Chapter 8

Romance Series 19017

Ella bangun awal untuk bersiap.Dia masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri, Ella mengeringkan rambutnya dan duduk di atas katil.Telefonnya berbunyi.Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon. Ella mengangkat telefon dan ternyata itu adalah Eizer.

"Hello. Eizer ni. Kalau tak keberatan panggil abang saja." kata Eizer.

"Hi. Okey. A... bang..."kata Ella yang merasa agak kekok menyebut perkataan abang.

" Ada apa abang call Ella? Sebenarnya Ella nak bersiap ni. "Ella ingin bersiap kerana orang yang akan mendandannya hari ini sudah sampai.

" Takde saja nak call bakal tunang abang. Oklah abang letak dulu. "Panggilan dimatikan dan Ella pun didandan oleh pendandan yang telah diupah ibunya.

Ella meminta untuk di makeup natural kerana dia tidak suka bahkan tidak pernah memakai makeup tebal.Pendandan itu hanya menuruti kemahuan Ella. Setelah muka siap dirias,rambut lurus miliknya dibuat seperti rambut Unduk Ngadau.
Pendandan meminta diri untuk keluar kerana kerjanya sudah selesai. Setelah pintu bilik ditutup, Ella menyarungkan dress putih ke tubuhnya yang langsing.Dia kelihatan sangat cantik kerana dress itu membuat tubuhnya menonjol.

Ain dan Alice datang untuk melihat Ella yang akan menjadi tunang Eizer hari ini.Ramai tetamu mulai datang sekitar jam 8.00 pagi.Bibi Mas datang menghantar makanan untuk mereka bertiga. Seperti biasa, Ella meminum susu dan sarapannya pagi ini adalah bubur ayam. Selesai menjamah makanan, Ella meletakkan pinggan di atas meja di hadapannya. Lipsticknya masih melekat di bibir mungilnya,kerana lipstick yang dipakai adalah waterproof.

Tidak lama kemudian,Eizer dan keluarganya datang.Ella dipanggil Puan Mona turun ke bawah kerana majlis akan dimulakan.Ella menuruni anak tangga dan jantungnya berdegup laju.Ain dan Alice mengiringi sahabat baiknya turun.

Semua orang terutama Eizer, terpaku melihat Ella. Setelah Ella duduk di sebelah ayahnya, majlis pun dimulakan.Segala hantaran dan mas kahwin sudah diberikan kepada Ella. Kini, tiba masanya mereka berbalas menyarungkan cincin.
Eizer tersenyum melihat Ella menyarungkan cincin di jari manisnya.Dia tidak menyangka gadis piihan orang tuanya secantik ini.Cincin di jari menandakan mereka telah sah menjadi tunang.

Semua tetamu dijemput menjamu selera dengan makanan yang sudah disediakan. Pasangan tunang itu pun menjamu makanan.

Setelah selesai makan, Ella dan Eizer menghantar tetamu di hadapan pintu rumah. Selepas semua tetamu beredar, Ella dan Eizer duduk di sofa bersama ibu bapa mereka. Mereka berbual pelbagai topik dan kedua orang tua Eizer meminta diri untuk pulang. Seperti yang dikatakan ibu Ella, Eizer akan tinggal sebumbung dengan Ella selepas bertunang.

Ella menghantar bakal ibu mertuanya di hadapan pintu.

"Makcik dan pakcik hati-hati tau dalam perjalanan pulang ke rumah" Ella memberikan senyuman yang manis kepada bakal mertuanya.

"Panggil mummy jerr..alahai menantu mummy ni." Puan Delia tersenyum sambil memeluk Ella.

"Panggil Daddy jer ya..."Ayah Eizer tersenyum melihat bakal menantunya dan Eizer yang memang sepadan.
Pak Mail mengambil bagasi Eizer di dalam kereta Eizer dan menghantarnya ke tingkat atas di bilik sementara Eizer yang bersebelahan bilik Ella.

Kereta ibubapa Eizer pun melunjur laju pulang ke rumah. Setelah kereta itu tidak kelihatan, Ella dan Eizer masuk ke dalam bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan berehat.

Selamat membaca❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience