Chapter 11

Romance Series 19017

Ella!!

Pintu diketuk dan kedengaran Puan Mona memanggil lembut anaknya. Ella sengaja bangun lambat kerana cuti panjang sudah bermula.

"Ye ma... Kenapa bangunkan Ell awal pagi nih?" Ella masih duduk di atas katilnya.

"Joshua datang nak jumpa Ell. Mama nak Ella jelaskan kepada Joshua tentang status Ell yang tidak lama lagi jadi isteri orang. Lagipun mama dengan Puan Delia dah daftar perkahwinan kamu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)."kata Puan Mona di sebalik pintu bilik Ella.

Ella yang mendengar nama Joshua terkejut bagai hendak tercabut jantungnya.Rasa mengantuknya hilang dan dia menuju ke kamar mandi. Ella membasuh muka dan memakai baju berwarna merun dipasangkan dengan seluar Palazo berwarna hitam. Dengan jantung yang berdegup kencang, dia turun ke tingkat bawah. Kelihatan Joshua sedang menunggu. Sebaik sahaja Joshua melihat Ella, dia memeluk Ella kerana sudah lama dia menanti saat ini dimana dia berjumpa dengan kekasih hatinya. Ella menolak perlahan tubuh Joshua.

"U okey?I miss you so much Ella. You know what? Time I kat UK I never forget about you and my love for you didn't change I...."bahasa Joshua masih bercampur BI kerana dia menetap lama di UK.Joshua ingin bercerita lebih panjang namun matanya terhenti melihat cincin di jari manis Ella.

Ella sedar bahawa Joshua telah melihat cincinnya. Begitu sayu hatinya apabila dia harus memberi tahu hal sebenar kepada Joshua.Mata Ella berkaca begitu juga dengan Joshua.

"Joshua... Saya minta maaf. Mungkin kita tak ditakdirkan bersama. Sa...." belum sempat Ella menghabiskan kata-katanya, air mata mula mengalir. Suara Ella bergetar dan dadanya terasa sesak.Dia berusaha menahan tangisnya di depan Joshua.

"Why????..."Joshua mengundurkan diri. Dia masuk ke keretanya dan beredar dari rumah Ella. Dia sangat kecewa kerana Ella akan menjadi milik orang tidak lama lagi. Dia masih tidak percaya dengan apa yang Ella katakan.
'Tak ditakdirkan bersama'?.Kata-kata itu masih
terngiang-ngiang di telinga Joshua..hatinya sangat sakit apabila teringat janji-janji dan semua kenangan manis dia bersama Ella dulu.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Joshua masuk ke dalam biliknya dan mengunci diri di dalam bilik. Dia melihat gambar Ella yang disimpan sejak mereka mula-mula bercinta dulu.Air matanya mengalir deras. Bukan mudah untuk melepaskan seseorang yang benar-benar kita cintai apatah lagi dia adalah insan pertama yang membuka pintu hati kita.

____________________________________

Ella naik ke billiknya dan mengunci pintu.Puan Mona dan Encik Arman hanya melihat Ella naik ke tingkat atas. Mereka juga turut sedih melihat keadaan anak gadisnya seperti ini. Namun kerana perjanjian yang telah Puan Mona dan Puan Delia bina sejak mereka di sekolah menengah lagi, Eizer dan Ella telah dijodohkan.

Ella menghempaskan tubuhnya di atas tilam dan menangis. 'Maafkan saya Joshua. Saya perlu padam perasaan saya untuk awak. Mungkin inilah takdir kita. Saya harap awak jumpa yang lebih baik dari saya.' Air mata mengalir deras.Rasa bersalah muncul di dalam hatinya kerana dia seharusnya memaklumkan hal ini lebih awal kepada Joshua.

Akibat terlalu penat menangis, Ella akhirnya tertidur. Puas Puan Mona mengetuk pintu bilik Ella namun tidak mendapat jawapan. Puan Mona pun memberi ruang untuk anaknya berehat.

Langit mulai gelap, Ella bangun dan membersihkan diri. Matanya kelihatan sedikit bengkak kerana menangis terlalu lama.Ella mengikat rambutnya yang panjang dengan kemas.Tiba-tiba pintu diketuk. Ella membuka pintu dan Bibi Mas sudah berdiri di hadapan pintu biliknya membawa makanan.

"Cik,makanlah sikit.Badan cik dah kurus sebab cik kurang selera makan sejak kebelakangan ini. Bibi risau cik sakit sebab tidak lama lagi perkahwinan cik dan Encik Eizer akan dilangsungkan."Bibi Mas cuba untuk memujuk Ella agar mengisi perutnya yang kosong.

" Terima kasih Bibi"Ella mengambil makanan dan mengunci semula pintu biliknya.Dia hanya menjamah sedikit makanan itu dan turun ke tingkat bawah untuk membasuh pinggan.

"Ella.. Okey tak ni? Kamu tu dah nak kahwin.Lupakanlah Joshua.Mulakan hidup baru dengan Eizer." kata Encik Arman sebaik sahaja melihat Ella.

Ella hanya menunduk sambil membasuh pinggan. Selesai membasuh pinggan, Ella naik semula ke tingkat atas. Sebab dia beri Eizer ruang, dia coba untuk memadam semua tentang Joshua namun kesakitannya hanya dia yang rasa.Dia menenangkan dirinya sendiri dan mencoba untuk bangkit semula.Dia juga tidak lupa berdoa meminta agar dia dikuatkan untuk menjalani segala hal yang sudah tertulis untuknya.

Selamat membaca :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience