Chapter 14

Romance Series 19017

Ella bangun dan melihat Eizer masih nyenyak tidur. 'Alahai selamat hidup aku' bisik hati Ella. Ella bangun dari tempat tidur. Tiba-tiba, tangannya ditarik sehingga dia tertidur di atas katil. Eizer menatapnya sambil memegang tangan Ella dan menindih tubuh langsing milik wanita yang baru sahaja menjadi isterinya.

"Rugi sayang tidur awal semalam...Sayang tak nampak lah sixpack abang" Eizer mengusik isterinya yang sedang merah padam menahan malu.

"Sayang??? Ermm saya nak mandilah."Ella menolak perlahan tubuh Eizer.

Eizer melepaskan genggamannya dari Ella dan tergelak kecil melihat gelagat isterinya yang berbadan kecil.

30 MINIT KEMUDIAN...

Ella keluar dari kamar mandi dengan tuala yang dililitkan di tubuhnya.Dia melihat suaminya sedang duduk di sofa yang terletak di balkoni. Ella menuju ke balkoni.

"Abang..mandilah.Saya dah siap mandi" Ella tersenyum melihat Eizer.
"Janganlah guna saya.. Guna 'sayang' kan lebih elok, selesa, orang dengar pun sejuk telinga."kata Eizer sambil mendekati Ella.

" Yelahh ... "Balas Ella sambil mengambil t-shirt berwarna merun dipasangkan dengan seluar legging berwarna hitam.Ella memakai baju setelah Eizer masuk ke dalam kamar mandi.

Selepas memakai pakaian, Ella turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Bibi Mas memasak nasi lemak dengan rendang ayam untuk sarapan pada pagi ini.Ella bersarapan dahulu tanpa menunggu suaminya turun. Selepas Ella selesai makan, Eizer baru turun untuk bersarapan kerana dia baru selesai mandi.Ella menghidangkan makanan dan air untuk suaminya. Eizer memuji masakan Bibi Mas sedap dan dia sangat suka akan nasi lemak yang dimasak oleh Bibi Mas.

Ella memotong buah tembikai susu untuk dijadikan pencuci mulut Eizer.

"Thanks sayang" Eizer memberikan senyuman kepada isterinya.

"Sama-sama." Ella membalas senyuman Eizer dan berjalan menuju ke ruang tamu dimana ibubapanya dan mertuanya sedang bercerita sambil bergurau.Ella duduk di sebuah sofa untuk mendengar cerita mereka.

"Untunglah kau Mona.. Kau ada tiga anak. Saya nie ada anak sorang jer."Kata Puan Delia kepada Puan Mona sahabat baik merangkap besannya.

" Ehh Liaa...Yang penting kau ada penerus generasi tau.Takpelah, harap-harap kita dikurniakan cucu cepat-cepat. Kalau boleh nak cucu ramai". Puan Mona tergelak kecil sambil memandang Puan Delia yang juga tersenyum melihat menantunya.

Ella hanya tersipu malu mendengar perbualan ibunya dengan ibu mertuanya.Kebetulan Eizer sudah siap bersarapan dan turut menyertai perbualan itu.Eizer duduk disebelah Ella.

"Eizer, daddy dengan mummy makin tua nie.Eizer usahakanlah bagi kami cucu.Teringin sangat nak jaga cucu ni." Kata Tuan Rendy kepada anaknya Eizer.

"Samalah,Rendy. Arh, Ella sebagai isteri pun kena usaha bagi suami cahaya mata. Bukan suami jer yang berusaha." Kata Encik Arman sambil melihat Ella.

"Nanti kami usahakanlah secepat mungkin. Nak pergi bulan madu nanti dalam next week. Eizer dah beli rumah dekat dengan pantai. Rumah tu tak jauh dari kolej so Eizer plan nak bawa Ella pindah rumah baru." Balas Eizer sambil tersenyum memandang Ella.

Mata Ella membulat. 'Ehhh.. Bulan madu? Rumah baru? Apa saya nak buat nie?'bisik hati kecil Ella.
Semua orang setuju dengan keputusan Eizer jadi Ella tidak boleh membantah lagi.

" Mummy dengan daddy nak balik dah nie. Jaga menantu mummy baik-baik. Ella jaga diri tau. Semoga urusan nak zuriat dipermudahkan ye sayang."Puan Delia berdiri dan memeluk Ella dan bersalaman dengan keluarga Ella. Eizer menghantar orang tuanya sampai di hadapan pintu dan masuk ke dalam rumah semula apabila kereta ayahnya sudah tidak kelihatan.

" Maa... Ella nak naik jap sebab Ella nak rehat." Ella meminta diri untuk berehat di biliknya. Puan Mona hanya mengangguk sambil tersenyum melihat Ella.Eizer menyusul di belakang Ella. Ella masuk ke dalam bilik diikuti suaminya.Ella baring di atas katil sambil memeluk bantal peluk.

" Sayang...Abang nak keluar dengan kawan-kawan kejap." Eizer duduk di sebelah isterinya.

"Janganlah balik lewat sangat. Abang cakap nak pindah besok kan." Balas Ella.

"okeyy, sayang" Balas Eizer dan mengganti pakaian sebelum keluar. Ella hanya melihat suaminya yang berlalu pergi.

Setelah Eizer sudah bergerak untuk berjumpa dengan kawan-kawannya, Ella mula menyusun pakaiannya dalam satu beg bagasi. Dia juga mengemas barang Eizer yang perlu dibawa besok. Setelah selesai mengemas barang, Ella pun menaikan suhu aircond supaya lebih sejuk kerana dia ingin berehat. Bagasi berisi pakaian itu diletakkan di tepi almari. Ella melihat jam menunjukkan pukul 2 dan turun untuk makan petang kemudian baru dia melelapkan matanya.

______________________________________

Krekkkk....

Pintu bilik dibuka perlahan Eizer masuk dan melihat isterinya sudah tidur. Dia kemudian membersihkan diri dan memakai baju t-shirt berwarna putih dengan seluar pendek paras lutut berwarna hitam. Ella bingkas bangun dan melihat Eizer sudah balik. Ella hanya menjeling melihat Eizer kemudian berlalu ke bilik air untuk membasuh mukanya. Setelah membasuh muka, Ella hanya lalu di hadapan Eizer tanpa melihat wajah suaminya. Sambil mengelap wajah,Ella membuka sliding door dan keluar ke balkoni. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil termenung melihat awan yang gelap. 'Lama dia keluar. Kata nak jumpa kawan, tapi dari pagi sampai awan dah gelap macam ni baru balik.' bisik hati Ella.

"Sayang... Masuklah sejuk ni nanti sayang sakit. Abang dah tutup aircond sebab sejuk sangat.Jom sayang." Eizer memegang tangan Ella untuk masuk ke dalam bilik kerana cuaca di balkoni sangat sejuk.

Ella masuk dan mengunci pintu balkoni.Dia mengambil telefon dan mendengar lagu menggunakan earphone.Dia baring di atas sofa. Eizer yang sudah baring di atas katil hairan melihat isterinya yang masih enggan tidur bersamanya.

Eizer berdiri dan mengangkat Ella.

"Ehh abang!" Terkejut Ella apabila diangkat oleh Eizer. Badannya dapat merasakan otot-otot Eizer dan sixpack suaminya itu.Setelah Eizer menurunkannya di atas katil, Ella menarik selimut. Eizer memeluk isterinya.

"Sayang marah abang balik lewat kan?Alaa tadi ada sorang nenek nie jalan kaki sorang-sorang so abang hantar lah dia balik. Jauh juga rumah dia kalau dia jalan kaki. Abang sedekahlah duit sikit supaya dapat membantu dia beli keperluan makan. Abang nak call sayang tapi hp habis bateri."

"Ouh... Kesian nenek tu. Sayang tak marah cuma hairan kenapa abang lambat balik pastu tak call sayang" balas Ella sambil mencoba untuk melepaskan diri dari pelukan suaminya.Dengan gerakan pantas Eizer menindih badan isterinya kemudian lampu ditutup dan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri. Ella tahu tugasnya sebagai isteri dan malam itu dia telah memberikan mahkotanya kepada seorang lelaki yang bergelar suami.

Maaf kalau ada typo. Selamat membaca :")

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience