Chapter 7

Romance Series 19017

Pejam celik, pejam celik dah hari Sabtu. Besok Ella dan Eizer akan bertunang. Tak sangka jodoh datang sekelip mata.Ibu dan ayahnya sedang sibuk menyiapkan persediaan untuk esok. Makanan sudah ditempah, semuanya sudah diurus termasuklah baju yang akan digunakan esok.

Ella termenung melihat dress putih di depannya. Bagaimana agaknya hidup yang akan dia lalui setelah bertunang dengan Eizer jejaka tampan pilihan orang tuanya.Akankah ada bahagia?Atau sebaliknya.

Tok!!Tok!!Tok!!

Ella tersedar dari lamunannya dan membuka pintu biliknya.Mica berdiri di hadapan pintu dengan senyuman yang riang. Ella menjemput adiknya yang sudah berumur 17 tahun untuk masuk ke dalam biliknya.

Mica duduk di sofa yang menghadap television dan memasang siaran yang digemarinya. Ella duduk di sebelah adiknya.

"Kakak okey?Mica faham akak tak sedia lagi kan?Semuanya jadi terlalu cepat. Ntah kenapa mereka terburu-nak tunangkan kamu dua . Adik pun tak percaya semua akan jadi begini cepat dan adik dengar mama cakap kat telefon yang selepas akak habis final exam mereka akan kahwin kan akak dengan Eizer. Adik rasa bulan 11 kut. Tak lama lagi, tinggal beberapa bulan jer. Sebab sekarang dah pertengahan bulan 9.Bulan depan final exam akak kan. Apapun adik sentiasa ada untuk akak and adik sentiasa doakan yang terbaik untuk akak."Mica memeluk kakaknya dengan penuh rasa kasih sayang.

" Makasehh adik....Akak pun sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik akak. Semoga lulus SPM yerr. Terima kasih sebab ada dengan akak. Akak redha dengan nasib akak, mungkin dengan cara ini mama dan papa gembira."Ella membalas pelukan adiknya.

Mica melepaskan pelukan dan memandang baju yang akan kakaknya pakai esok.

" Lawanya.. Ni kalau akak pakai ni..Mesti lawa sebab pinggang akak langsing, leher jinjang, kulit putih... "belum sempat Mica menghabiskan kata-katanya, Ella sudah memotongnya.

" Kau ni mica... Asyik nak mengusik akak jer. Kau pun lawa apa. "Kata Ella sambil ketawa melihat adiknya yang sudah ketawa hampir tak bernafas.
Mica kemudian meminta diri untuk keluar.
Ella turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur dia mengambil buah oren dan sebotol susu segar. Puan Mona menghampiri anaknya.

" Ella...nanti Eizer akan pindah kat rumah kita tau. Sebab tak lama lagi korang nak kahwin.Eizer tidur kat bilik tetamu di sebelah bilik Ella. Lagipun papa sangat sibuk urus hal kat office nanti. Pak Mail pun sibuk nak hantar adik-adik kamu ke sekolah. Nanti kamu tumpanglah Eizer ke Kolej,kan kamu sama-sama pergi Kolej. Nanti Eizer bolehlah tengok-tengok kamu kat sekolah sebab dia Pensyarah kamu."kata Puan Mona.
Hampir tersedak Ella mendengar kata-kata ibunya.

"Maa... Mama tak rasa cepat sangat semua ni berlaku.Ella taknak kahwin awal, sebab Ella tahu tanggungjawab tu bukan mudah. Nak kena layan suami, jalankan tanggungjawab seorang isteri untuk tunaikan apa yang suami dia nak. Lepas tu nak pindah rumah lepas kahwin.Cepat sangatlah ma.. "kata Ella kepada Ibunya.

" Ella...Mama minta maaf kalau semua ni terlalu cepat tapi mama dengan ayah makin hari makin tua dan kami cuma nak yang terbaik untuk kamu.Bukan senang nak cari lelaki Dan mertua Yang baik sekarang ni."Mata Puan mota berkaca sambil memegang tangan Ella.Dia takut anaknya tersalah pilih lagi.

Ella memeluk ibunya dengan erat.

" Ella faham ma..Ella minta maaf juga".
Ella dan ibunya bertukar senyuman. Dan Ella setuju dengan keputusan ibunya. Setelah semua kembali normal Ella menuju ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan berehat secukupnya kerana banyak tenaga yang akan diperlukan esok.Dia berusaha sekuat mungkin untuk tetap tenang pada Hari esok.

Terima kasih yang follow saya. Sayang korang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience