Chapter 15

Romance Series 19017

"Sayang... Bangun..." Eizer mengejutkan isterinya untuk bersiap kerana hari ini mereka akan berpindah ke rumah baru yang dibeli Eizer.

Ella bangun sambil menutup badannya dengan selimut.'Aduhhh, malunya... Kenapalah saya tak bangun awal tadi' bisik Ella dalam hati.

"Abang boleh pusing belakang jap? Sa... Sayang nak ambil baju." Wajah Ella memerah.
"Sayang ni.. Janganlah malu dengan suami. Oklah abang angkat bagasi dulu nak simpan kat kereta." Eizer hanya menggelengkan kepala dan mengangkat bagasi untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Sebaik sahaja Eizer keluar dari bilik, Ella masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Selepas membersihkan diri, Ella memakai t-shirt berwarna coklat dipadankan dengan seluar legging. Rambutnya disisir dan digulung kemudian diikat agar kemas. Ella mengambil beg sandangnya dan turun ke tingkat bawah selepas mengunci pintu biliknya.Kelihatan Eizer sedang duduk berbual dengan ayah dan ibu Ella.
Perlahan-lahan Ella menghampiri mereka dan duduk di sebelah Eizer.

"Good morning ma.. Papa" Ella memberikan senyuman manis dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Morning... El..Kenapa ni macam kurang tidur mama tengok. El sakit?" Puan Mona memandang anaknya dengan teliti dia risau melihat Ella yang lesu semacam.

"Alaa... Mama ni.. Ella belum sarapan sebab tu lah lesu semacam. Ella sakit perut semalam so kurang tidur."

Eizer memandang isterinya yang duduk di sebelah. Dia tersenyum melihat gelagat isterinya. 'Alahai,comel molek jer saya tengok dia ni. Lambat tidur sebab saya lah tu.' Bisik hati Eizer

Merah padam muka Ella apabila ditegur ibunya
Mereka pun menghabiskan sarapan dan kemudian bersiap untuk pergi. Ella bersalaman dengan ibubapa dan adik-adiknya sebelum bertolak ke rumah yang baharu dimana dia dan Eizer akan memulakan hidup sebagai suami isteri.

Selepas bersalaman, Ella menaiki kereta Eizer kemudian mereka pun bertolak.

Sepanjang perjalanan suasana sepi.

"Sayang..tak ngantuk?" Eizer memandang isterinya yang hanya membisu.

"Tak... Cuma sakit kepala sikit". Balas Ella sambil tersenyum melihat suaminya yang sedang memandu.

"Abang minta maaf... Sebab abang buat sayang tidur lewat semalam". Eizer ketawa kecil melihat isterinya.

Jantung Ella berdegup kencang apabila teringat peristiwa semalam.

"Ehhh..Takpayah lah throwback hal semalam. Erm tu kan tugas sayang so its sokeyy abang."Ella hanya tersenyum kecil melihat suaminya.

Eizer tergelak kecil melihat isterinya.

" Ehh gelak-gelak suka lah tu". Ella melirik suaminya yang menahan tawa.

Setengah jam kemudian, mereka pun sampai. Eizer membuka pagar dan mereka masuk ke dalam rumah.Ella melihat rumah yang sederhana besar namun tetap cantik. Dia terpegun dengan kecantikan rumah yang diperbuat dengan kayu. Suasana di kawasan rumah itu sangat tenang dengan pemandangan pokok-pokok hijau.

"Sayang suka tak?" Eizer memeluk Ella dan mengucup pipi Ella.

"Cantik lah.Pandai abang pilih."Ella tersenyum manis memandang suaminya.

" Sayang naik dulu. Abang nak angkat barang jap". Eizer meleraikan pelukannya dan mengangkat bagasi ke tingkat atas.

Sebaik sahaja Eizer meletakkan bagasi, Ella pun mulai menyusun baju-baju di dalam almari.Semua perabot sudah dibeli dan rumah itu kelihatan bersih.

"Abang... Rumah ni bersih macam ada orang jaga jer."Ella memandang suaminya dengan hairan.

" Dah lama abang beli rumah ni. Kawan abang yang cadangkan abang beli rumah ni so abang upah orang bersihkan sebelum kita pindah. "Eizer menjelaskan hal itu kepada isterinya.

Ella mengangguk faham.

Setelah barang selesai disusun di tempatnya,Eizer mengajak Ella untuk keluar membeli barang-barang dapur.Setelah Ella setuju, mereka pun bergerak menuju ke pekan untuk membeli barang-barang yang diperlukan.
____________________________________

Selepas kereta diparkingkan, mereka turun dari kereta dan menuju ke sebuah Supermarket. Setelah selesai membeli barang, mereka pun keluar dari kedai tersebut.

"Sayang tunggu kat sini jap tau. Abang nak pergi simpan barang ni, pastu kita pergi makan." Eizer pun pergi menyimpan barang tersebut tersebut di keretanya.

Ketika Eizer pergi menyimpan barang, Ella terserempak dengan Joshua.

"Hi.Siapa teman El pergi sini?" Sapa Joshua sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ella.Tangan itu disambut Ella.

"Hi. Saya dengan suami saya.Kau pula?" Balas Ella. Jantungnya berdegup kencang. 'Kecil sungguh dunia ini. Maafkan saya Joshua. Mesti kau tersiksa. Saya harap kau dapat jodoh yang mampu membasuh perit yang kau rasakan saat kau kehilangan saya.' Bisik hati kecil Ella.

"Ouh. Saya seorang." 'I wish you knew how hard it was to suppress these feelings.My love for you will never go away. I will always take care of you from afar'.Hati kecil Joshua berbisik sambil memandang wajah wanita yang amat dia cintai. Dia tidak mampu menipu hatinya bahawa dia amat merindui wanita yang berdiri di hadapannya.

Eizer memerhati isterinya dari jauh. Dia menghampiri Ella setelah Joshua pergi.
Joshua menoleh ke belakang dan melihat Ella berlalu pergi dengan Eizer. Betapa pilunya hati Joshua. 'Love doesn't necessarily have to be'.
Dia pun berlalu pergi.

Eizer tahu lelaki tadi ialah Joshua kerana Mikhail sudah menceritakan hubungan Joshua dengan Ella dulu.

"Sembang apa dengan Joshua?" Tanya Eizer selepas melabuhkan punggung di kerusi yang diletakkan di luar restoran.

"Tak. Dia just tanya sayang keluar dengan siapa."Balas Ella selepas melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengan Eizer.

" Ouh. So sayang cakap apa kat dia? "

" Sayang cakaplah yang sayang keluar ngan suami sayang. "

Eizer tersenyum malu melihat isterinya.

Seorang pelayan perempuan mendekati Ella.

"Nak order apa?" tanya pelayan itu dengan ramah.

Selepas selesai mengambil pesan dia bertanya kepada Ella.

"Abang awak handsome lah. Tinggi, macoh pastu putih pulak tu. Kirim salam ye." Kata pelayan itu dan berlalu pergi.

Ella tergelak kecil selepas mendengar pesan pelayan itu.

"Napa sayang? Apa dia cakap kat sayang?" Tanya Eizer yang kehairanan.

"Dia kirim salam kat abang.. Dia ingat kita adik-beradik."Berderai tawa Ella. Eizer hanya tergelak kecil.

" Boleh pula macam tu. "Balas Eizer.

Beberapa minit kemudian, pelayan menghidangkan makanan yang mereka pesan. Tanpa membuang masa,mereka pun makan. Selesai makan, Eizer membayar makanan itu kemudian mereka pun bertolak pulang ke rumah untuk berehat.

Maaf lambat update. Assignment saya bnyk so slow sikit updatenya. Saya akan berusaha untuk update 1 chapter 1 minggu yer. Sorry Klau ada typo.syg korang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience