Chapter 17

Romance Series 19017

Suhu di bilik yang terlalu dingin memaksa Ella untuk bangun.Ella bangun dan menutup penghawa dingin.Eizer masih nyenyak tidur. Ella menyarungkan jaket tebal dan mengambil selimut yang disediakan di almari kemudian melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berhadapan dengan katil.Dia melihat jam di skrin telefon menunjukkan pukul 5.30 am.

"Masih awal lagi.Ishh kenapa saya asyik fikir tentang Laura? Siapa Laura dan apa hubungan dia dengan Eizer? Hmm.... Eizer tak pernah cerita pun.Inilah masalah kalau dijodohkan orang tua.Tak sempat nak berkenalan pun.Tapi saya yakin Eizer baik."Bisik Ella di dalam hati.

Tanpa disedari,mata Ella terlelap lagi.

Eizer yang terbangun 30 minit kemudian, menyedari isterinya tiada disampingnya dan berdiri mencari Ella. Setelah melihat Ella yang masih tidur lena di sofa, Eizer mengangkat Ella dan diletakkan di atas katil. Eizer pun membasuh muka serta membersihkan diri untuk keluar membeli sarapan.

Selesai bersiap, Eizer pun keluar untuk membeli makanan. Dia sudah menghantar mesej kepada Ella bahawa dia keluar untuk membeli makanan.

Tidak lama selepas Eizer keluar, Ella pun terbangun.Dia memandang skrin telefon dan membalas mesej Eizer.

"Okey abang."

Selepas membalas mesej suaminya, Ella pun masuk ke kamar mandi untuk mandi.
Selepas mandi, Ella memakai seluar palazo dan t-shirt merah jambu.

Selesai merapikan diri, Ella memasang penghawa dingin dan duduk di atas sofa.Ella menelefon sahabatnya Ain kerana sudah lama mereka tidak berborak.

"Hello...Reti juga kau angkat call aku eyh? Kau nie cepat sangat lupakan aku."Ella sedih kerana sahabat baiknya tidak menelefon dia sepanjang bulan madunya dengan Eizer.

" Mana ada kitorang lupa kau. Yelah, kau kan tengah honeymoon..So,kami taknaklah kacau kau dengan Sir Eizer. "Terbahak-bahak Alice mengusik Ella.

" Haaa betul tu! Manalah tahu kau balik honeymoon nanti kami dah nak jadi makcik muda". Sambung Ain.

"Amboi... Banyak cantik muka korang usik aku yer.By the way,korang mesti tengah lepak kan?"

"Mestilah, nanti kau balik kita lepak lah sama-sama."kata Ain yang juga amat merindui sahabatnya itu.

" Okey..bye...jangan lupa chat aku"pesan Ella.

"Baiklah, isteri Sir Eizer."Berderai tawa Ain dan Alice mengusik Ella.

Panggilan pun dimatikan.

Pintu bilik terbuka dan Eizer masuk ke dalam dengan membawa makanan yang dibungkus dalam tapau.

" Sayang, jom makan."Eizer meletakkan makanan itu di atas meja yang berhadapan dengan sofa.

"Okey".

Entah kenapa Ella merasa tiba-tiba malas hendak bercakap dengan suaminya.Eizer baca doa sebelum makan Dan kemudian terus menyuap nasi goreng ayam ke Dalam mulutnya.Ella Pula hanya makan beberapa suap Dan tidak mahu makan lagi.Eizer bingung dengan tingkah laku isterinya Yang tiba-tiba berubah.

Selesai bersarapan,Ella mengemas meja Dan membersihkan kamar mereka.Suasana sepi Di Dalam bilik kerana mereka kurang berkomunikasi.

"Sayang,are u okay?Monyok jer abang tengok,ada masalah apa-apa?Ceritalah,abang nak dengar".

Ella menarik nafas panjang. "Siapa Laura?Abang tak pernah cerita apa-apa pun dengan Ella pasal dia."

"Ouh...Laura...Susahlah abang nak cerita."

"Takpelah,kalau abang taknak cerita.Yelah,saya bukannya penting pun Kan."

Ella mengambil beg tangannya kemudian menarik pintu namun Eizer menghentikannya.

"Sayang,bukan macam tu...."Tangan isterinya digenggam erat-erat.

Ella menarik tangannya.Fikirannya runsing.Apa Yang susah sangat untuk suaminya terangkan.Padahal dia tidak pernah merahsiakan sesuatu daripada sang suami.

"Laura tu kawan baik Dan bekas kekasih abang dulu.Tapi Lepas abang tahu Yang abang dah dijodohkan dengan Ella,abang dah tak Cari siapa-siapa dah.Dah lama Kami putus.5 Tahun Yang lalu.Abang betul-betul dah tak ada apa-apa perasaan dengan dia.Abang nak fokus dengan Ella sorang."Bersungguh-sungguh Eizer menerangkan kepada isterinya agar Ella tidak Salah faham atau berkecil hati dengan silap Laura Yang langsung tidak mahu menjaga jarak dengan Eizer.

"Saya nak keluar"

"Sayang nak pergi mana?Jomlah abang temankan."

"Ella nak keluar sendiri."

"Sayang,janganlah macam ni....Pleaseee..."
Eizer risau melihat isterinya.Dia mengaku dia Salah sebab tidak bercerita mengenai Laura kepada Ella.

"Boleh tak Lepas ni takkan ada apa-apa rahsia antara Kita?"Ella memandang Mata Eizer.Tiba-tiba,air Matanya mengalir di pipi.Dia takut dia Akan kecewa lagi selepas ini.

"Abang Minta maaf,sayang.Abang tak buat lagi,Okey."Eizer memeluk isterinya dengan erat.

"Dah,jangan nangis lagi.Nanti cepat tua".Eizer ketawa kecil melihat isterinya Yang Masih menangis.

"Mana ada nangis.Tak nangis pun."Balas Ella sambil meleraikan pelukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience