Chapter 12

Romance Series 19023

Hari demi hari berlalu tinggal seminggu sahaja lagi dia akan menjadi isteri orang.Pelamin sudah dibuat, kad jemputan juga telah dihantar. Ella kini nampak sedikit ceria dan tidak berkurung di dalam biliknya lagi. Dia menghibur dirinya sendiri dan melakukan aktiviti seperti berjoging, atau pergi ke gym. Berat badannya kini hanya 33 kg namun badannya masih cantik seperti biasa.

Dia akhirnya mampu tergelak berkat usaha Ain dan Alice yang sentiasa meluangkan masa untuk menghiburnya.
Eizer juga sering mengajak Ella keluar pada waktu petang untuk meluangkan masa bersama dan saling memperkenalkan diri.Hubungan mereka semakin akrab namun Ella masih belum memberikan sepenuh hatinya kepada Eizer.

_________________________________

Joshua masih bersedih menerima kenyataan bahawa gadis yang dia cintai tidak akan menjadi miliknya lagi. Namun oleh kerana dia satu-satunya yang akan mewarisi Hospital milik ayahnya, dia terpaksa mula bekerja dan tidak melayan rasa sedih yang mencengkam jiwanya.

Hari yang dia nantikan untuk berjumpa dengan Ella untuk memiliki gadis pujaannya itu bertukar menjadi hari perpisahan mereka. Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan dalam hidupnya. Langsung tidak terlintas di benak Joshua untuk hidup tanpa gadis itu di sisinya dan dia tidak pernah membayangkan bahawa kisah cinta yang mereka bina sekian lama sejak tahun pertama bersekolah di Kolej kini hancur sekelip mata.

'No matter what happen, I will always protect you and let me keep our memories in my mind. If we can't together in this born... I hope in the next life we can live a happy life.' Bisik Joshua dalam hati yang mencoba untuk memujuk hati untuk menerima takdir bahawa Ella bukan jodohnya.

_____________________________________

"Ella sayang... Bibi Mas dah kemaskan bilik Ella sebab lepas bersanding nanti,Eizer akan tidur kat sini kan dia dah rasmi menjadi suami Ella jadi takde masalah kan?And mertua Ella akan tidur kat bilik tetamu kat sebelah bilik Bibi Mas" kata Puan Mona.

Ella hanya mengangguk faham.

"Okey ma...Ermm ada apa-apa yang Ell perlu tolong?" tanya Ella sambil tersenyum melihat ibunya.

"Takpelah... Semua dah mama uruskan. Tinggal berapa hari jer lagi anak dara mama ni akan jadi isteri orang jadi mama nak Ell rehat cukup-cukup supaya nampak berseri bila naik pelamin nanti." Puan Mona menepuk lembut tangan anak gadisnya.

"Kalau begitu Ella naik dululah nak bersihkan diri."Ella memeluk ibunya dan berlalu pergi menuju ke biliknya untuk membersihkan diri dan berehat.

Ella masuk ke dalam bilik dan masuk ke kamar mandi. Setelah selesai mandi, seperti biasa dia akan mengeringkan rambutnya.

Kring!!Kringg!!Kringg!!

Telefon bimbit Ella berbunyi. Ella mengangkat panggilan telefon apabila nama Eizer terpapar di skrin telefon.
"Hello..Abang..."

"Ella...Baju pengantin tu macam mana Ell suka tak?"Eizer berharap bakal isterinya itu suka dengan baju pengantin berwarna putih dan baju kadazan yang akan mereka pakai di majlis bersejarah mereka nanti.

"Suka.. Baju tu cantik sangat. Abang jaga diri ehh" Balas Ella.

"Ella pun sama. Jaga diri. Abang letak phone dulu. Bye."Panggilan dimatikan dan Ella melelapkan matanya di tilamnya yang empuk.

Maaf klau ada typo. Selamat membaca semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience