Chapter 9

Romance Series 19017

Kringg!! Kringg!! Kringg!!

Ella bingkas bangun.Dia melihat jam menunjukkan pukul 6.00 pagi.

"Aduhh... Dah jam 6.00 pagi.. Mesti Eizer sudah selesai bersiap."Ella mandi dengan pantas dan memakai baju korporat kolej dengan seluar hitam yang panjang. Ella menyikat rambutnya dan menarik beg. Dengan tergesa-gesa Ella menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

Kelihatan Eizer sudah menunggunya di depan keretanya.Ella mengambil dua botol susu di dapur dan memasukkannya ke dalam beg. Ella memakai kasut yang hanya perlu disarungkan ke kakinya dan berlari kecil ke arah Eizer.

Eizer tersenyum melihat tunangnya dan masuk ke dalam kereta. Ella membuka pintu belakang kereta dan duduk di kerusi belakang. Eizer menoleh ke belakang. Dan melihat ke depan semula. Enjin kereta dihidupkan dan mereka pun bergerak menuju ke Kolej.

"Kenapa tak duduk kat depan?" Tanya Eizer.

"Ouh takpelah.."Ella mengikat rambutnya rendah kerana dia tidak sempat mengikat rambutnya tadi.

Eizer memberhentikan kereta di tempat parking yang disediakan. Ella keluar dari kereta dan Eizer menyusul keluar kemudian kereta dikunci.

" A...bang..."Ella memanggil Eizer.

" Kenapa?"balas Eizer.Dia sentap kerana tunangnya seperti tidak mahu dekat dengannya maklumlah mereka dijodohkan oleh orang tua mereka.

" Ella nak bagi ni kat abang"Ella menghulurkan sebotol susu kepada Eizer mukanya memerah menahan malu.Eizer mengambilnya dan tersenyum melihat Ella.

" Thanks"Balas Eizer. Mereka pun mengikuti jalan yang berbeza. Eizer ke bilik pensyarah yang disediakan untuknya dan Ella berlari anak menuju ke kelasnya. Sebaik sahaja dia masuk ke kelas loceng berbunyi yang menandakan kelas akan dimulai sebentar lagi. Ella duduk di sebelah Ain.

"Lambat kau hari ni yer... Sweet-sweet ngan tunang lah tu. Apapun kau kena focus tau sebab final Exam dah nak dekat ni. Ni exam kita yang last sebelum kita kerja dan sebelum kau kahwin dengan tunang kau yang kacak tu." Ain mengusik sahabatnya yang baru bertunang sambil ketawa kecil.

" Yelah Ella... Kalau boleh saya nak tunang saya kacak macam Eizer. "Alice menyampuk perbualan Ain dan Ella dan ketawa terbahak-bahak.

Ella hanya menggelengkan kepalanya melihat dua orang sahabatnya dan mereka pun ketawa bersama-sama.

Kelas dimulai dan semua pelajar memberikan perhatian ketika pensyarah sedang mengajar.Masa berlalu dengan cepat.
Kini tiba masanya untuk kelas BM dan pensyarahnya adalah Eizer tunang Ella. Sebaik sahaja Eizer masuk ke kelas, pelajar perempuan terngangah melihat Eizer. Pelajar lelaki pula mengagumi tubuh Eizer yang semestinya mempunyai six pack.Setelah semua pelajar bertenang. Eizer memulakan kelasnya.

"Ok....hari nie kita tak belajar sebab saya nak buat sesi perkenalkan diri. Saya nak kenal dengan semua pelajar saya, tapi sebelum tu saya nak memperkenalkan diri saya. Ok... Nama saya Eizer,Pensyarah BM kamu tahun ini yang menggantikan Cikgu Hamran.Dan saya berumur 25 tahun. "Eizer memperkenalkan dirinya.

" Sir Eizer... Apa status sir"kata seorang pelajar mewakili pelajar perempuan yang ternanti-nanti jawapan Eizer. Muka Ella memerah dan saling berpandangan dengan dua orang sahabatnya itu.
Eizer tergelak kecil melihat Ella yang malu-malu apabila pertanyaan itu diajukan.

"Saya baru bertunang dan tidak lama lagi akan berkahwin.Nanti saya akan menjemput kamu yer.Ouh eya saya akan tinggal kat rumah guru lusa nie."Eizer menjawab soalan itu sambil tersenyum memandang Ella.

" Dia nak pindah ke rumah guru minggu nie?" Bisik hati kecil Ella namun dia merasa lega kerana dia tidak perlu menghadap muka Eizer 24 jam. Pertanyaan demi pertanyaan dijawab oleh Eizer dan masa kelas pun habis.Ketika semua pelajar sudah keluar, dia memanggil Ella.

"Ella...nanti abang akan jemput dan hantar Ella walaupun abang tinggal kat rumah pensyarah okey.Abang nak Ella focus study because you have to get the best grade on your final exam."Eizer menerangkan niatnya kepada Ella dan Ella hanya mengangguk sambil tersenyum kepada Eizer. Mereka pun balik bersama.

Sesampainya di rumah, mereka makan bersama dan Eizer menyampaikan berita yang dia akan berpindah ke rumah yang disediakan pihak sekolah untuk para pensyarah. Ibu Ella mengangguk faham.

Selepas makan,Ella dan Eizer masuk ke dalam bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience