Chapter 1

Romance Series 19017

Kringgggg!!!!!!

Loceng kelas berbunyi, menandakan tiba waktunya untuk para pelajar berehat dan mengisi perut masing-masing.

Ella keluar dari kelas bersama-sama dengan sahabatnya Nurain(Ain) dan Alicia(Icah). Mereka menuju ke kantin kolej untuk membeli makanan.
"Belilah apa yang korang nak. Hari ini biar saya yang belanja". Kata Ella kepada dua orang sahabatnya itu.

Mata Alicia yang mesra dipanggil icah terbeliak sambil berkata "awak ni Ella baik sangat katt kami".Ella tersenyum lebar dan berkata "Eishh mana ada. Kita kan kawan, mestilah tolong-menolong. Apa sangatlah kalau setakat belanja makan. Kawan yang sejati sanggup berkorban tau! Bukankah begitu Ain?"
Tanpa disedari, Ain sudah pergi memilih makanan yang diingininya."Ain,Ain"kata Ella sambil menggelengkan kepalanya. Icah hanya tersenyum melihat telatah kawannya itu.

Selepas selesai memilih makanan dan minuman yang mereka ingini, mereka pergi ke kaunter pembayaran.Makanan dikira dan Ella memberi RM 15.00 kepada Makcik Milah.Setelah selesai membayar makanan tersebut, mereka kembali ke kelas.

Setibanya mereka di kelas, mereka duduk dan mula mengisi perut masing-masing. Selepas makan mereka mengemas meja dan mula bersedia untuk kelas seterusnya.

Kringggggggggggg!!!!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat dan masa untuk belajar semula. Ella menyediakan buku dan alat tulis di atas meja. Selepas beberapa minit, guru kelas mereka Adella masuk ke dalam kelas Untuk mengajar mata pelajaran Sains. Sebaik sahaja Cikgu Adella meletakkan peralatan mengajar dan para pelajar memberi salam, dia berkata "Semua, dengar cikgu nak bagitahu. Cikgu Hamran yang mengajar kamu Bahasa Melayu akan berpindah ke Pahang.
Dia akan berada disini sehingga hari Isnin minggu hadapan dan pada minggu seterusnya, akan ada guru yang menggantikan Cikgu Hamran.Guru baru itu bernama Eizer dan berumur 25 tahun.Minggu depan cuti semester selamat bercuti semua. Sekian itu saja pengumuman dari cikgu. Okey, hari ini kita akan belajar tentang nama-nama tulang manusia. "
Ella menumpukan perhatian kepada pengajaran Cikgu Adella setelah Ain menegurnya. " Eishh.. Ella nie. Asyik termenung saja. Tumpukan perhatian, nanti tak dapat jawab latihan yang cikgu bagi macam mana? "kata ain sambil memandang Ella.
" Yelah, yelah". Kata Ella sambil menjeling Ain, kemudian seukir senyuman terukir di pipinya yang menampakkan lesung pipit di pipi kanan dan menambah serih wajahnya.

Selepas habis sesi pembelajaran, mereka berkemas untuk pulang ke rumah. Ain melihat kamera di telefon untuk memastikan tudungnya kemas.

Ella yang berumur 19 tahun itu dan pelajar kolej yang terkenal kerana sifat baik hati dan wajahnya yang membuat banyak lelaki tertarik kepadanya.Setelah melihat kereta ayahnya,Ella berlari mendapatkan Encik Arman.Ella menaiki kereta Vios yang berwarna silver dan melambai dua orang sahabatnya itu. Kereta itu pun bergerak untuk pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience