelak diri daripada cemburu.

Selesai makan, Ella dan Eizer pun balik ke bilik yang telah disewa. Laura juga membawa haluannya sendiri.

"I should have been with Eizer and be his wife, not Ella. I'll get to Eizer any way." Bisik hati Laura yang masih belum menerima kenyataan bahawa lelaki pujaan hatinya sudah dimiliki wanita lain.

Ella dan Eizer yang sudah penat pun berehat awal sebaik sahaja tiba di bilik yang mereka sewa.

Tolong Comment Klau ada kesalahan bahasa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience