Chapter 10

Romance Series 19017

Terasa waktu berlalu terlalu cepat.Pejam celik dah bulan 10.Eizer pun sudah berpindah ke rumah yang disediakan khas untuk pensyarah. Bulan nie merupakan bulan terakhir Ella menjadi anak dara kerana bulan depan dia akan menjadi isteri orang dan sudah semestinya mahkota yang dijaganya selama ini akan diberikan kepada suaminya nanti.

Ella masih dingin dengan tunangnya.Dia belum duduk di kerusi depan kereta dan sentiasa menjaga jarak antara dia dan Eizer. Walaupun begitu, dia tetap memerhati Eizer dari jauh dan melindungi tunangnya dari godaan wanita lain.

Telefon berdering.Siapa lagi kalau bukan sahabat baiknya Ain.Telefon diangkat dengan segera.

"Hi... So macam mana? Awak dah ready nak jawap last paper besok?So far paper sebelum nie semua kita dapat jawab dengan baik kan."Ain sebenarnya ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada Ella tapi dia tidak berani mengatakannya.

" Saya ready. Syukurlah esok last paper.Otak saya dah nak meletup dah ni.Saya timbang berat badan pun dari 40 kg turun ke 34 kg.Hahh..nie macam ada sesuatu yang awak nak cakap sebab suara awak bercakap tak seperti biasa." Ella hairan kenapa sahabatnya itu tergagap-gagap bercakap.

" Se.......Sebenarnya.... Joshua ada call saya. Saya tak angkat tapi dia tak henti-henti call.. Jadi.... Saya angkatlah. Joshua cakap... Dia akan datang jumpa awak. Dia akan balik hujung bulan nie sebab dia dah tamat ambil degree dan dia akan datang meminang awak. Saya tak berani nak bagitahu dia yang awak dah tunang and dah nak kahwin bulan depan sebab saya tahu nanti dia mesti kecewa. Sorry Ella.Saya terpaksa bagitahu awak benda ni."Ain menjelaskan hal itu kepada sahabatnya.

Ella terkejut mendengar berita yang disampaikan Ain sebentar tadi. Dadanya berdegup kencang. Bagaimana dia ingin menjelaskan kepada Joshua dia sudah bertunang dengan Eizer dan akan berkahwin selepas peperiksaan terakhir yang dia duduki tamat.

"Sokey Ain..takpe hal ni nanti saya selesaikan.Sekarang, kita focus dulu dengan kertas terakhir kita besok." Ella menenangkan hatinya dan mengosongkan mindanya dia mengulangkaji sebelum menduduki peperiksaan esok.
______________________________________________

Seperti biasa, Eizer akan menjemput Ella setiap pagi dan menghantar Ella pulang setelah masa pembelajaran tamat.

Ella menaiki kereta Eizer dan mereka bergerak menuju ke Kolej. Sepanjang perjalanan Ella hanya membisu tanpa tersenyum melihat Eizer.Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya.Ella turun dari kereta Eizer setelah kereta itu berhenti. Dia terus berjalan menuju ke kelasnya tanpa menoleh ke arah Eizer.Dengan reaksi kehairanan Eizer berusaha bertenang.Banyak persoalan bermain di mindanya.

'Apakah di hatinya langsung tiada ruang untukku.'bisik hati kecil Eizer yang melihat Ella menghilang dari pandangannya. Dia mencoba berfikiran positif bahawa Ella stress menduduki peperiksaan dan anginnya tidak baik. Eizer pun menuju ke ruangan pensyarah.

Peperiksaan dimulakan dan semua pelajar berusaha menjawab kertas soalan yang terakhir pada hari ini sebelum mereka bercuti panjang.
Dua jam kemudian, loceng berbunyi.

"Yeahhhhh!!!Akhirnya tamat juga exam kita lepas ni dah tak payah nak datang ke Kolej" Ain melompat keriangan.

"kau tak ke kolej tapi ke bank.Jangan perasan nak duduk rumah saja. Hahahaha" Alicia ketawa terbahak-bahak melihat Ain.

"Betul tu." kata Ella yang tersenyum melihat dua orang sahabatnya itu. Mereka menuruni anak tangga bersama-sama dan menuju ke pondok.
Tidak lama kemudian, Eizer menjemput Ella.
Ella mengucapkan selamat tinggal kepada Ain dan Alice.Dia menaiki kerusi bahagian belakang dan duduk di kerusi itu seolah-olah Eizer pemandunya. Eizer menghembus nafas panjang dan masuk ke dalam kereta.

"Ell... Nanti kita keluar sama-sama pergi beli cincin ehh" Eizer memecahkan suasana sepi dalam kereta.

"Okeyy. Pape call" balas Ella memandang Eizer yang sedang memandu.

"Kalau El taknak keluar dengan abang, abang tak paksa." Eizer kelihatan kecewa dengan jawapan Ella.

"Ehhh...El nak keluar dengan abang. Lagipun El ada nak beli beberapa barang.Sorry Ell takde mood tadi."kata Ella memujuk Eizer kerana dia sedar sepanjang mereka bertunang dan tidak lama lagi akan bergelar suami isteri dia masih bersikap dingin terhadap tunangnya Eizer.

" Okey nanti apa-apa abang call El. "Eizer ingin memanggil Ella menggunakan perkataan 'sayang' namun dia membatalkan niatnya setelah melihat sikap Ella yang masih dingin.
Banyak-banyak perempuan yang dia temui hanya Ella yang mengabaikannya.

Tanpa disedari, Ella sudah sampai di rumahnya dan keluar dari kereta setelah kereta milik bakal suaminya itu berhenti. Encik Arman mempelawa bakal menantunya itu untuk masuk namun Eizer menolak pelawaan Encik Arman dengan sopan kemudian meminta diri untuk pergi.

Ella naik ke tingkat atas dan membersihkan diri. Dia masih teringat dengan kata-kata Ain tentang bekas kekasihnya Joshua. Dia juga memikirkan tentang Eizer yang akan bergelar suami tidak lama lagi. Semua persiapan kahwin sudah diuruskan oleh Puan Delia dan Puan Mona.Hanya menunggu hari mereka bersanding lagi.
Betapa runsingnya fikiran Ella saat ini. Selesai mandi dan berpakaian, Ella menghempaskan tubuhnya ke tilamnya dan dia pun terlelap.

Terima kasih yang sudi follow dan tunggu chapter seterusnya.sayang korang. Boleh promote Novel korang di komen ya. Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience