Chapter 21

Romance Series 19017

Sesampainya Di hadapan rumah,pintu pagar rumah sudah terbuka.Kereta milik suaminya juga sudah terparking Di hadapan rumah.Tetapi Yang peliknya,siapa punya Pula kereta Bezza berwarna Putih Yang berparking Di sebelah kereta suaminya?Persoalan demi Persoalan diajukan kepada dirinya sendiri.Jam menunjukkan pukul 5 petang.Dia merasa pelik kenapa suaminya pulang awal.Kerana Eizer sudah memberitahunya dia Akan pulang jam 7 malam kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Dan ada hal Yang perlu dia selesaikan.

Dup Dap Dup Dap

Tiba-tiba sesak Pula nafasnya.Sudahlah dia lupa memberitahu suaminya Yang dia keluar sekejap.Lagipun dia juga ingin memberi kejutan kepada suaminya tentang kehamilannya.Walaupun dia belum bersedia,namun dia tetap sayang Dan sanggup berkorban agar suaminya bahagia.

Ella turun Dari kereta Dan memulas tombol pintu Yang tidak berkunci.Alangkah terkejutnya dia melihat Eizer Yang berpelukan dengan Laura.Ouh,jadi kereta Bezza Di luar milik Laura.Patutlah dia tidak pernah melihat kereta itu.Hampir meletup jantung Ella melihat adegan Di hadapan matanya.Tangannya sejuk,nafasnya sesak.

"Abanggg!!!"Teriakan Ella bergema Di Dalam rumah itu.Isteri mana Yang tidak sedih melihat suaminya dengan perempuan lain berdua-duaan Di Dalam rumah,berpelukan Pula tu.Ella merasa amat geram melihat Tangan Laura Yang kemas merangkul leher Eizer.Bibirnya Dan bibir Eizer hampir bersentuh.

Eizer berdiri Dan mendekati Ella.

"Sayang,Listen...Benda ni tak macam Yang sayang fikir.Abang boleh jelaskan.Please dengar penjelasan abang."Eizer memegang Tangan Ella Yang terasa sejuk.

Dengan pantas Ella menepis Tangan Eizer.

"Jangan sentuh saya!!Ouh,jadi inilah hal penting Yang perlu Encik EIZER selesaikan ya.Kata sibuk itu ini nak pergi mesyuarat bagai tapi rupanya kat rumah puaskan nafsu.Tak cukup dengan apa Yang saya dah bagi, perempuan ni Pula Yang abang bawa kat rumah Kita yer."

"Cukup!,Ella."Eizer meninggikan suaranya kepada Ella agar memberinya ruang untuk menjelaskan semuanya.

"Ell...Ella dah Salah faham ni"Laura tiba-tiba bersuara setelah membisu Dari tadi.

"Ehhh,Kau diam lah!!!Perempuan tak tahu malu,gatal sangat nak laki orang!!Macam tak diajar.Sini biar saya ajar kau."Ella ingin menuju ke arah Laura namun ditahan Oleh Eizer.

"Sayang,dengar dulu.Jangan macam ni."

Semakin Eizer menahan,Kemarahan Ella semakin membuak-buak.

PAPPP!!!!

Sebuah tamparan hinggap Di pipi Ella.Air matanya mengalir deras tak henti-henti.Dia melihat suaminya dengan perasaan Yang sangat kecewa.Dia tidak sangka Eizer sanggup untuk menyakitinya.Perlahan-lahan dia mengundurkan diri ke belakang Dan berlari keluar menuju ke kereta.Dia masuk kedalam kereta Dan mengunci pintu kereta kerana Eizer sedang mengejarnya.Enjin kereta dihidupkan.

"Sayang,Sayangg.Abang Minta maaf,abang tak sengaja.Sayanggg!!Please..."Eizer mengetuk pintu kereta milik isterinya namun tidak Ella hiraukan.Kereta Ella melunjur jauh ke rumah Puan Mona.

Eizer masuk kedalam rumah untuk mengambil kunci kereta.

"You keluar dari rumah I sekarang juga!!!!."Eizer berasa kesal Dan amat marah terhadap dirinya sendiri.Dia tidak tahu kenapa dia sampai hati menyakiti isterinya.Cuma Kemarahannya susah dikawal sejak kebelakangan ini.

"You,I Minta maaf."Laura keluar dari rumah Eizer.Sebaik sahaja dia masuk kedalam kereta,dia tersenyum sinis."Padan muka u Ella.U memang tak layak untuk Eizer."Puas hatinya apabila melihat Eizer Naik Tangan kepada isterinya.Keretanya pun melunjur laju ke Kelab Malam kerana dia ingin menikmati sebuah kemenangan baginya.

______________________________________________

Setelah mengunci pintu rumah,Eizer terus memandu keretanya ke rumah ibu Dan ayah mertuanya.Dia ingin menjelaskan semuanya kepada Ella.'Sayangg,maafkan abang.Abang tak sengaja sakiti sayang.Abang tak tahu macam mana Laura boleh masuk rumah Tu.' Tanpa disedari,air jernih keluar dari Matanya.Ya,dia merasa amat kesal kerana sanggup melukai isterinya.

______________________________________________

Puan Mona membuka pagar sebaik sahaja melihat kereta anaknya.Rasa gembira melonjak-lonjak Dalam hatinya.Eyala lama tak jumpa,Ibu mana Yang tak gembira Kan?

Sebaik pagar dibuka,Ella meletakkan kereta Di tempat parking bersebelahan kereta ayahnya.Ella keluar dari kereta dengan Mata Yang sedikit bengkak.Air matanya juga belum Kering.Ubat Dan keputusan air kencingnya Dari Hospital dibawa keluar dari kereta.

"Ella!!!Kenapa ni?Ella ada masalah dengan Eizer ker?"Puan Mona amat terkejut melihat pipi Ella Yang Masih kemerah-merahan.

"Abanggggg!!!Abangggg,, keluar lah kejapp."Teriakan Puan Mona bergema Di Dalam rumah Yang membuatkan Encik Zainal berlari anak mendapatkannya.

"Apa hal ni, Mona?"Tuan Zainal Masih tercungap-cungap melihat isterinya.

"Tengoklah,anak Kita bang...Apa nak jadi ni Ella?"
kedengaran sayu suara Puan Mona memandang anaknya Yang Masih membisu.

"Ella nak rehat.Ella penat.Please ma...Ella tak larat."Ella melihat Ibunya Dan air matanya terus mengalir.

"Kertas apa Yang Ella pegang ni???"Puan Mona membulatkan matanya melihat Ella.Dia mengambil kertas itu Dari Tangan anaknya.

"Positif????Ella Pregnant!!?"Puan Mona memeluk anaknya.Air matanya mula mengalir.

Tanpa jawapan Ella meminta diri Dan naik ke tingkat atas

"Biarlah dia rehat dulu.Bagi dia masa."Tegur Encik Zainal kepada isterinya.Sebagai Seorang ayah,dia juga amat sedih melihat putrinya menangis tapi dalam masa yang sama mereka perlu memberi ruang kepada anak mereka untuk menenangkan diri.

Ella masuk kedalam biliknya.Penghawa dingin dipasang Dan dia merebahkan tubuhnya Di atas katil.Dia menarik nafas panjang kemudian dihembus perlahan-lahan.Dia amat merindui saat-saat sebelum dia mengenal Seorang lelaki Yang bernama 'EIZER'.Sungguh,dia tidak mahu berjumpa dengan suaminya saat ini.Dia hanya mahu bersendirian buat masa sekarang.

Tidak lama kemudian,Eizer sampai Di rumahnya.

Puan Mona Dan Encik Zainal sudah menunggu penjelasan darinya.

"Apa Yang dah jadi sebenarnya ni Eizer?"Tegas Suara Encik Zainal mengajukan soalan kepada menantunya sebaik sahaja Eizer masuk ke Dalam rumah.

"Ini semua Salah faham ayah.Eizer tak tahu macam mana Laura boleh masuk Dalam rumah Kami.Masa tu Ella tiada Di rumah.Semasa menunggu Ella,Eizer tertidur Di ruang tamu.Bila Eizer buka Mata Laura dah ada.Masa Eizer dengar bunyi kereta Ella,Eizer berdiri nak bukakan pintu tapi Tangan Eizer ditarik kuat Oleh Laura Yang membuat badan saya jatuh atas badan Laura.Itulah apa Yang Ella nampak."Bersungguh-sungguh Eizer menjelaskan perkara sebenar kepada ibu Dan ayah mertuanya.

"Habis tu kenapa pipi Ella merah?"Tanya Puan Mona kepada anak menantunya itu.

"Eizer tak sengaja ma...Sumpah,Eizer tak tahu macam mana Eizer boleh buat macam tu maa."Eizer meraup mukanya.

"Jadi betullah kamu tampar Ella?Ya Tuhan,kamu tahu tak Ella mengandung!?Sampai hati kamu buat anak mama macam tu."Puan Mona berusaha menahan Rasa kecewanya kepada Eizer.

"Mona...Sabarlah.Kan dia dah Kata dia tak sengaja.Kadang-kadang benda ni juga pembawaan bayi.Alahh,takkan kamu tak ingat?Masa kamu mengandungkan Ella Dan Mica semua elok aje.Tapi bila kamu mengandungkan Mikhail saya Pula Yang panas baran."Tuan Zainal sengaja mengingatkan perkara itu kepada isterinya agar dapat membantu menenangkan isterinya.Dia juga perlu mengawal keadaan.Tugas mereka hanya untuk menasihat.Biarlah Yang selebihnya diselesaikan sendiri Oleh Eizer.

"Ma, ayah Maafkan Eizer.Eizer janji Lepas ni Eizer takkan sekali menyakiti Ella.Eizer sayang dekat isteri Eizer.Tak ada sedikit niat pun nak melukai dia namun Eizer tetap kalah dengan hasutan syaitan Hari ini.Eizer tak tahu Ella mengandung."Air Mata mengalir Di pipinya Yang mulus.Dia meraup mukanya berkali-kali.Nasib baik tiada apa Yang berlaku dengan Isterinya semasa memandu ke rumah mertuanya kalau tidak dia tidak Akan memaafkan dirinya.Walaupun begitu,dia merasa amat kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat memberikan semangat kepada isterinya.Malah menyakitinya.Berita isterinya mengandung pun dia dapat Dari ibu mertuanya.Kalaulah semua tidak jadi seperti ini,mesti dia akan mendengar berita tersebut Dari mulut isterinya sendiri.Rasa bersalah semakin mencengkam jiwanya.

sorry late update,busy sangat dengan semester akhir.Kalau Ada typo saya Minta maaf.Nanti tolong Komen Dan nantikan chapter seterusnya.Ahhh agaknya apalah jadi dengan perkahwinan Ella dan Eizer ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience