Chapter 18

Romance Series 19017

Hari demi Hari mereka lewati bersama,terasa begitu cepat masa berlalu apabila masa itu diisi bersama orang Yang Kita cintai.Perasaan cinta mulai berakar Dalam hati mereka berdua.Walaupun mereka disatukan Dalam waktu Yang singkat,namun perasaan cinta menyapa mereka Dan perasaan itu semakin kuat dari Hari ke Hari.

"Alahhh,esok dah nak balik rumah Kita,saya Belum puas lagi nak duduk kat sini.Nak menikmati keindahan pantai lebih lama."Ella bercakap sambil memandang ke arah matahari terbenam.Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemandangan Di tepi pantai itu amatlah memukau Dan sangat menenangkan Minda.

"Haah,kejap sangat masa berlalu.Tak terasa pun Kita dah nak balik esok.Takpelah,nanti kalau ada cuti Kita pergi tempat lain Pula.Abang bawa pergi tempat Yang lebih cantik Dan lebih jauh ya?"Eizer tersenyum sambil mengusap lembut rambut panjang milik isterinya.

"Mari sini,abang tocangkan rambut sayang.Nak tocang berapa?"

"Abang pandai meh?"

"Tengoklah suami siapa.Taklah,abang ada belajar Cara nak gayakan rambut kat YouTube.Abang ingat nanti nak gayakan rambut sayang,rambut sayang Kan panjang."

"Ehhh,sejak bila pandai sweet-sweet pula ni?Arh nak tocang satu lah,sebab Ella bawa 1 jer getah rambut."

"Okey,sayang."

Setelah beberapa minit,rambut isterinya akhirnya siap ditocang.Ella kelihatan lebih anggun dengan rambutnya Yang ditocang.Walaupun Eizer baru belajar,namun tocangannya agak kemas Dan tidak mengecewakan.

"Terima Kasih.Pandai abang tocang ehh."Ella tersenyum lebar melihat Eizer.

"Sama-sama kasih,sayang.Jomlah Kita pergi makan,tiba-tiba abang Rasa lapar Pula."Eizer memegang perutnya Yang berkeroncong kerana kelaparan.Semenjak mendirikan rumah tangga dengan Ella,selera makannya semakin bertambah.

"Lahhh,kesian abang lapar ehh.Jomlah,saya belanja tapi abang Yang bayarkan."Berderai tawa Ella mengusik suaminya.

"Boleh pulak macamtu.Takpe,duit abang,duit Ella juga".Eizer tersenyum kecil melihat isterinya Yang tersenyum Indah.Terasa sejuk hatinya mendengar tawa isteri tercinta.

'Begini rupanya perasaan apabila bercinta selepas kahwin.Saya yakin cinta saya tak salah alamat'.Bisik hati Eizer.

Sebaik sahaja sampai Di sebuah restoran makanan laut,mereka pun mulai memesan makanan.Berselera sungguh mereka menikmati makanan masing-masing.Selesai makan,Eizer membayar bil makanan Dan Ella meminta diri untuk ke tandas.

Semasa Ella pergi ke tandas, tiba-tiba Laura datang menghampiri Eizer.

"Ehhh,you Masih dekat sini?"Laura memberikan Eizer senyuman Yang penuh makna.Perasaannya kepada lelaki itu Masih begitu kuat.

"Hah...eya.Esok saya Akan balik dengan Isteri saya.Maklumlah,tugas nak jadi pensyarah ni Banyak.Nak sediakan itu ini."Balas Eizer sambil membalas senyuman Laura.

"Ouhhh okay.Mana wife You."Laura memandang sekeliling untuk mencari kelibat Ella.

"Dia pergi tandas".

"Hah,tu pun dia.Sayang!"Eizer terus memegang Tangan Ella sebaik sahaja isterinya berdiri Di sampingnya.Ella terkejut dengan kelakuan suaminya itu,tetapi jauh Di Dalam hatinya dia merasa amat gembira.

Laura hanya tersenyum pahit melihat kelakuan Eizer Yang begitu romantis kepada isterinya.Hatinya bagai disiat-siat pada saat itu.Walaupun sudah 5 tahun berlalu perasaannya terhadap Eizer Masih Sama.

"Kami balik dululah ye,esok Kami nak bertolak awal pulang ke rumah.Ada Banyak lagi Yang perlu kami selesaikan."Eizer tersenyum lalu menarik Tangan Ella keluar dari restoran itu Dan berjalan menuju ke rumah sewa mereka Yang tidak jauh daripada restoran tersebut.

Sesampainya Di rumah sewa mereka,Eizer membersihkan diri terlebih dahulu.Sementara menunggu suaminya selesai Mandi,Ella mengemas barang-barang mereka Dan disusun dengan rapi Di Dalam bagasi.Dia hanya menyisakan dua pasang pakaian untuk malam ini Dan pagi esok.Selesai mengemas barang mereka,Ella melabuhkan punggungnya Di sofa.Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk mencintai Dan dicintai.Hatinya Yang dulu dingin Dan tidak peduli kepada Eizer Kini semakin lembut apabila cinta bertandang Di hatinya.Sungguh hebat kuasa cinta.

Beberapa minit kemudian,Eizer keluar dari kamar Mandi dengan tuala Yang dililitkan Di pinggangnya sambil mengelap rambut.Ella melarikan pandangannya daripada Eizer.Terasa seperti hendak pecah jantungnya ketika itu.
Seukir senyuman hadir Di bibir Eizer ketika melihat gelagat isterinya Yang Masih malu terhadapnya.

"Alahh,malu-malu lagi.Kenapa nak malu,abang Kan suami Sayangg."Eizer mendekati Ella sambil mencubit pipi isterinya Yang semakin Bulat.

"Mana ada malu."Ella berdiri Dan mencapai tuala mandinya serta sepasang baju.Dia bergegas ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Selepas selesai membersihkan diri,Ella keluar dari Kamar Mandi lengkap berpakaian baju tidur Tank Top Yang membuat tubuh seksinya terdedah.Rambut panjangnya dilap Dan kemudian dikeringkan menggunakan hair-dryer Yang disediakan Di bilik tersebut.

Mata Eizer tidak lari daripada melihat isterinya.Entah kenapa Ella tiba-tiba memakai pakaian itu Di hadapan suaminya malam ini.
Hati Eizer berdebar-debar melihat isterinya.

Setelah selesai mengeringkan rambut,Ella dengan selamba menuju ke katil Di mana Eizer sedang berbaring.Seukir senyuman terukir Di bibir Eizer.

"Sayang dah nak tidur?"

"Belum."singkat Saja balasan Ella kerana dia tahu apa Yang suaminya mahukan darinya.senyuman kecil terukir Di bibirnya disebalik selimut.

"Yeah!!!"Eizer menutup lampu Dan terus memeluk isterinya.

Ella ketawa terbahak-bahak melihat gelagat suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience