Chapter 5

Romance Series 19017

Hari demi hari berlalu.

Minggu ini bakal tunang Ella akan datang berkunjung ke rumah bersama bakal mertuanya.Ella lupa bertanya kepada ibunya hari berapakah bakal tunangnya akan datang.

Ella turun ke tingkat bawah untuk mencari ibunya. Dia melihat ibunya sedang menyiram bunga di taman kecil milik mereka di belakang rumah. Ella menghampiri ibunya dan bertanya.

"Ma... Bila kawan baik mama Puan Delia nak datang sini.Maksud Ella hari berapa?" tanya Ella sambil tersenyum manis kepada ibunya.

"Lahh mama lupa nak bagi tahu Ella. Sepatutnya hari ni tapi anak tunggal dia tu sibuk sikit sebab dia akan mula mengajar kat kolej nanti.Esok jam 7 pagi mereka akan datang meminang Ella."kata Puan Mona tersenyum lebar kepada anak daranya yang hanya menganggukkan kepala tanda faham.

Ella melabuhkan punggungnya di buaian yang berada berhadapan dengan taman itu.

" Esok saya dipinang.Saya kena setuju juga.Pastu tak lama lagi nak tunang.Macam mana dengan mimpi saya tentang Joshua.Adakah dia masih setia mencintai saya?" bisik hati kecil Ella.
Dia telah menukar nombor telefon kerana dia tidak ingin Joshua asyik memikirkannya.Dia mahu Joshua tumpukan perhatian terhadap pelajarannya di UK.

Dia akan bertemu bakal tunangnya esok. Seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya. Tidak peduli bagaimana rupa paras , Ella harus menerima bakal tunang kerana dia hanya mampu menuruti permintaan kedua orang tuanya.

Puan Mona yang selesai menyiram bunga kertas di taman kecilnya mendekati Ella kerana dari tadi dia melihat anak gadisnya itu asyik termenung hampir tak terkelip mata mengelamun.

"Ella...kenapa ni? Apa yang bermain di fikiran kamu?" tanya Puan Mona sambil mengusap rambut anaknya.

"Mana mungkin saya akan beritahu mama tentang mimpi saya. Sesungguhnya saya tidak mampu membohongi hati kecil saya. Masih ada secebis perasaan untuk Joshua."bisik hati kecil Ella.

" Ella okey lah mama. Hmmm.... Ella cuma tak sabar nak tengok bakal tunang Ella akan datang esok. "kata Ella memberikan senyuman palsu kepada ibunya.

Hanya itu yang mampu Ella lakukan agar ibunya tidak risau tentangnya.

"Ouh... Lega mama dengar."Puan Mona mengusap lembut kepala anaknya dan meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

Ella menarik nafas panjang dan menuju untuk ke biliknya.
Dia melihat telefon bimbitnya yang berdering. Terpapar nama Ain di skrin telefon. Ella mengangkat telefon.

" Hello..." terdengar suara Ella Yang mahu tidak mahu Saja bercakap dengan Ain.Dia tidak ingin bercakap dengan sesiapa ketika ini kerana otaknya yang sedang bercelaru.

"Hi...kau nak saya datang rumah kau tak? Saya tahu kau tak ok." kata Ain yang memahami perasaan sahabatnya itu. Siapa Yang tak terkejut Ella Akan bertunang Dalam waktu Yang terdekat.

"Datanglah esok jam 6.00 pagi.Bakal tunang saya dengan ibu bapanya akan datang jam 7.00 pagi... Bawalah Alice sekali." kata Ella kepada Ain.

"Ok Ella.,apa-apa chat aku tau?"balas Ain sambil mematikan panggilan telefon.

Ella keluar ke balkoni dan menarik nafas panjang. Dia duduk di atas sofa.Nasibnya berubah sekelip mata. Dia tidak pernah membayangkan dia akan dijodohkan dengan lelaki yang dia tidak kenal.
Dia hanya mampu pasrah dengan takdirnya.Ella masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu balkoni dari dalam.Dia baring di atas tilamnya yang empuk dan tanpa disedari, matanya terlelap.

Maaf atas segala kekurangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience