Chapter 4

Romance Series 19017

Bukkkk!!!

"Aduhhh...sakittnya...." Ella memegang dahinya yang terhantuk di lantai akibat jatuh dari katilnya. Perlahan Ella berdiri dan melihat jam yang menunjukkan pukul 4.30am.

"Awalnya...Ehh ni kali pertama saya mimpi Joshua.Selama ni saya tak mimpi pun semenjak dia pergi sambung belajar. Betulkah dia nak balik?" Ella bercakap sendirian.

Dia mengimbas kembali mimpinya tentang Joshua yang akan balik untuk menemuinya.Dia akui cinta jejaka itu amat dalam kepadanya. Joshua seorang lelaki Sino yang tinggi, kulitnya putih dan tubuhnya yang menjadi idaman para gadis kerana ada sedikit berotot adalah seorang lelaki yang setia namun disebabkan ibu bapanya ingin dia sambung belajar ke UK dia terpaksa meninggalkan Ella, wanita yang amat dicintainya. Joshua berjanji akan kembali menemuinya selepas mengambil Degree menjadi doktor. Joshua akan mewarisi Hospital ayahnya dan sebab itulah dia dihantar ke luar negara.

Setelah tersedar dari lamunannya, Ella membersihkan diri dan bersiap untuk ke Kolej.

Setelah selesai mandi dan memakai baju. Ella menggulung rambutnya dan mengikatnya tinggi.Lehernya yang putih melepak dan jinjang sering menjadi tarikan para lelaki lebih-lebih lagi apabila Ella tersenyum lesung pipitnya yang dalam akan membuat para jejaka gila bayang.

Selesai bersiap, Ella mengambil beg yg berisi laptop dan failnya yang terdapat banyak assignment serta telefonnya yang di cas juga dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa ke sekolah.

Ella turun ke tingkat bawah dan memakai kasut. Dia tidak mengambil sarapan kerana seleranya hilang akibat termimpi bekas kekasihnya itu. Dia duduk di bangku kayu di luar. Pak Mail driver mereka yang berumur 40an datang menghampirinya.

"Cik.. Mari Pak Mail hantar cik pergi sekolah.Tuan Arman sudah bergerak lebih awal ke syarikat tadi kerana ada hal penting Yang perlu ayah cik selesaikan." kata Pak Mail sambil memberikan senyuman kepada Ella.

Ella pun tersenyum dan masuk ke dalam kereta.
Kereta melunjur laju ke Kolej dan berhenti di depan sekolah. Ella turun dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Mail.

Kelihatan dua orang sahabatnya sudah menunggunya. Ella menghampiri mereka dan berjalan menuju ke kelas.Ella memberi tahu Ain dan Icah bahawa dia akan menjadi tunang orang tidak lama lagi. Ain dan Icah terkejut.

"Wahhh.. Kau biar betul Ella" kata Icah membulatkan matanya dan mulutnya sampai terngangah mendengar berita tersebut.

"Alaahaii bestnya...mesti bakal tunang kau lebih kacak dari Joshua kann.."Ain ketawa terkekeh-kekeh sambil menepuk bahu Ella perlahan.

" Nasib baik Kita kawan,kalau tak dah lama aku cekik kau"kata Ella sambil ketawa kecil. Mereka pun tertawa bersama.

Kelas dimulai seperti biasa dan semuanya terasa berlalu dengan cepat. Begitulah Ella menjalani hari-harinya dengan dua sahabat baiknya itu.
Setelah tiba masa untuk balik ke rumah kerana sesi kuliah telah tamat,Ella mengucapkan selamat tinggal dan selamat bercuti kepada dua orang sahabatnya itu.Dia duduk di pondok menunggu Pak Mail menjemputnya.
Ramai mata jejaka memerhatikannya.
Ella mengambil telefon dan meletakkan earphone di telinganya kemudian memasang lagu kegemarannya.

Tidak lama kemudian, Pak Mail sampai untuk menjemputnya pulang ke rumah.
Ella menaiki kereta itu dan mereka pun pulang ke rumah.

Sesampainya di rumah, Ella mengambil sebiji epal hijau dan satu botol susu Dutch Lady untuk mengisi perutnya.Dia tidak berselera makan kerana banyak yang difikirkannya.Setelah siap makan sebiji epal dan sebotol susu, Ella naik ke tingkat atas untuk membersihkan dirinya kerana kamar mandi dan tandas berada dalam billiknya. Mewah sungguh hidup Ella. Seperti biasa dia mandi dan berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience